MAHA 2024 : Peta Lokasi, Jadual Acara, Aktiviti Menarik & Parkir

MAHA 2024 : Jadual Acara, Peta Lokasi, Aktiviti Menarik

MAHA kembali lagi pada tahun 2024! Jom ke MAHA 2024 di MAEPS, Serdang, Selangor. Pelbagai pengisian menarik menanti ANDA. Jom kami kongsikan antara aktiviti menarik dan jadual acara yang bakal berlangsung.

Pengenalan MAHA 2024

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan atau singkatannya MAHA merupakan sebuah acara yang dianjurkan pada setiap 2 tahun dan bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Bermula pada tahun 1923, MAHA telah menjadi pameran pertanian utama dan terbesar di Asia Tenggara.

Melangkaui satu abad penganjuran, MAHA telah menjadi pameran sektor pertanian yang sentiasa dinanti oleh segenap lapisan masyarakat kerana membawa elemen teknologi terkini dan penekanan pameran bersifat interaktif dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara.

Menerusi siri pameran yang dianjurkan, MAHA telah menjadi pemangkin untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia.

Meraikan 100 tahun penganjuran, MAHA edisi 2024 akan memberi penekanan kepada elemen yang mengangkat MAHA ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan penyertaan daripada pelbagai negara.

fokus maha

Tahun ini penyertaan peringkat antarabangsa meningkat kerana bukan hanya sekadar terlibat dalam mempamerkan peralatan pertanian, malah melibatkan teknologi moden yang akan diperkenalkan.

Tarikh & Lokasi

MAHA 2024 akan berlangsung pada 11 hingga 22 September 2024.

  • Tempat : Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang
  • Waktu : 10.00 pagi hingga 10.00 malam

Acara pada tahun ini menyasarkan 3 juta pengunjung.

tarikh maha 2024

Aktiviti MAHA 2024

MAHA 2024 akan menyaksikan pameran terbesar teknologi baharu, pemodenan dan pertanian pintar serta solusi hijau yang akan menentukan arah baru sektor agrikultur Malaysia.

Antara teknologi yang akan diberi penekanan pada MAHA kali ini bagi sektor perikanan ialah memperkenalkan teknologi akuakultur moden yang dapat meningkatkan hasil dan kualiti produk perikanan.

lokasi maha 2024

Berikut merupakan tarikan atau aktiviti menarik sempena MAHA 2024 kali ini:

  • Magical at Night and 3D Water Show: Persembahan interaktif yang menakjubkan.
  • Kid Attraction: Aktiviti khusus untuk kanak-kanak.
  • Segmen Teknologi dan Inovasi: Pameran teknologi pertanian pintar, penggunaan data besar, dan automasi.
  • Karakter Kartun Terkenal: Menambah tarikan kepada golongan muda dan kanak-kanak.
aktiviti maha
aktiviti maha 2024

AKTIVITI KANAK-KANAK DI MAHA2024

tarikan kanak-kanak maha
haiwan eksotik maha

PAMERAN & LAMAN AGRO

laman nenas maha
pepameran ruminan maha
food festival maha
produk unggas maha
Peta MAHA 2024

Artikel berkaitan: Biodata Mat Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Peta Lokasi MAHA 2024

Apa yang menarik di MAHA 2024?

MAHA merupakan satu ekspo pertanian terbesar merangkumi pameran teknologi terbaharu, pemodenan dan pertanian pintar serta solusi hijau yang akan menentukan arah baharu sektor pertanian Malaysia.

Sempena sambutan ke-100 tahun, #MAHA2024 menawarkan 6 zon tematik yang direka untuk memukau dan mendidik pengunjung serta bermacam-macam daya tarikan yang disediakan seperti petting zoo, taman matahari, floating market, miracle garden, lembu sado, persembahan artis tanahair dan banyak lagi!

Memandangkan lokasi pameran MAHA adalah sangat besar dan luas, anda boleh menggunakan peta lokasi di atas sebagai panduan.

  • ZON 1 : SELAMAT DATANG & KAWASAN PERDANA
  • ZON 2 : GAYA HIDUP AGRO
  • ZON 3 : PAVILION NEGERI
  • ZON 4 : KEAJAIBAN DIWAKTU MALAM & AKTIVITI AIR
  • ZON 5 : AGRI-PARK
  • ZON 6 : TAMAN SAMBUTAN, VETERINAR & TAMAN KEJURUTERAAN AGRO
peta maha 2024
peta maha 2024

Kemudahan Pengangkutan, Laluan Masuk & Parking Kenderaan

MAHA 2024 menyediakan pelbagai kemudahan pengangkutan untuk keselesaan para pengunjung.

Tahun ini, perkhidmatan pengangkutan disediakan bagi memudahkan anda menikmati setiap detik di MAHA2024.

Sila rujuk peta dan infografik di bawah untuk memudahkan anda merancang perjalanan di MAHA 2024.

TIP PARKIR DI MAEPS, SERDANG UNTUK MAHA 2024!

Buat pengunjung MAHA 2024, berikut adalah panduan penting untuk parkir bagi memudahkan perjalanan anda sepanjang berada di sini:

  • Zon 1 – Zon 4: Sila parkir di Laman Tiba 1
  • Zon 5 – Zon 6: Sila parkir di Laman Tiba 2
peta maha 2024

KEMUDAHAN PENGANGKUTAN

peta lokasi maha 2024
peta lokasi maha 2024
peta lokasi maha 2024
peta lokasi maha 2024

Jangan lepaskan peluang untuk menjelajah semua pameran dan jualan menarik yang menanti anda!

Lokasi Shuttle

Sudah bersedia nak ke MAHA 2024?

Tapi tak nak penat berjalan?

Jom imbas kod QR dibawah untuk dapatkan lokasi-lokasi stesen perkhidmatan shuttle yang disediakan khas buat anda semua!

Jadi, marilah beramai-ramai datang memeriahkan suasana bermula 11 hingga 22 September 2024 bertempat di MAEPS, Serdang

Maklumat lanjut

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai penganjuran MARA 2024, sila layari laman web rasmi MAHA di alamat https://mahaofficial.my/

Ikuti saluran berikut untuk info terkini :

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai yang bertugas di talian bawah:

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Wisma Tani,
No. 28, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624 Putrajaya, Malaysia.
No. Telefon:+(60)3-88701954/1958/1960
E-mel: [email protected]

Bantu kami share artikel ini: