Maksud Gen Alpha, Ciri-ciri & Cabaran Mendidik Generasi Baru

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Seiring peredaran zaman, terlahirkan generasi baru yang menjadi penyambung masyarakat. Generasi terkini yang menjadi sebahagian daripada masyarakat adalah Generasi Alpha, iaitu anak-anak yang lahir selepas tahun 2010.

Disebabkan Gen Alpha lahir pada zaman kemuncak perkembangan teknologi dan paling maju berbanding generasi terdahulu, adalah menjadi cabaran kepada ibu bapa dan orang sekeliling untuk membesarkan golongan ini.

Ia juga bukan perkara baru jika melihat anak kecil sudah pandai mengunakan telefon pintar atau internet.

maksud gen alpha
Sumber : Naluri Kreatif

Maksud Gen Alpha

Maksud Gen Alpha adalah golongan yang lahir pada tahun 2010 dan ke atas. Generasi termuda dalam masyarakat ini dilahirkan dengan teknologi yang maju dan semakin pesat.

Anak-anak ini juga sudah terbiasa dengan gadget seperti telefon pintar, tablet dan televisyen. Dalam beberapa aspek, terdapat beberapa kelebihan yang dimiliki oleh generasi ini.

Salah satunya adalah mereka sudah boleh membaca dan mengenal huruf dengan bantuan gadget.

Mereka juga lebih bijak memahami situasi sehingga ibu bapa tidak boleh lagi ‘menipu’ mereka sebagai alasan untuk mereka makan, belajar dan sebagainya.

Ciri-Ciri Gen Alpha

Untuk fahami maksud Gen Alpha, anda juga boleh semak beberapa ciri-ciri yang dimiliki oleh golongan ini antaranya :

  • Sangat Cepat Belajar

Walaupun kebanyakan daripada mereka masih kecil, Generasi Alpha dilihat sebagai golongan yang paling cepat belajar memandangkan mereka dibesarkan dengan kemudahan teknologi serta maklumat yang mudah diterima dengan bantuan gadget.

Berbanding generasi terdahulu, Gen Alpha lebih banyak terdedah kepada dunia sejak mereka kecil lagi.

Gen Alpha ini juga dilihat lebih cerdas, cepat belajar dan boleh fahami situasi dengan lebih baik disebabkan oleh pendedahan teknologi yang sangat luas.

  • Cekap Dalam Penggunaan Teknologi

Terlahir pada kemuncak perkembangan teknologi, Generasi Alpha yang berusia 8 tahun dianggarkan mempunyai kemahiran teknologi yang setara dengan ibu bapa mereka.

Mereka juga tidak mengenali dunia tanpa internet dan teknologi canggih.

Sumber : Linkedin
  • Tidak Terikat Pada Peraturan

Anda mungkin dapati Generasi Alpha sukar untuk libatkan diri dalam aktiviti yang mempunyai peraturan seperti board games atau mewarna dalam garisan.

Tenaga mereka sukar dibendung kerana dunia digital mereka membuka peluang kepada pelbagai perspektif tanpa batas, yang mendorong mereka untuk mengambil kawalan ke atas diri mereka sendiri.

  • Tingkah Laku dan Minat Yang Sentiasa Berubah

Berbeza dengan generasi sebelumnya yang lebih mudah diramal, golongan Gen Alpha mempunyai minat yang sering berubah dalam kebanyakan perkara.

Mereka cenderung lebih individualistik dan tidak mudah dimasukkan ke dalam kategori dominan tertentu.

Jadi, pada saat anda berjaya meramal mereka, mereka sudah pun menunjukkan tingkah laku baharu.

Cabaran & Tips Mendidik Generasi Alpha

Disebabkan ciri-ciri unik yang dimiliki oleh generasi baru ini, adalah menjadi suatu cabaran buat ibu bapa untuk mengasuh anak-anak masa kini.

Golongan Gen Alpha ini juga tidak boleh lagi dididik dengan cara yang sama seperti generasi sebelumnya.

Oleh itu, ibu bapa perlulah lebih kreatif dan gunakan pendekatan yang berbeza dalam mengasuh anak-anak dari golongan Gen Alpha.

  • Perbaharui Cara Didikan

Cara mendidik yang tegas di mana ibu bapa mempunyai kawalan penuh terhadap anak-anak tanpa ruang untuk perbincangan kini tidak boleh dipakai lagi.

Sebaliknya, anda perlulah gunakan pendekatan yang lebih fleksibel dan utamakan komunikasi dua hala.

Berikan bimbingan yang jelas tanpa memaksa anak-anak mengikut keputusan anda.

Anda juga tetap perlu bertegas bergantung kepada keadaan untuk menolak permintaan yang tidak relevan.

Berikan alasan yang logik apabila mengatakan tidak agar mereka dapat menerima keputusan tersebut dengan lebih matang.

  •  Biasakan Diri Dengan Dunia Digital

Anak-anak dari Gen Alpha sangat akrab dengan teknologi digital, jadi adalah penting untuk ibu bapa memahami teknologi digital masa kini supaya anda boleh pantau aktiviti anak-anak dengan lebih berkesan.

maksud gen alpha
Sumber : detik.com
  • Tetapkan Garis Panduan Penggunaan Gadget

Sebelum membenarkan anak menggunakan gadget, jelaskan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di internet dan media sosial. Terangkan juga risiko serta kesan buruk teknologi kepada mereka.

Tetapkan juga peraturan mengenai tempoh masa yang dibenarkan untuk menggunakan gajet sebelum mereka mula menggunakannya.

Ini juga penting bagi mencegah anak daripada ketagihan gadget.

  • Latih Nilai-Nilai Emosi

Generasi Alpha sering terdedah kepada rangsangan otak melalui teknologi. Oleh itu, sebagai ibu bapa, peranan anda adalah memupuk nilai-nilai emosi seperti empati, kasih sayang, dan keprihatinan.

maksud gen alpha
Sumber : CNBC
  • Jadi Contoh Yang Baik

Jadilah teladan yang baik kepada anak anda. Biarkan mereka memilih sifat-sifat positif anda yang ingin mereka amalkan. Anda mungkin terkejut dengan bagaimana mereka berkembang dengan baik.

  • Seimbangkan Masa Keluarga dan Penggunaan Gajet

Tetapkan peraturan mengenai tempoh penggunaan gadget, tetapi jangan terlalu memaksakan masa bersama keluarga sehingga mereka merasa tertekan dan tidak suka meluangkan masa tersebut.

Sumber : Ameyaw Debrah
  • Bina Hubungan Yang Erat

Jadi jadikan gadget sebagai penghalang. Binalah hubungan yang kukuh dengan anak anda. Wujudkan komunikasi yang terbuka dan jadilah orang pertama yang mereka percaya dan harapkan dalam apa jua situasi.

Dengan memahami maksud Gen Alpha, lebih mudah untuk ibu bapa membimbing serta fahami cara pemikiran anak-anak.

Ini penting buat ibu bapa yang ingin membesarkan anak dengan nilai emosi, akhlak dan kecerdasan yang seimbang seiring dengan perkembangan teknologi.  

Maklumlah, cara didikan buat mereka tidak boleh sama seperti apa yang ibu bapa kita gunakan ketika kita kecil.

Anda juga boleh dapatkan nasihat daripada pakar bagi mengenalpasti cara didikan yang terbaik buat anak-anak.

Sumber : parenting.firstcry.com, gramedia.com

Baca Juga : Maksud Gen Y dan Ciri-Ciri Golongan Milennials

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut