Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kebiasaannya akan diikuti dengan ucapan Minal Aidin Wal Faizin (lebih tepat Minal ‘Aidin Wal Faizin kerana huruf ‘ain bukan alif bagi ‘aidin).
Ejaannya dalam bahasa Arab / Jawi adalah:
مِنَ الْعَائِدِيْن وَالْفَائِزِيْن
Ramai yang menyangka bahawa ungkapan ini membaca maksud “Maaf Zahir dan Batin” kerana biasanya diucapkan selepas perkataan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidin Wal Faizin” namun tahukah anda apakah maksud ungkapan ini?
Bukan, maksudnya bukan “Maaf Zahir dan Batin” ya!
Ungkapan ini walaupun berasal dari Bahasa Arab, sebenarnya jarang diungkapkan oleh orang Arab ketika Hari Raya Aidilfitri.
Walau bagaimanapun, di negara kita Malaysia dan negara jiran seperti Indonesia ucapan ini adalah sudah menjadi kebiasaan dan kelaziman apabila membuat ucapan Hari Raya Aidilftri kepada orang lain.
Pelik juga kan?
Artikel menarik: Takbir Hari Raya Aidilfitri : Lafaz, Maksud & Panduan
Ok, jom kita tengok apa kata Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tentang maksud ungkapan ini.
Apakah maksud “Minal Aidin Wal Faizin”?
Kata “minal aidin” bermaksud golongan yang kembali.
Sementara itu “wal faizin” bermaksud golongan yang menang.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kamus Dewan Perdana DBP 2020, minalaidinwalfaizin bermaksud : “Semoga termasuk dalam golongan orang yang kembali kepada fitrah, iaitu suci daripada dosa, dan beroleh kejayaan.”
Menurut sesetengah sumber, ungkapan lengkapnya adalah “ja’anallahu minal ‘aidin wal faizin” yang artinya semoga Allah menjadikan kita termasuk orang-orang yang kembali (fitrah) dan menjadi pemenang.
Promosi: Sampul wang hari raya murah dan banyak pilihan rekabentuk
Lagi Contoh Ucapan Hari Raya
Berkata Al Hafidh Ibnu Hajar dalam “Al Mahamiliyat” dengan isnad yang hasan dari Jubair bin Nufair berkata :
كَانَ أَصحَابُ رَسٌوْلُ اللّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا الْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيْدِ يَقُوْلُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضِ تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمِنْكَ
Artinya: “Para sahabat Nabi SAW bila bertemu pada hari raya, maka berkata sebahagian mereka kepada yang lainnya : Taqabbalallahu minnaa wa minka (Semoga Allah menerima dari kami dan darimu)”.
Ibnu Qudamah dalam “Al-Mughni” menyebutkan bahwa Muhammad bin Ziyad berkata: “Aku pernah bersama Abu Umamah Al Bahili dan selainnya dari kalangan sahabat Nabi SAW. Mereka bila kembali dari shalat Id berkata sebagiannya kepada sebagian yang lain:
تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمِنْكَ
Maksudnya: “taqabbalallahu minnaa wa minka”.
CONTOH UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI
1. Ya Allah wahai Tuhan pentadbir seluruh keadaan, Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Tinggi kedudukannya. Dengan limpah dan kemurahanMu tukarkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dan berkatilah kami dan seluruh umat Islam dengan keberkatan bulan Syawal.
2. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ. Mohon maaf zahir batin.
3. Terima kasih atas doa dan ucapan selamat, Taqabbal Allahu minna wa minkum. Semoga Allah juga menerima amalan baik anda.
4. Selamat Hari Raya, Minal ‘aidin wal faizin. وَكُلُّ عَامْ وَأَنْتُمْ بِخَيْر, تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ.
5. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir batin. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ.
6. Semoga Allah menerima amal kita semua dan semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang kembali suci dan bahagia. Salam Aidilfitri.
7. Semoga kita tetap istiqamah dengan Al-Quran, zikir, tasbih dan doa dalam bulan-bulan Syawal dan bulan-bulan yang mendatang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ.
8.
Gemersik takbir mengundang tiba,
Salam diutus tanda ingatan;
Syawal menanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
9.
Pohon Jambu pohon Mengkudu,
Dahan dipotong dibuat ampaian;
Ramadan berlalu pasti rindu,
Syawal diraih penuh kesyukuran.
10.
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegar jiwa;
Sekiranya ada silap dan dosa,
Ampun dipinta di hari yang mulia.
Artikel berkaitan: Eid Mubarak (عيد مبارك) : 30 Contoh Ucapan Hari Raya Aidilfitri