Menu Berbuka – 30 Hari Idea Resepi Sihat Sahur & Berbuka Puasa KKM
Salam Ramadan kepada semua!
Sempena bulan Ramadan ini pasti ramai yang tercari-cari menu berbuka dan bersahur untuk dinikmati sepanjang bulan puasa kan?
Ada banyak je yang kongsikan macam-macam jenis menu dekat media sosial tapi menu berbuka yang sihat jarang-jarang nak jumpa.
Makanan yang dimakan pada waktu berbuka puasa dan sahur memainkan peranan sangat penting dalam memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang hari.
Oleh itu, pemilihan menu berbuka puasa dan menu sahur yang seimbang amatlah penting untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan sepanjang bulan ini.
Bagi yang mencari resepi berbuka dan sahur yang sihat, anda boleh rujuk 30 Hari Idea Menu Berbuka & Bersahur yang telah dikongsikan oleh pakar pemakanan (nutritionist) Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah.
BACA JUGA: Kelebihan Bulan Ramadan & Keistimewaan Puasa – Hadis Sahih
Idea Menu Berbuka & Bersahur – Makanan
Berikut adalah beberapa cadangan menu berbuka puasa dan bersahur yang boleh dicuba:
1. Ayam Bakar Lemon
2. Ayam Gajus
3. Ayam Kukus Cili
4. Bebola Udang
5. Bolognese Sayuran
6. Daging Lada Hitam
7. Ikan Panggang Yogurt
8. Kentang, Telur & Keju
9. Kerabu Crunchy
10. Kerabu Ikan Bilis
11. Mee Goreng
12. Me Rebus
13. Mi Tarik Daging
14. Nasi Lalap
15. Sambal Udang
16. Ayam Hot & Spicy
17. Bihun Goreng Simple
18. Enoki Brokoli Delight
19. Grilled Chicken
20. Ikan Bakar Portuguese
21. Ikan Singgang Asam Pedas
22. Nasi Goreng Gajus
23. Pai Tee
24. Salsa Guacamole
25. Sandwic Multigrain
26. Spaghetti Olio
27. Sup Wantan Ayam
28. Telur Kukus
29. Tomyam Merah
30. Tortilla Telur
31. Hameul Pajeon
32. Ikan Baulu Goreng
33. Sambal Gesek Nogori
34. Sup Makaroni
Idea Menu Berbuka & Bersahur – Minuman
Selain makanan, minuman yang sihat juga perlu dititikberatkan. Pastikan anda minuman minuman yang kurang gula semasa berbuka.
Jangan lupa juga minum air putih 8 gelas sehari;
- 1 gelas bangun sahur
- 1 gelas semasa sahur
- 1 gelas semasa azan maghrib
- 1 gelas selepas solat maghrib
- 1 gelas semasa berbuka
- 1 gelas selepas solat isyak
- 1 gelas selepas solat terawih
- 1 gelas sebelum tidur
Berikut ialah beberapa menu berbuka minuman sihat tanpa gula yang anda boleh rujuk:
1. Dragon Fruit Smoothie
2. Jus Timun & Kiwi
3. Jus Tomato Hijau
4. Lemonade Selasih
5. Lobak Merah dan Oren
6. Puding Chia Seed Mangga
7. Jus Peria & Epal
8. Jus Tembikai Lemon
9. Lemon Pudina
S
Tips Kekal Bertenaga Semasa Ramadan
Bulan Ramadan bukan alasan untuk kita bermalasan atau tidak produktif sepanjang hari. Anda boleh ikuti tips-tips yang dikongsikan berikut untuk kekal bertenaga semasa bulan Ramadan:
- Berbuka dan bersahur secara seimbang.
- Ambil buah-buahan semasa moreh (jika perlu).
- Berbuka dengan 2-3 biji kurma sebelum menunaikan solat maghrib.
- Cukup pengambilan air kosong sebanyak 8 gelas sehari.
Pastikan anda juga berbuka puasa secara sihat dengan;
- Mengawal saiz hidangan makanan,
- Lebihkan sayur-sayuran berdaun hijau, makan buah-buahan
- Kurangkan pengambilan makanan dan minuman tinggi lemak, gula dan garam
- Banyakkan pengambilan air kosong
- Makan dengan perlahan dan tidak gelojoh.