Makanan Untuk Gastrik dan Tips Diet Bagi Mengurangkan Simptom

Gastrik merujuk kepada masalah kesihatan disebabkan keradangan pada lapisan dinding perut.

Bagi kebanyakan pesakit, gastrik yang dialami boleh sembuh setelah dirawat. Namun, sesetengah pesakit boleh alami ulser dalam perut sehingga berisiko kanser.

Sebuah kajian mendapati lebih 58% pesakit gastrik yang kronik tidak mengamalkan pemakanan yang sesuai dengan tahap kesihatan mereka.  

Jadi, adalah penting bagi pesakit ketahui makanan untuk gastrik yang boleh diamalkan setiap hari.

Sumber : Facebook KKM

Makanan Untuk Gastrik dan Tips Diet

1. Makanan Dengan Kebaikan Antiradang

Kajian mendapati pengambilan makanan yang mempunyai kebaikan antiradang dapat membantu dalam mengurangkan simptom gastrik.

Antara makanan antiradang yang boleh diamalkan adalah :

  • Buah-buahan beri yang kaya dengan kompaun polifenol seperti anthocyanin dan flavonoid.
  • Makanan dengan kandungan lemak sihat seperti ikan sardin, minyak zaitun dan kekacang.
  • Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kobis.

2. Karbohidrat Kompleks

Karbohidrat adalah penting untuk membekalkan tenaga pada tubuh. Namun makanan untuk gastrik yang lebih sesuai adalah karbohidrat kompleks seperti beras perang dan oat.

Selain itu, kandungan serat yang tinggi dalam karbohidrat kompleks juga membantu untuk melancarkan sistem pencernaan.

Makanan berkarbohidrat ringkas seperti beras putih dan tepung putih dikhuatiri boleh menyebabkan simptom menjadi semakin teruk.

makanan untuk gastrik

3. Pilih Protein Yang Sihat

Protein terbaik bagi pesakit gastrik adalah dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti tauhu, kacang kuda dan badam kerana ia dilihat mempunyai sifat alkali dan boleh membantu pesakit gastrik.

Pada masa yang sama, pesakit juga boleh banyakkan protein daripada sumber laut seperti ikan dan udang.

makanan untuk gastrik
Sumber : hsph.harvard.edu

4. Makanan Tinggi Probiotik

Makanan yang kaya dengan kebaikan probiotik seperti kimchi, yogurt dan tempe juga sesuai untuk dijadikan makanan untuk gastrik secara harian.

Ia didapati dapat membantu mengawal jangkitan H. Pylori dalam perut.

Tips Diet Untuk Pesakit Gastrik

1. Hindari Makanan Tertentu

Elakkan makanan yang boleh mengundang ketidakselesaan perut atau gastrik seperti :

  • Makanan berasid seperti buah-buahan masam
  • Minuman keras
  • Minuman berkarbonat
  • Makanan berlemak dan bergoreng
  • Jus buah
  • Makanan yang dijeruk
  • Makanan pedas

Sekiranya anda mengenalpasti sebarang alahan atau sesetengah makanan yang boleh menyebabkan simptom gastrik semakin teruk, menghindarinya adalah langkah yang terbaik.

makanan untuk gastrik

2. Makan Ikut Waktu

Latih diri untuk makan pada waktu yang tepat. Elakkan untuk berlapar atau skip makan.

3. Minum Air Secukupnya

Pengambilan air yang mencukupi dapat membantu untuk membuang toksin dalam darah.

Sesekali, anda boleh ambil air yang sedikit beralkali seperti air zam-zam kerana ia dapat membantu mengurangkan keasidan dalam perut.

3. Amalkan Gaya Hidup Sihat

Jangan lupa untuk dapatkan tidur dan rehat yang secukupnya.

Elakkan stress dan hindari pengambilan ubat tahan sakit secara berterusan.

makanan untuk gastrik

Terdapat pelbagai makanan untuk gastrik yang sesuai diamalkan setiap hari. Ia bukan sahaja dapat membantu mengurangkan simptom, malah ia juga baik untuk sistem penghadaman serta tinggi khasiat.

Selain teruskan pengambilan ubat seperti saranan doktor, anda boleh mula ubah tabiat pemakanan seperti yang disyorkan.

Sekiranya anda masih perlukan bantuan untuk mengatur pemakanan atau risau jika mengalami sebarang alahan, sila rujuk pada doktor bagi mendapatkan nasihat.

Sumber : Healthline.com, Medical News Today, Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, Facebook Dr Zubaidi

Bantu kami share artikel ini: