Madani Jiwa Merdeka – Lagu Tema Hari Kebangsaan 2024

Lagu berjudul Madani Jiwa Merdeka telah dipilih sebagai lagu tema sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada tahun ini.

Lagu ini merupakan hasil ciptaan komposer berbakat berusia 24 tahun iaitu Affan Mazlan.

Lagu ini telah dipilih oleh Jawatankuasa Penerbitan Lagu Merdeka yang dipengerusikan oleh Pengarah Muzik Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail.

Datuk Mokhzani berkata adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai pengerusi jawatankuasa bagi meneliti lagu yang segar, mesra pendengar serta mempunyai ciri-ciri lagu tema yang mampu diterjemahkan dengan sentuhan orkestra menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Mengulas lanjut, Datuk Mokhzani juga berpendapat bahawa lagu ‘Madani Jiwa Merdeka’ ini bukanlah sekadar lagu, tetapi ia mampu membangkitkan satu luar biasa bagi menyambut Hari Kebangsaan ke-67 pada tahun ini.

Tajuk lagu ini juga bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan 2024 iaitu “Malaysia Madani : Jiwa Merdeka’.

Dengan terlahirnya karya terbaharu ini, ia juga merupakan kerjasama tahun kedua antara Datuk Mokhzani bersama Affan yang sebelum ini mencipta lagu tema tahun lalu yang berjudul Tekad Perpaduan Penuhi Harapan yang didendangkan oleh Aina Abdul dan Khai Bahar.

Lagu patriotik yang unik dengan iringan paluan alat muzik tradisional ini juga telah pun dilancarkan oleh Kementerian Komunikasi pada 6 Ogos 2024.

Ayuh sama-sama kita hayati liriknya.

Madani Jiwa Merdeka
Sumber : Facebook Berita RTM

Lirik Lagu Tema Hari Kebangsaan ke-67 : Madani Jiwa Merdeka

Penyanyi : Amir Masdi
Lirik dan Lagu : Affan Mazlan
Gubahan : Datuk Mokhzani Ismail
Suara Latar : Gemersik Korus

Ayuh kawan sahut suaraku
Bergerak maju demi negaraku
Kita bersama hadap suka duka
Selamanya

Selamanya ku pertahan
Tanah air pertiwi
Demi negara ku berserah diri

Semadikan dalam kita
MADANI Jiwa Merdeka
Demi negara Malaysiaku tercinta

Semaikanlah
Semangat dan setia
Penuhi rasa cinta

Demi negara
Laungkanlah satu rasa dan suara
Kitalah Malaysia
Demi negara
Satu hati, kita semua MADANI
Jiwa merdeka

Semuanya dengar launganku
Bersatu hati kitalah MADANI
Jiwa merdeka hadap segalanya
Bersama

Walau seribu tahun kan terus megah
Selamanya di hati kita merdeka
Biar apa yang datang menduga
Takkan goyah

Semaikanlah
Semangat dan setia
Penuhi rasa cinta

Demi negara
Laungkanlah satu rasa dan suara
Kitalah Malaysia
Demi negara
Satu hati, kita semua MADANI
Jiwa merdeka

Katakanlah ooooo
Kita semua Malaysia
Satu demi negara

Akulah, akulah Malaysia
Kamulah, kamulah Malaysia
Semua satu demi negara haa (3x)

Demi negara
Laungkanlah satu rasa dan suara
Kitalah Malaysia
Demi negara
Satu hati, kita semua MADANI
Jiwa merdeka

Katakanlah, ooooo
Kita semua Malaysia
Satu demi negara (2x)

Demi negara

Muat Turun Audio & Video

Sumber : Youtube Jabatan Penerangan WPKL

Muat Turun Audio ‘Madani Jiwa Merdeka’

Dengarkan audio lagu ini :

Klik DI SINI untuk muat turun lagu tema Hari Kebangsaan 2024 ini.

Ayuh sama-sama kita hayati dan nyanyikan lagu ini untuk menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan pada tahun 2024.

Semarakkan semangat patriotisme dengan lagu tema sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.

Layari www.merdeka360.my/web/lagu-lagu-tema-sambutan-hkhm-2024/ untuk muat turun lagu tema HKHM 2024 dan ikuti pelbagai acara menarik sepanjang Bulan Kebangsaan 2024.

Sumber : Majlis Keselamatan Negara, Facebook Kementerian Komunikasi, BERNAMA, Berita Harian, Facebook Berita RTM

Baca Juga : 12 Pilihan Baju Tema Kemerdekaan & Aksesori Yang Menarik (2024)

Bantu kami share artikel ini: