Malaysia Heritage Studio – Harga Tiket & Acara Pesta Muda-Mudi

Malaysia Heritage Studio - Harga Tiket & Acara Pesta Muda-Mudi
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Malaysia Heritage Studio – Harga Tiket & Acara Pesta Muda-Mudi

Bosan-bosan duduk rumah hujung minggu, boleh lah bawa diri dan anak-anak ke Malaysia Heritage Studio. 

Tempat ini memang sesuai untuk dedahkan anak-anak dengan warisan budaya tempatan dan tanah air dalam suasana yang seronok dan tidak membosankan. Ibu ayah pun boleh belajar sekali. 

Untuk pengetahuan ada, Malaysia Heritage Studio (MHS) ni adalah antara destinasi pelancongan yang cukup popular juga di Melaka tau. 

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai MHS ini, jom baca perkongsian di bawah. 

BACA JUGA: Muzium Penjara Melaka – Tarikan Utama & Harga Tiket Masuk

Malaysia Heritage Studio – Pengenalan

Malaysia Heritage Studios (MHS) adalah sebuah destinasi unik yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Dikenali sebagai taman warisan pertama yang magical di negara ini, studio ini menggabungkan elemen seni, sejarah, dan budaya dalam satu ruang interaktif yang menarik.

Tempat ini telah dibuka semula pada tahun 2023 dan menampilkan rumah tradisional dari 13 negeri di Malaysia. Setiap satu rumah tersebut direka dengan elemen budaya unik negeri tersebut. 

Malaysia Heritage Studio - Harga Tiket & Acara Pesta Muda-Mudi
Sumber: Google Review (MHS)

Menariknya lagi, di sini, pengunjung dapat menikmati persembahan harian yang menampilkan watak-watak lagenda Malaysia seperti Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang. Ini menjadikan setiap kunjungan anda ke sini penuh dengan pengetahuan dalam suasana yang seronok.

Malaysia Heritage Studio - Harga Tiket & Acara Pesta Muda-Mudi
Sumber: Google Review (MHS)

Bagi menambah lagi daya tarikannya, setiap persembahan yang ditampilkan menggunakan teknologi canggih seperti animatronik untuk menghidupkan watak-watak legenda seperti Sang Kelembai dan Puteri Gunung Ledang. 

Siapa yang sesuai datang sini?

Jawapannya, semua orang wajib datang sini! Malaysia Heritage Studios ini memang sesuai dikunjungi oleh semua peringkat umur. 

Seperkara lagi, MHS telah berjaya memenangi Anugerah Kecemerlangan 2023 sebagai tarikan baharu terbaik tau. Anugerah ini jelas menunjukkan keunggulannya sebagai produk pelancongan yang berkualiti tinggi.

Waktu Operasi

Malaysia Heritage Studios dibuka setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang. Namun, pengunjung perlu mengambil perhatian bahawa tiket terakhir boleh dibeli satu jam sebelum waktu tutup. 

Apabila ada acara tertentu waktu operasinya akan bertukar pada waktu lain. Contohnya, waktu operasi MHS sempena program Pesta Muda Mudi yang bakal berlangsung pada 28 Disember 2024 ini adalah bermula pada pukul 7 petang (kaunter tiket dibuka, 8 malam acara mula) sehingga 12 malam. 

Lokasi dan Cara Ke Sana

Alamat: Exit Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka, Malaysia

Malaysia Heritage Studios terletak di Lebuhraya Ayer Keroh, Melaka. Untuk sampai ke sini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan persendirian atau pengangkutan awam.  Lokasinya yang agak strategik menjadikannya mudah diakses bagi penduduk tempatan mahupun pelancong luar.

Bagi mereka yang menggunakan kereta, terdapat banyak tempat letak kereta yang disediakan. Manakala, sekiranya anda menggunakan bas atau teksi, pastikan untuk meminta pemandu menghantar anda terus ke pintu masuk studio ini. 

BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di Melaka, Wajib Dikunjungi!

Harga Tiket Masuk Malaysia Heritage Studio

Malaysia Heritage Studio - Harga Tiket & Acara Pesta Muda-Mudi
Sumber: Google Review (MHS)

Harga tiket masuk ke Malaysia Heritage Studios untuk warga tempatan, adalah RM50 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak serta warga emas. OKU, RM33.

Bagi pelancong antarabangsa, harga tiket adalah RM81 untuk dewasa dan RM63 untuk kanak-kanak serta warga emas dan OKU. Bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah masuk adalah percuma. 

Tiket masuk boleh dibeli di laman web rasmi MHS melalui pautan berikut: https://www.ticket2u.com.my/mhs/book

Atau, anda juga boleh dapatkan tiket masuk ke MHS melalui KLOOK:

[TAIP: Malaysia Heritage Studios Ticket in Malacca > klik, Search]

Klook.com

Apa yang Menarik di Malaysia Heritage Studio?

Malaysia Heritage Studios menawarkan pelbagai tarikan menarik, antaranya ialah:

1. Rumah Tradisional dari 13 Negeri

Malaysia Heritage Studios menampilkan 13 buah rumah tradisional yang mewakili setiap negeri di Malaysia. Setiap rumah direka dengan teliti untuk mencerminkan seni bina, budaya, dan sejarah negeri tersebut. 

Pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat keunikan setiap rumah, serta menikmati pameran mural dan paparan digital.  

Ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman seolah-olah sedang melakukan perjalanan waktu ke pelbagai era budaya Malaysia. 

Malaysia Heritage Studio - Harga Tiket & Acara Pesta Muda-Mudi
Sumber: Google Review (MHS)

2. Persembahan Budaya dan Teater

Pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai persembahan budaya yang diadakan secara harian. Persembahan ini termasuk tarian tradisional, muzik, dan teater yang menampilkan watak-watak lagenda seperti Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang. 

Persembahan ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mendidik, memberikan pengetahuan tentang sejarah dan budaya Malaysia kepada pengunjung.

Malaysia Heritage Studio - Harga Tiket & Acara Pesta Muda-Mudi
Sumber: Google Review (MHS)

3. Aktiviti Interaktif

MHS juga menawarkan pelbagai aktiviti interaktif seperti kelas seni kraf tradisional, termasuk anyaman, batik, dan ukiran kayu. 

Dalam aktiviti-aktiviti ini, pengunjung dapat belajar secara langsung tentang teknik-teknik seni kraf tradisional sambil menghasilkan karya seni buatan tangan mereka sendiri.

4. Pameran dan Teknologi Immersive

Studio ini juga menggunakan teknologi immersive untuk membawa pengunjung masuk ke dalam dunia budaya Malaysia. Contohnya, persembahan interaktif seperti pameran animatronik membolehkan pengunjung merasai suasana hidup dalam sejarah dan budaya. 

5. Sudut Menarik untuk Fotografi

Di MHS ini juga ada banyak sudut menarik untuk mengambil gambar seperti replika kereta labu ala Cinderella di Rumah Perak dan globe besar yang ikonik di pintu masuk, bolehlah acah-acah sedang berada di Universal Studios. 

6. Makanan Tradisional dan Cenderahati

Di dalam MHS ini juga ada banyak kemudahan untuk keselesaan pengunjung, antaranya ialah gerai makanan tradisional yang menawarkan pelbagai hidangan seperti nasi kerabu dan kuih-muih tempatan. 

Selain itu, pengunjung boleh membeli cenderahati unik hasil seni kraf tradisional yang dibuat sendiri dalam bengkel. 

Malaysia Heritage Studio - Harga Tiket & Acara Pesta Muda-Mudi
Sumber: Google Review (MHS)

Pesta Muda-Mudi Malaysia Heritage Studio

Pesta Muda Mudi adalah acara tahunan yang diadakan di Malaysia Heritage Studios, yang menarik perhatian ramai golongan muda dari seluruh negara. 

Acara ini bukan sahaja menawarkan hiburan, tetapi juga menjadi platform untuk mempromosikan budaya dan seni Malaysia dan menggalakkan interaksi antara generasi muda dengan seni tradisional.

Maklumat Acara

Pesta Muda Mudi pada tahun ini telah berlangsung beberapa kali. Terkini, pesta ini bakal berlangsung buat terakhirnya untuk tahun ini, pada 28 Disember 2024, dari jam 8:00 malam hingga 12:00 malam.

Harga tiket untuk acara ini dijual pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM15. Tiket boleh dibeli di kaunter MHS bermula pada pukul 7 malam. 

Sumber: Facebook Malaysia Heritage Studios 

Aktiviti Menarik

Pesta Muda Mudi menawarkan pelbagai aktiviti yang direka khusus untuk menarik minat golongan muda. Beberapa aktiviti utama termasuk:

  • 🎬 Layar Hitam Putih
  • 🎭 Mari Kita Lihat Siapa Yang Kena
  • 💺 Bangku Rebutan
  • 🎨 Sketsa Labu Labi dan Madu 3
  • 🎶 Margina dan Apek

Jangan lupa datang!!

Sumber: malaysiaheritagestudios
Sumber: malaysiaheritagestudios
Sumber: malaysiaheritagestudios
Sumber: malaysiaheritagestudios
Sumber: malaysiaheritagestudios
Sumber: malaysiaheritagestudios

Penutup

Malaysia Heritage Studio bukan sekadar destinasi pelancongan, tetapi juga berfungsi sebagai pusat pembelajaran yang mempromosikan kepentingan memelihara warisan negara.

Dengan kehadiran acara menarik seperti Pesta Muda Mudi, lawatan ke sini pasti meninggalkan kenangan bermakna untuk setiap pengunjung. 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut