Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2024

Mari memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan tahun 2024.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dianjurkan sempena kedatangan  Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 pada bulan Ogos dan September kelak.

Program ini bukanlah pertama kali dianjurkan sebaliknya telah dilaksanakan sebanyak 11 kali di pelbagai lokasi di seluruh negara sejak 2013 dan tahun ini merupakan kali ke-12 pada penganjurannya.

Jom ketahui lebih lanjut tentang majlis ini.

Pengenalan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2024

Majlis ini dianjur bagi menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat menuju sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.

Majlis yang berkonsepkan karnival rakyat ini kelak bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” telah dipilih sebagai tema sambutan HKHM 2024 sebagai perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya.

Tarikh, Masa & Lokasi Sambutan

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan tahun 2024 akan diadakan dengan gilang-gemilang pada tarikh dan masa seperti yang berikut:

  • Tarikh: 21 Julai 2024 (Ahad)
  • Masa: Pukul 9.00 pagi 
  • Tempat : Cyber Event Hall Cyberjaya, Selangor.

Artikel menarik: Sejarah Kemerdekaan Malaysia

Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, antaranya Karnival Kita MADANI x HKHM, Aktiviti Interaktif Kenegaraan dan banyak lagi.

Ayuh, bawa keluarga dan ajak rakan-rakan anda pada 21 Julai 2024 bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang ke Cyber Event Hall Cyberjaya, Selangor. Jumpa anda di sana!

Program & Aturcara

program majlis sambutan kemerdekaan

Semua program dan aktiviti diadakan pada MajlisPelancaran Bulan Kebangsaan tahun 2024 berkonsepkan karnival rakyat bagi menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Berikut merupakan antara program yang akan diadakan:

  • Karnival Kita MADANI X HKHM 2024,
  • Permukiman Komuniti MADANI
  • Program Jualan RAHMAH
  • Jualan Agro MADANI
  • … banyak lagi program menarik lain

Karnival Kita MADANI X HKHM adalah acara komuniti melibatkan pelbagai aktiviti antaranya Persembahan Patriotik, Aktiviti Interaktif, Aktiviti Demonstrasi, Aktiviti Keusahawanan dan Perniagaan serta Perkhidmatan Untuk Anda dan dengan jangkaan lebih 5,000 pengunjung.

Permukiman Komuniti MADANI pula merupakan program bicarawara secara santai dalam memperkasakan kefahaman mengenai dasar, inisiatif dan hala tuju kerajaan menghimpunkan ahli Komuniti MADANI di Semenanjung.

Program Jualan Rahmah (PJR) anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pula menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian, antara 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat.

Jualan Agro MADANI pula dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui tiga agensi pelaksana iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Inisiatif Satu Rumah Satu Jalur Gemilang (1R1JG), Mazlan berkata program itu diadakan bagi menyemarakkan semangat sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini yang menggalakkan rakyat mengibarkan Jalur Gemilang. 

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2024

Maklumat Lanjut Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2024

Untuk maklumat lanjut mengenai program sempena MajlisPelancaran Bulan Kebangsaan, sila layari laman web https://www.merdeka360.my/web/

Bantu kami share artikel ini: