Minyak Batu adalah merupakan salah satu ubat tradisi perubatan Cina yang telah digunakan sejak berabad-abad lamanya. Minyak ini dipercayai memiliki berbagai khasiat penyembuhan untuk masalah kesihatan umum.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Minyak Cengkih: Sejarah, Khasiat, & Kegunaannya
Apa Itu Minyak Batu?
Minyak batu adalah minyak yang digunakan untuk kegunaan luaran sahaja. Salah satu jenama minyak batu yang terkenal di Malaysia dan Indonesia ialah Minyak Batu Sai Kong.
Minyak ini dihasilkan daripada ekstrak batu akik hitam (shungite) yang dipanaskan hingga mengeluarkan minyak. Ia memiliki sifat anti-inflamasi, analgesik, antioksidan dan sebagainya.
Terdapat beberapa cerita menarik yang menceritakan penggunaan minyak batu oleh pengamal perubatan Cina purba untuk menyembuhkan luka-luka pertempuran dan mempercepatkan proses pemulihan.
Khasiat & Kegunaan Minyak Batu
1. Mengatasi Luka Ringan
Minyak ini berkesan sebagai pertolongan pertama untuk luka ringan, terutamanya pada kanak-kanak. Ia membantu mengurangkan rasa sakit dan mencegah jangkitan.
Hal ini kerana, ia memiliki sifat anti-inflamasi, antiseptik, dan antioksidan yang membantu secara optimal untuk penyembuhan luka.
2. Mengurangkan Sakit Sendi & Otot
Minyak ini juga mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan. Kajian telah menunjukkan bahawa minyak ini boleh menghalang pengeluaran hormon pro-inflammatory cytokines, yang merupakan pencetus keradangan.
3. Mengurangkan Bengkak
Sapukan minyak ini pada bahagian tubuh yang bengkak untuk membantu mengurangkan kesan bengkak dan kesakitan.
4.Digunakan Sebagai Minyak Urut
Minyak batu boleh digunakan sebagai minyak urut untuk melegakan otot-otot yang kaku atau tegang selepas aktiviti fizikal yang intensif.
5. Merawat Kulit Melepuh
Minyak ini juga sangat berguna untuk memberikan kelegaan segera pada kulit yang melepuh akibat terkena air panas, mengurangkan rasa sakit dan mencegah jangkitan.
6. Mengatasi Gatal Akibat Gigitan Serangga:
Minyak batu juga berfungsi sebagai rawatan segera untuk mengurangkan rasa gatal dan bengkak akibat gigitan serangga.
7. Meredakan Sakit Kepala & Senggugut
Sifat analgesik minyak ini dapat membantu meredakan sakit kepala, migrain dan sengugut. Sapukan pada bahagian kepala atau abdomen dan pinggang dan lakukan urutan lembut.
8. Meningkatkan Kualiti Tidur
Minyak ini memiliki efek menenangkan yang boleh membantu menenangkan otot-otot tubuh sekaligus mengurangkan keletihan. Secara tidak langsung, ia dapat membantu meningkatkan kualiti tidur.
BACA JUGA: Minyak Angin – Khasiat & Kegunaan Untuk Bayi dan Dewasa
Cara Penggunaan
Minyak Batu digunakan secara luaran dengan cara menyapu atau mengoleskannya pada bahagian tubuh yang memerlukan rawatan. Berikut adalah cara penggunaan yang disarankan:
- Untuk luka ringan, bengkak dan gatal-gatal: Sapukan minyak pada kawasan terjejas. Ulangi penggunaan beberapa kali sehari sehingga simptom berkurangan.
- Untuk kulit melepuh: Oleskan minyak dengan berhati-hati pada kawasan kulit yang melepuh. Pastikan kawasan tersebut bersih sebelum pengolesan.
- Sebagai minyak urut: Gunakan minyak ini sebagai minyak urut pada bahagian tubuh yang memerlukan. Urut dengan perlahan sehingga otot-otot berasa lega.
Kesan Sampingan
Walaupun minyak ini selamat untuk digunakan untuk semua golongan umur kecuali bayi di bawah setahun, terdapat beberapa kesan sampingan yang perlu diperhatikan:
- Reaksi alergi: Sesetengah individu mungkin mengalami reaksi alergi seperti kemerahan, gatal-gatal, atau ruam pada kulit.
- Iritasi kulit: Penggunaan berlebihan boleh menyebabkan iritasi kulit, terutamanya pada kulit yang sensitif.
- Penggunaan pada kanak-kanak: Gunakan dalam jumlah yang kecil dan berhati-hati untuk kanak-kanak bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.
Kesimpulan
Minyak Batu adalah ubat tradisional Cina yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan. Namun, seperti mana-mana ubat lain, penggunaannya perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan.
Gunakanlah minyak ini dengan bijak dan perhatikan reaksi tubuh anda. Pastikan anda membeli produk yang asli dan berkualiti untuk memastikan keberkesanan dan keselamatannya.
Rujukan:
- 7 Manfaat Minyak Batu, Obat Tradisional Cina – Manfaat.co.id
- Temukan 9 Manfaat Minyak Batu Sai Kong yang Jarang Diketahui – Staida