Bagi mereka yang mempunyai kereta sudah semestinya perlu peka akan kepentingan menukar minyak enjin apabila tiba masanya.
Ini kerana jika minyak ini tidak ditukar dalam tempoh yang lama, ini akan menyebabkan kereta anda berisiko untuk rosak dan kos membaikinya akan bertambah besar.
Namun, tahukah anda minyak jenis bagaimana yang sesuai untuk kereta anda?
Berikut diterangkan jenis, kegunaan dan harga bagi minyak ini.
Fungsi Minyak Enjin
Minyak enjin berfungsi untuk membersihkan, melincirkan pergerakan dan menyejukkan komponen dalaman enjin sekaligus menghalang daripada berlakunya sebarang kerosakan.
Kegagalan menukar minyak enjin pada waktu yang sepatutnya akan menyebabkan bebanan enjin dan boleh menyebabkan masalah dalam jangka masa panjang.
Antaranya ialah pengumpulan kekotoran akibat habuk dan bahan kotor tersumbat di dalam penapis minyak enjin.
Ini menyebabkan enjin tersebut kurang daya fungsinya. dan anda juga boleh mula mendengar bunyi enjin yang kuat akibat pergeseran antara besi dengan besi jika takat minyak enjin berkurangan.
Oleh kerana itu, adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan berkala bagi memastikan enjin berfungsi dengan optimum dan kekal bersih.
Jenis Minyak Enjin
Terdapat 3 jenis minyak enjin di pasaran iaitu:
i) Minyak Mineral
Minyak mineral adalah jenis minyak pelincir yang didapati daripada petroleum mentah.
Minyak ini tidak mengandungi sebarang bahan sintetik tambahan dan harganya juga lebih rendah berbanding minyak sintetik.
Walau bagaimana, ia perlu diganti dengan lebih kerap kerana jarak perjalanan yang dicadangkan untuk minyak ini adalah dalam sekitar 5,000 km.
Minyak ini biasanya lebih sesuai digunakan untuk kereta lama yang tidak memerlukan prestasi tinggi atau kereta yang jarang digunakan.
Ini adalah pilihan yang paling berpatutan kerana harganya lebih murah berbanding minyak hitam semi sintetik atau sintetik penuh.
ii) Minyak Semi Sintetik
Minyak semi sintetik dihasilkan melalui campuran antara minyak hitam mineral dan minyak hitam sintetik.
Minyak ini lebih pekat daripada minyak hitam sintetik penuh dan dirumus khas untuk memberikan perlindungan yang lebih baik kepada enjin kereta.
Jarak perjalanan yang sesuai untuk minyak hitam semi sintetik adalah sekitar 7,000 hingga 8,000 km.
Minyak ini juga menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding minyak hitam mineral pada harga yang lebih berpatutan daripada minyak hitam sintetik penuh.
Selain itu, minyak ini adalah pilihan yang popular bagi pemilik kereta yang mahukan prestasi yang baik tanpa perlu membayar harga yang tinggi selain sangat sesuai untuk kereta yang digunakan secara harian.
iii) Minyak Sintetik Penuh
Minyak sintetik penuh pula dihasilkan sepenuhnya daripada bahan sintetik dan tidak mengandungi sebarang minyak hitam mineral.
Minyak jenis ini tahan lebih lama lama dan memberikan perlindungan yang sangat baik kepada enjin kereta anda kerana jarak perjalanan yang dicadangkan untuk minyak ini adalah sehingga 10,000 km.
Pemilik kereta moden yang mengutamakan prestasi enjin, memerlukan perlindungan maksimum, dan mahukan pengurangan geseran dalam enjin, minyak hitam sintetik penuh adalah pilihan yang terbaik.
Walaupun harganya lebih tinggi berbanding jenis minyak hitam lain, ia memberikan faedah jangka panjang untuk kereta moden yang dilengkapi dengan enjin canggih.
Contoh & Harga Minyak Enjin Di Pasaran
Berikut adalah contoh dan harga minyak enjin di pasaran:
i) BOLD Semi Synthetic SN 5W-30 Engine Oil Lubricant (4L)
- Harga: Sekitar RM60
- Sesuai dengan semua jenis kereta termasuk model lama.
- Mencuci dan melindungi enjin di tahap maksimum dan menghalang pembentukan kotoran pada enjin
- Dicipta dengan teknologi pembersihan khas sehingga 20% pada enjin.
- Meminimumkan getaran pada enjin dan sesuai dengan semua jenis pemanduan.
ii) MIZU Semi Synthetic Lubricant 10W-40 Engine Oil (4L)
- Harga: sekitar RM100
- Dikhaskan untuk kereta keluaran Jepun seperti Nissan Almera dan Toyota Vios serta sesuai untuk enjin kereta buatan Eropah.
- Membersihkan, memberi ketahanan, memudahkan enjin untuk dihidupkan ketika dalam keadaan sejuk.
iii) SEIKI Mineral Engine Oil 10W-30 (3L)
- Harga: RM50
- Sesuai untuk kereta kecil seperti Perodua Kancil, Kenari, Kelisa dan Viva serta untuk kereta baharu dan lama.
- Memberikan perlindungan menyeluruh, termasuk ketika dalam pemanduan yang panjang serta dalam suhu tinggi.
- Membantu membuatkan enjin anda beroperasi seperti baharu.
- Membersihkan enjin dan menghalang pengumpulan kotoran pada enjin.
iv) CASTROL Magnatec 10W-40 SN/CF Semi Synthetic Engine Oil (4L)
- Harga: RM160
- Sesuai untuk kereta keluaran tempatan.
- Minyak ini digabungkan dengan teknologi sintetik untuk memberikan perlindungan yang lebih tinggi pada aplikasi suhu tinggi dan rendah.
- Memberi perlindungan berterusan untuk semua keadaan, gaya dan suhu pemanduan dan mengurangkan kehausan enjin.
- Sesuai digunakan dalam enjin petrol, diesel dan bahan bakar alternatif (CNG, NGV, LPG) di mana pengeluar mengesyorkan API SN/ CF atau pelincir 10W-40.
v) PETRONAS Syntium 10W-40 Semi Synthetic 800 SN/CF Engine Oil (4L)
- Harga: RM138
- Direka dengan Teknologi CoolTech untuk melawan panas enjin yang berlebihan.
- Mensasarkan zon panas kritikal pada bahagian enjin yang dipengaruhi oleh haba berlebihan di dalam enjin untuk menyerap & memindahkan haba berlebihan secara berkesan dan mengatur suhu, mempertahankan komponen kritikal enjin dari kerosakan dan kehilangan prestasi.
- Disyorkan untuk digunakan dalam semua jenis kereta penumpang dan model kereta berprestasi tinggi, model terbaharu yang dilengkapi dengan suntikan bahan bakar, multi-injap, pengecas turbo atau supercharger yang beroperasi dalam keadaan yang paling ekstrem.
- Cekap dalam mengawal kotoran untuk memberikan pemanduan yang terbaik dan lancar serta sesuai bagi mereka yang kerap memandu.
vi) PERODUA Fully Synthetic SAE 0W-20 Engine Oil (4L)
- Harga: Sekitar RM110
- Sesuai untuk kereta keluaran Perodua seperti Axia dan Bezza
- Memberi perlindungan luar biasa pada semua suhu enjin dan enjin lebih tahan daripada haus semasa cold-start.
- Memberikan penjimatan bahan api kepada kereta.
- Mempunyai kestabilan haba dan pengoksidan yang baik untuk tempoh penggunaan lebih lama.
vii) HONDA SN 0W-30 Engine Oil Full Synthetic (4L)
- Harga: Sekitar RM180
- Sesuai untuk semua kereta keluaran Honda.
- Menerima kelulusan daripada bahagian Honda Research & Development (R&D) di Jepun.
- Mempunyai bahan aditif untuk membersih dan melindungi enjin.
- Membuatkan enjin kereta beroperasi dengan lebih senyap dan lancar serta memberi ketahanan supaya enjin tahan lebih lama.
viii) LIQUI MOLY MOS2 10W-40 Semi Synthetic Engine Oil (4L)
- Harga: RM189
- Minyak dengan kelikatan separa sintetik untuk pemandu yang mementingkan kos
- Mempunyai kelikatan dan kematangan yang stabil dan sesuai untuk enjin petrol dan diesel tanpa gas turbocharging serta caj penyejukan udara.
- Bertindak dengan baik dalam suhu rendah dan mengurangkan penggunaan bahan api kereta.
- Menghasilkan geseran minimum semasa pemanduan harian bagi memastikan jangka hayat enjin lebih lama.
ix) VALVOLINE Synpower 5W-40 Full Synthetic Engine Oil (4L)
- Harga: sekitar RM240
- Minyak ini berkualiti premium yang diformulasikan untuk prestasi dan perlindungan terbaik dalam semua keadaan.
- Direka untuk memenuhi standard terkini pengeluar enjin terkemuka.
- Bahan aditif anti-haus yang inovatif membantu mengurangkan haus pada enjin.
- Mempunyai bahan pencuci untuk mengurangkan kotoran pada enjin.
- Mempunyai kestabilan haba dan pengoksidan yang baik.
- Mengalir dengan mudah pada suhu rendah untuk melindungi enjin ketika cold-start
- Sesuai untuk perjalanan dengan kerap.
x) BOSCH Premium X7 5W-30 Fully Synthetic Engine Oil (4L)
- Harga: Sekitar RM240
- Disyorkan untuk kereta sedan premium serta trak ringan yang menggunakan enjin petrol atau bahan bakar alternatif (CNG, NGV, LPG).
- Sesuai dengan semua jenis suhu serta cara pemanduan.
- Mempunyai kestabilan haba dan pengoksidan yang baik membuatkan enjin lebih tahan.
- Membersihkan enjin dan memberi perlindungan menyeluruh melalui teknologi yang ada pada minyak ini.
- Menjimatkan penggunaan bahan api.
Sumber:
- https://www.carsome.my/news/item/jenis-minyak-hitam-kereta-dan-cara-pilih
- https://www.carlist.my/news/10-minyak-pelincir-enjin-terbaik-untuk-kereta-anda-jenama-kelebihan-dan-harga-84193/84193/
Baca juga: Cara Isi Angin Tayar & Tekanan Sesuai Untuk Kereta / Motor