Mike Tyson : Biodata, Perjalanan Karier, Islam & Kontroversi

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Legenda yang tidak asing lagi dalam sukan tinju, Mike Tyson kini menjadi sebutan warganet sejak akhir-akhir ini.

Ia berikutan kemunculan semula Tyson ke gelanggang tinju buat kali pertama setelah 19 tahun bersara dari sukan tersebut bagi menentang Jake Paul.

mike tyson
Sumber : marca.com

Ramai menjangka Tyson mampu menumpaskan petinju berusia 27 tahun itu kerana pengalamannya dalam sukan tersebut selama lebih 20 tahun.

Wala bagaimanapun, kemenangan tidak menyebelahi Tyson apabila Paul muncul sebagai pemenang dalam pertarungan tersebut.

Sempena detik bersejarah kembalinya ikon tinju ini ke gelanggang, ayuh kita imbas serba sedikit perjalanan karier serta latar belakangnya.

Sumber : Forbes

Biodata Mike Tyson

  • Nama Penuh : Michael Gerard Tyson
  • Nama Komersial : Mike Tyson
  • Tarikh Lahir : 30 Jun 1966
  • Umur : 58 tahun (2024)
  • Tempat Lahir : Brooklyn, New York
  • Agama : Islam
  • Isteri : Robin Givens (1988-1989), Monica Turner (1997-2003), Lakiha Spicer (2009-present)
  • Anak : Mikey, Rayna, Amir, Miguel, Exodus, Milan dan Morocco
  • Akaun media sosial : @miketyson (Instagram), @MikeTyson (Twitter/X)
mike tyson
Sumber : Seconds Out

Mike Tyson, Penjara & Islam

Mike Tyson memeluk agama Islam pada tahun 1992, semasa berada di dalam penjara. Tyson dipenjarakan pada tahun 1992 kerana disabitkan kesalahan jenayah berat, iaitu pemerkosaan Desiree Washington yang berusia 18 tahun ketika itu. Menurut sumber, Desiree bertemu Tyson di pertandingan Miss Black American di Indianapolis pada tahun 1991.

Tyson dijatuhi hukuman penjara enam tahun tetapi dibebaskan pada 1995, selepas menjalani hukuman tiga tahun. Dia menegaskan bahawa dia tidak bersalah, termasuk menulis dalam autobiografinya pada 2013, “Saya tidak memperkosa Desiree Washington.”

“Dia tahu, Tuhan tahu, dan tindakannya ini adalah sesuatu yang dia perlu hadapi sepanjang hayatnya,” tulis Tyson.

Salah satu faktor yang membawa kepada keputusan Tyson memeluk Islam adalah pertemuannya dengan beberapa banduan yang mengajarkan agama Islam kepadanya.

Tyson mula tertarik dengan ajaran Islam setelah berinteraksi dengan seorang banduan bernama Khalil Islam yang memberi pencerahan tentang agama tersebut. Selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 1995, Tyson secara terbuka mengakui bahawa dia telah memeluk Islam. Walaupun pada awalnya beliau tidak terlalu banyak berkongsi tentang agama barunya itu di hadapan umum, dia tetap menganggap Islam sebagai sebahagian penting dalam hidupnya.

Mike Tyson juga pernah menyatakan bahawa Islam memberikan ketenangan dan kedamaian dalam hidupnya selepas melalui banyak cabaran dan kontroversi. Sebagai tanda penghormatan kepada agama yang baru dianutinya, Tyson sempat menukar namanya kepada Malik Abdul Aziz, walaupun dia tidak selalu menggunakan nama tersebut dalam kehidupan seharian.

Jadi, walaupun minatnya terhadap Islam bermula di dalam penjara pada tahun 1992, Tyson memeluk agama Islam secara rasmi selepas itu dan menjadikannya sebahagian daripada identiti dan kehidupan rohaninya.

mike tyson

Perjalanan Karier dan Kontroversi

Bakat Tyson dalam sukan tinju telah dikenalpasti sejak beliau di bangku sekolah lagi. 

Di bawah didikan Cus D’Amato, bakat Tyson digilap sejak beliau berusia 14 tahun sehingga mampu menjadi petinju profesional pada 1985. 

Walaupun fizikal Tyson dikatakan tidak sehebat petinju lain, namun kelebihannya terletak pada ketangkasan dan sifat agresifnya di gelanggang untuk bertemu lawan. 

mike tyson
Sumber : Instagram Morocco Tyson

Pada November 1986, Mike Tyson yang ketika itu baru berusia 20 tahun telah muncul sebagai juara heavyweight termuda dalam sejarah apabila berjaya mengalahkan Trevor Berbick. 

Kemenangan ini sekaligus telah melakar nama Tyson dalam World Boxing Council. 

mike tyson
Sumber : Sky Sports Boxing

Pada tahun berikutnya, beliau berhasil menempa nama di World Boxing Association dan International Boxing Federation setelah menumpaskan James Smith dan Tony Tucker.

Dengan tiga pencapaian besar ini, Tyson membawa namanya ke puncak populariti, sekaligus menjadikan beliau ikon tinju global yang menjadi tumpuan dunia. 

Namun, prestasi di gelanggang bukanlah satu-satunya perkara yang membuat Tyson terkenal, malah petinju profesional ini juga sering terpalit dengan kontroversi. 

Ditambah pula dengan masalah peribadi yang rumit dan konflik dengan promoter Don King, prestasi petinju ini mula goyah. 

Februari 1990 menjadi saksi kejatuhan Tyson apabila beliau tewas di tangan James “Buster” Douglas. 

Hidupnya seakan berubah drastik setelah kekalahan ini. 

Sumber : Iconic Images

Pada tahun 1992, Tyson telah didakwa dan dijatuhi hukuman penjara atas kes pemerkosaan salah seorang peserta pertandingan ratu cantik. 

Sejurus selepas bebas dari penjara, Tyson kembali ke gelanggan pada tahun 1996 dan berjaya merangkul dua kemenangan mudah ke atas Frank Bruno dan Bruce Seldon. 

Walau bagaimanapun, Tyson menemui kekalahan keduanya apabila tumpas di tangan Evander Holyfield, juara dua kali bagi kategori heavyweight. 

Dalam sebuah perlawanan rematch menentang Holyfield pada 1997, Tyson telah hilang kelayakan (disqualified) daripada bertanding kerana tindakannya menggigit telinga Holyfield.

Insiden ini sekaligus membuatkan Tyson digantung daripada memasuki gelanggang.

Sumber : ESPN

Walau bagaimanapun, Tyson diberi kebenaran untuk kembali bertinju pada 1999 dengan harapan beliau dapat merampas semula gelaran juara heavyweight. 

Namun, hasratnya pudar apabila tewas di tangan Lennox Lewis pada 2002. 

Beliau kemudian melanjutkan sisa kariernya dengan menghadapi beberapa kekalahan dan kemenangan hingga akhirnya bersara secara rasmi pada 2005 setelah kalah menentang Kevin McBride. 

Kehidupan Selepas Bersara

Selepas bersara, Tyson sempat mengalami masalah kewangan sehingga diisytiharkan muflis pada 2003. 

Walau bagaimanapun, beliau tetap berusaha untuk meneruskan hidup dengan membuat penampilan di beberapa program TV termasuk filem seperti The Hangover. 

Kisah hidupnya turut diabadikan dalam buku dan dokumentari. Kini, Mike Tyson sering terlibat dalam projek hiburan dan perniagaan. 

Mike Tyson vs Jake Paul

Sumber : totalprosports.com

Mike Tyson baru-baru ini telah berdepan dengan Jake Paul, iaitu petinju muda yang baru debut dalam sukan tinju pada 2020 dan dahulunya terkenal sebagai personaliti media sosial.

Pertarungan bersejarah ini telah disiarkan secara langsung menerusi platform penstriman Netflix pada 16 November.

Memetik The Sun, pertarungan yang berlangsung di Stadium AT&T ini sepatutnya berlangsung pada 20 Julai lalu.

Namun, Mike Tyson dilapokan mengalami masalah kesihatan yang serius sehingga terpaksa menangguhkan perlawanan tersebut.

Meskipun tewas di tangan petinju yang berusia 31 tahun lebih muda daripadanya itu, Tyson masih berpuas hati dan bersyukur dapat kembali ke gelanggang dan menemui para penggemar tinju.

Sumber : The Sun, Kosmo!, ESPN, Britannica, biography.com

Baca Juga : Jojo – Biodata Johan Ghazali, Atlet Muay Thai Malaysia

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut