Maksud Invois, Contoh, Kegunaan & Perbezaannya Dengan Resit

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Apakah beza invois dan resit dan contoh invois terbaik?

Sekiranya anda terlibat dalam perniagaan dan melibatkan urusan jual beli (debit dan kredit), anda pastinya begitu sinonim dengan dokumen-dokumen seperti sebut harga (quotation), pruchase order (pesanan pembelian), invoice (invois) dan receipt (resit).

Kali ini, mari lihat dan fahami secara spesifik apa itu invois serta contoh invois yang boleh anda jadikan rujukan.

Apa itu invois?

Invois ialah dokumen yang dikeluarkan darpada pemilik perniagaan kepada pelanggan apabila tiba masanya untuk pelanggan membayar barangan atau perkhidmatan yang disediakan.

Ia adalah permintaan rasmi untuk pembayaran dan juga bertindak sebagai bukti jualan untuk perniagaan anda.

Memandangkan invois ialah dokumen perniagaan rasmi, terdapat beberapa maklumat rasmi pada invois yang wajib perlu disertakan padanya.

Ini termasuk nama dan alamat perniagaan dan pelanggan anda, nombor invois, tarikh pengeluaran, tarikh akhir pembayaran, maklumat barangan atau perkhidmatan yang dijual dan jumlah amaun yang perlu dibayar.

Secara mudah difahaminya, invois dikeluarkan selepas barangan atau perkhidmatan disediakan, tetapi sebelum pembayaran diterima.

Teruskan bacaan untuk melihat contoh invois yang boleh anda gunakan dala perniagaan anda

Perbezaan antara invois dan resit

Invois dan resit mempunyai tujuan yang berbeza kerana ia dikeluarkan pada peringkat proses jualan yang berbeza.

Invois dikeluarkan sebelum pelanggan menghantar pembayaran, manakala resit dikeluarkan selepas pembayaran diterima.

Invois bertindak sebagai permintaan untuk pembayaran, dan resit bertindak sebagai bukti pembayaran.

Ini juga bermakna setiap dokumen memerlukan maklumat yang berbeza.

Invois itu harus mengandungi pecahan terperinci produk dan perkhidmatan, manakala resit pembayaran hanya perlu menunjukkan jumlah yang dibayar dan baki yang perlu dibayar.

Kedua-dua dokumen hendaklah dilabelkan dengan jelas sebagai “Invois” atau “Resit”.

Contoh invoice terbaik

Berikut merupakan antara contoh invois yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk anda berikan kepada pelanggan apabila meminta bayaran daripada mereka.

contoh invois

Keperluan invois dan resit

Adakah anda perlu mengeluarkan invois dan resit?

Bergantung pada industri dan struktur perniagaan anda, anda mungkin tidak perlu mengeluarkan kedua-dua invois dan resit.

Di UK, invois hanya wajib jika perniagaan anda dan pelanggan Di UK, invois hanya wajib jika perniagaan anda dan pelanggan anda berdaftar untuk VAT.

Walau bagamanapun, bagi kebanyakan perniagaan, tanpa mengira status VAT, biasanya memilih untuk mengeluarkan invois untuk jualan business-to-business (B2B) untuk menyimpan rekod menyeluruh pendapatan mereka untuk tujuan cukai.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut