POV: Maksud POV & Bagaimana Ia Digunakan

maksud pov
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Jika kita sering membuka Tik Tok misalnya, kadang kala kita melihat perkataan POV yang ditulis tetapi tahukah anda apakah maksud POV yang sebenar?

Berikut adalah maksud perkataan ini.

Maksud POV

POV merupakan perkataan dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud ‘Point of View’.

Jika diterjemahkan kepada Bahasa Melayu, ia bermaksud ‘sudut pandang’.

Secara mudah difahami, video yang diklasifikasikan bagi perkataan ini bermaksud mereka akan melihat di dalamnya perspektif orang pertama.

Sebagai contoh, jika anda menulis “POV Dating with me,” ini bermaksud anda meletakkan kamera seolah-olah ia adalah pandangan teman lelaki anda.

Perbezaan POV Di Media Sosial

Perkataan ini sebenarnya digunakan secara meluas bukan sahaja untuk media sosial.

Ianya berbeza dengan maksud di wattpad, novel atau filem dengan Media Sosial.

Makna POV yang paling biasa digunakan adalah seperti:

  • Privately Owned Vehicle
  • Power of veto
  • Abbreviation of poverty or impoverished

Maksud FYP

Salah satu perkataan yang hampir sama dengan perkataan ini adalah FYP.

FYP bermaksud For You Page (Halaman Untuk Anda) atau For You dan merujuk kepada tab atau content yang pertama kali apabila anda membuka TikTok.

Apabila anda menulis perkataan itu, algorithm aplikasi TikTok akan memilih dan disesuaikan dengan dengan niche atau carian content yang anda suka.

Jadi, TikTok akan mencadangkan content FYP kepada anda dan biasanya content yang dicadangkan adalah content yang mempunyai banyak likes dan views.

Apabila content anda FYP, content anda akan muncul di feeds pengguna TikTok lain dengan lebih kerap dan membuat video menjadi tular.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut