Onani : 6 Fakta Melancap Bagi Lelaki & Wanita

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Melancap atau masturbate adalah perbuatan memuaskan nafsu secara berseorangan. Ia sering dianggap sebagai satu perbuatan yang tidak bermoral dan tidak senonoh.

Kebanyakan lelaki terutamanya dalam kalangan remaja seringkali melakukan perbuatan ini demi memuaskan keinginan serta nafsu seksual mereka.

Golongan muda juga didapati lebih cenderung melakukannya kerana mereka perasaan ingin tahu mengenai seks.

Namun begitu, terdapat beberapa persoalan yang pasti bermain di fikiran para lelaki dan juga wanita mengenai melancap.

Adakah kerap melancap boleh mengganggu kesihatan seksual dan menyebabkan mati pucuk?

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

melancap

6 Fakta Tentang Melancap Bagi Kesihatan Lelaki & Wanita

FAKTA 1 : Mendedahkan Lelaki Pada Risiko Tersendiri

Perbuatan ini sememangnya tidak mendedahkan seseorang kepada penyakit jangkitan kelamin (STD) kerana ia dilakukan bersendirian.

Namun, melakukannya dengan terlalu kerap boleh mengakibatkan kerengsaan kulit alat kemaluan dan membuat ia bengkak.

FAKTA 2: Tidak Mendatangkan Manfaat Terhadap Hubungan Seksual Dengan Pasangan

Kajian telah membuktikan bahawa hubungan seks boleh memberikan manfaat kepada kesihatan lelaki.

Antara kelebihannya adalah dapat menstabilkan tekanan darah, mengekalkan kesihatan jantung serta prostat.

Namun begitu, semua manfaat ini hanya boleh dicapai melalui hubungan seks bersama pasangan sahaja, bukan melancap.

FAKTA 3 : Tiada Keperluan Untuk Melancap

Menurut pakar seksologi, Logan Levkoff, perbuatan memuaskan nafsu secara bersendirian ini adalah bergantung sepenuhnya kepada individu itu sendiri.

Dalam erti kata lain, tiada waktu, kadar mahupun tempoh spesifik yang dinasihatkan untuk melakukannya.

Oleh itu, seseorang perlulah bijak mengawal diri daripada beronani agar tidak memudaratkan kesihatan fizikal dan mental.

melancap

FAKTA 4 : Ia Mungkin Akan Merosakkan Hubungan Bersama Pasangan

Melancap atau onani ini hanya akan dilakukan oleh remaja lelaki ketika mereka sedang bujang. Perbuatan ini tiada kena-mengena dengan pasangan mereka.

Perbuatan ini tidak semata-mata terdorong oleh keinginan seksual, malah ia juga merupakan rutin bagi meredakan stres atau memudahkan tidur.

Namun, ketagihan ini boleh menjejaskan hubungan apabila seseorang mengalami ketagihan, bahkan hukumnya HARAM dalam Islam.

FAKTA 4 : Hukumnya HARAM Dalam Islam

Orang yang melakukan onani atau melancap untuk tujuan melepaskan kepuasan ialah orang yang mencari kepuasan selain dari perkara yang dibolehkan oleh hukum Islam.

Jumhur ulamak berpendapat bahawa hukum onani atau melancap ini adalah haram berdasarkan nas al-Quran ayat kelima sehingga ketujuh surah al-Mukminun.

Dinyatakan huraian Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab beliau, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam:

“Perbuatan ini diharamkan oleh ramai ulama mazhab Maliki (termasuk juga Syafieyyah). Mereka mengambil dalil berdasarkan firman Allah:

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (5) إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (6) فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (7

Maksudnya: Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

Surah al-Mukminun, (23 : 5-7)

Kata Imam al-Ruhaibani al-Hanbali: ‘’Dan sesiapa yang beronani dari kalangan lelaki dan perempuan tanpa sebarang hajat, maka haram melakukannya dan dia dihukum takzir atas perbuatan tersebut kerana ia merupakan suatu maksiat’’. Rujuk Mathalib Ulil Nuha, Al-Ruhaibani (6/226).

FAKTA 5 : Keperluan Mandi Wajib Bagi Lelaki & Wanita

Dari sudut fekah, keluarnya air mani secara sengaja seperti melalui persetubuhan, beronani, melihat perkara-perkara yang menaikkan syahwat, atau secara tidak sengaja seperti melalui mimpi, maka kesemuanya ini menjadikan seseorang itu berada dalam keadaan berjunub.

Dan antara sebab yang mewajibkan mandi bagi seseorang itu adalah ketika dia dalam keadaan berjunub.

Bagi orang perempuan yang melakukan onani sehingga keluar air mani, menjadi satu kewajipan ke atas dirinya untuk mandi junub.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zainab binti Ummu Salamah. Beliau bertanya kepada Nabi:
Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah itu tidak malu terhadap perkara kebenaran. Adakah menjadi kewajipan bagi seorang perempuan itu untuk mandi (junub) apabila dia bermimpi ?
Maka kata baginda S.A.W: ‘’Ya, dia perlu mandi apabila dia melihat terdapatnya air (mani)’’. Riwayat al-Bukhari (6091)

Kata Imam Ibn Hajar al-Asqalani: ‘’Pada hadis ini terdapatnya petunjuk yang menyatakan kewajipan mandi (junub) ke atas orang perempuan disebabkan keluar air mani’’. Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar Al-Asqalani (1/462).

FAKTA 6 : Boleh Menyebabkan Mati Pucuk

Mati pucuk (erectile dysfunction) adalah satu masalah kesihatan yang sangat ditakuti para lelaki kerana ia boleh menjejaskan kehidupan seks mereka terutamanya yang sudah berkahwin.

Bagi yang belum tahu, melancap juga boleh mengakibatkan mati pucuk. Selain menjejaskan kehidupan seksual, ia juga boleh menyebabkan lelaki hilang keyakinan diri dan mudah rasa tertekan.

Lebih membimbangkan lagi, ia boleh menjadi punca kepada penceraian bagi yang sudah berkahwin.

Selain melancap, mati pucuk juga boleh berpunca daripada perkara lain seperti stres, emosi tidak stabil, pengambilan ubatan, kondisi kesihatan serta tabiat menghisap rokok dan meminum alkohol.

Cara Elak Onani / Melancap

Anda boleh ikuti beberapa tips di bawah bagi mengelakkan ketagihan atau keinginan untuk melancap ketika bersendirian.

  • Tenangkan fikiran dan berikan masa kepada diri untuk berehat.
  • Abaikan amalan tidak seperti pengambilan alkohol dan menghisap rokok.
  • Mulakan gaya hidup yang lebih sihat melalui gaya hidup aktif serta pemakanan yang lebih berkhasiat.
  • Berhenti menonton pornografi.
  • Elakkan pencetus yang menyebabkan anda semakin bernafsu seperti tidur dalam keadaan telanjang.

Sekiranya anda sukar untuk atasi ketagihan melancap, jangan berasa malu untuk dapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan.

Anda juga perlu melatih untuk mengelakkan diri daripada menonton pornografi bagi mengurangkan keinginan untuk melakukannya.

Bagi yang beragama Islam, anda juga harus ingat yang melancap adalah satu perbuatan yang mendatangkan dosa serta tidak patut dlakukan.

Sumber : Hellodoktor, Al-Kafi #382 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Twitter Dr Zulkifli Al-Bakri

Baca Juga : Tanda Ovulasi Berjaya Disenyawakan, Bakal Ibu Ayah Wajib Tahu

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut