Masalah Atipikal SPA: Contoh Soalan Psikometrik

masalah atipikal spa
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sekiranya anda pernah memohon kerja kerajaan melalui SPA, anda mungkin pernah diminta untuk menjawab soalan psikometrik yang melibabatkan masalah atipikal.

Ramai yang gementar apabila diminta menjawab soalan psikometrik ini walhal ujian ini hanya tanya soalan berkaitan dengan personaliti anda sahaja.

Ianya akan melihat bagaimana anda berfikir, bagaimana anda membuat keputusan dan bagaimana anda bertindak.

Anda hanya perlu pilih jawapan yang mencerminkan perwatakan sebenar anda sahaja.

Apakah itu “masalah atipikal”?

Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon untuk kecilkan bilangan calon.

Hanya calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja akan lulus ujian ini.

Soalan-soalan masalah atipikal dalam ujian psikometrik SPA bertujuan untuk melihat pendirian anda sama ada konsisten atau tidak.

Sila lihat contoh-contoh soalan atipikal di bawah dan lihat penjelasan selanjutnya untuk jawapa kepada contoh soalan-soalan sebegini.

Artikel berkaitan: Ujian Psikometrik SPA : Contoh Soalan PSEE & Panduan

Contoh soalan masalah atipikal SPA

Berikut merupakan contoh soalan atau masalah atipikal SPA:

Soalan 1: Saya cuba untuk membentuk kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atipikal.

  • A. Sangat Setuju
  • B. Setuju
  • C. Tidak Pasti
  • D. Tidak Setuju
  • E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 2: Saya bergantung kepada pelbagai maklumat untuk mencari penyelesaian inovatif terhadap sebarang masalah.

  • A. Sangat Setuju
  • B. Setuju
  • C. Tidak Pasti
  • D. Tidak Setuju
  • E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Saya berupaya mencadangkan kesimpulan alternatif apabila diberikan keputusan yang hanya mencadangkan satu kemungkinan kesimpulan.

  • A. Sangat Setuju
  • B. Setuju
  • C. Tidak Pasti
  • D. Tidak Setuju
  • E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Jika diberikan pilihan dalam mengikuti sesuatu kursus, saya lebih gemar mengikuti kursus berasaskan fakta berbanding kursus berasaskan teori.

  • A. Sangat Setuju
  • B. Setuju
  • C. Tidak Pasti
  • D. Tidak Setuju
  • E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Saya lebih suka mengalami sesuatu secara langsung daripada hanya membayangkan atau bercakap mengenainya.

  • A. Sangat Setuju
  • B. Setuju
  • C. Tidak Pasti
  • D. Tidak Setuju
  • E. Sangat Tidak Setuju

Promosi: Dapatkan buku contoh-contoh soalan-soalan pskometrik SPA

Penjelasan jawapan

Walaupun terdapat 5 soalan berlainan yang diberikan contoh di atas, kelima-lima soalan tersebut mempunyai fokus yang sama – ingin melihat bagaimana seseorang itu menerima dan memproses maklumat.

Data-data daripada soalan-soalan masalah atipikal seperti inilah yang akan digunakan oleh pihak SPA untuk mengenalpasti kesesuaian seseorang calon itu dengan jawatan yang dipohon.

Soalan-soalan masalah atipikal SPA ini saling berkait antara satu sama lain walaupun bentuknya kelihatan lain.

Soalan-soalan atipikal seperti ini digunakan untuk menguji sejauh mana tahap pendirian anda sama ada konsisten atau tidak konsisten.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut