Terkini – Notis Perkhidmatan Tergendala Maybank (Server Down)
Menerusi satu kenyataan dari Maybank, beberapa perkhidmatan mereka seperti ATM, terminal layan diri, Maybank2U dan Perbankan Online akan menjalani penyelenggaraan dari 12 tengah malam sehingga 7 pagi pada sabtu dan ahad.
- ATM & Terminal Layan Diri :
- 7.00AM (Kebiasaan 6.00AM) – Sabtu & Ahad
- Maybank2U & Perbankan Online :
- 3.00AM hingga 7.00AM – Sabtu & Ahad
Perkara itu dimaklumkan di media sosial dan laman web rasmi pihak tersebut.
Walau bagaimanapun, pada hari Sabtu, 20 Mei 2023, difahamkan pelanggan masih menghadapi masalah untuk mengakses perbankan internet dan aplikasi M2U MY sehingga lebih kurang 12.45 tengah hari.
Perkara itu juga telah dikemaskini di media sosial Maybank untuk makluman pelanggan dan turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pengguna laman web untuk transaksi atas talian termasuk aplikasi online.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).
Terkini – Notis Perkhidmatan Tergendala Maybank (Server Down)
Pengumuman di media sosial Maybank Malaysia adalah seperti berikut:
Kepada para pelanggan yang dihormati,
Untuk makluman anda, kami akan melaksanakan penyelenggaraan sistem pada hari Sabtu, 20 Mei 2023 dan Ahad, 21 Mei 2023.
Sehubungan dengan itu, perkhidmatan Maybank2u, Perbankan Mudah Alih Maybank2u, Perkhidmatan ATM dan Terminal Layan Diri tidak akan beroperasi secara berperingkat pada hari Sabtu, 20 Mei 2023 jam 12:00 pagi sehingga 07:00 pagi dan pada hari Ahad, 21 Mei 2023 jam 12:00 pagi sehingga 07:00 pagi.
Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan menghargai kerjasama anda dalam perkara ini.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank, Tel: 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).
Sila baca kenyataan penuh oleh pihak Maybank melalui siaran media rasmi di pautan berikut : https://maybank.my/3M9VX14? (ENG) / https://maybank.my/42XNIfl? (BM)
Baca juga: