Lupa Kata Laluan MyTax? – Ini Cara Set Semula!
Bermula 1 Mac 2025, rakyat Malaysia perlu melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pembayar cukai dengan menghantar borang penyata cukai pendapatan melalui sistem MyTax.
Bagi individu yang bekerja (Borang BE), tarikh akhir pengemukaan adalah pada 30 April 2025. Walau bagaimanapun, tempoh tambahan diberikan sehingga 15 Mei 2025 bagi pengemukaan melalui e-Filing (Borang e-BE).
Untuk perniagaan individu (Borang B), tarikh akhir adalah pada 30 Jun 2025, dengan tempoh tambahan sehingga 15 Julai 2025 bagi e-Filing (Borang e-B).
Perniagaan individu pula diberi tempoh yang lebih panjang, iaitu sehingga 30 Jun 2025. Bagi perniagaan syarikat, tempoh penghantaran adalah tujuh bulan selepas tarikh tutup akaun syarikat.
Oleh itu, adalah penting untuk memastikan akses ke akaun MyTax sentiasa tersedia. Jika anda lupa kata laluan MyTax, anda boleh rujuk perkongsian di bawah untuk reset semula kata laluan MyTax anda.
BACA JUGA: MyTax Hasil: Cara Daftar & Login e-Filing 2025 Kali Pertama
MyTax – Pengenalan
Sebelum itu, mari kita baca sedikit mengenai MyTax.
My Tax adalah platform dalam talian yang dibangunkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Ia berfungsi sebagai portal sehenti bagi pembayar cukai untuk mengakses pelbagai maklumat dan perkhidmatan percukaian, termasuk transaksi lejar, status bayaran balik, potongan cukai bulanan, jadual ansuran CP500, dan status Sijil Penyelesaian Cukai (SPC).
Melalui MyTax, pembayar cukai boleh melakukan e-Filing, iaitu mengemukakan borang penyata cukai pendapatan secara dalam talian.
Platform ini juga menyediakan perkhidmatan lain seperti ByrHasil (bayaran cukai), e-Daftar (pendaftaran akaun percukaian), dan e-Kemaskini (kemaskini maklumat percukaian).
Lupa Kata Laluan MyTax
Apabila terlupa kata laluan MyTax, anda kena log masuk untuk reset semula kata laluan. Rujuk langkah-langkah berikut:
1. LOG MASUK MYTAX
MyTax boleh diakses dengan melayari laman sesawang: https://mytax.hasil.gov.my/ . Atau anda boleh muat turun aplikasi MyTax di Apps Store/Play Store.
1. Pilih jenis pengenalan dan masukkan nombor kad pengenalan anda. Klik “Hantar”.
2. Sahkan Frasa Keselamatan.
3. Masukkan kata laluan dan klik “Log Masuk”.
2. SALAH KATA LALUAN
1. Sekiranya pengguna telah memasukan kata laluan yang salah. Sistem akan papar pemakluman reset kata laluan.
2. Klik butang Lupa Kata Laluan.
NOTA: Sekiranya pengguna masih mencuba dan masih gagal selepas 5 kali percubaan, akaun pengguna akan disekat selama 10 minit.
3. SET SEMULA KATA LALUAN (Emel Berdaftar dengan LHDNM)
1. Sistem akan paparkan pilihan medium untuk set semula kata laluan yang berikut:
Emel berdaftar dengan LHDNM dan Kod Pengaktifan Sementara
>> Pilih Emel berdaftar dengan LHDNM
2. Sahkan alamat emel:
- Klik YA, sekiranya maklumat adalah betul.
- Klik TIDAK, jika maklumat tidak tepat dan masukkan emel yang sah.
3. Pautan Tukar Kata Laluan akan dihantar melalui alamat emel yang berdaftar dan tempoh sah pautan adalah 2 hari. Klik pautan tersebut.
4. Pengguna akan dibawa ke paparan Tukar Kata Laluan seperti gambar di bawah. Pengguna perlu cipta Kata Laluan baru yang mengandungi 12 aksara, gabungan:
- Nombor
- Huruf besar
- Huruf kecil
5. Sahkan Kata Laluan dan klik Hantar.
6. Maklumat Kata Laluan Berjaya Ditukar akan dipaparkan.
4. SET SEMULA KATA LALUAN (Kod Pengaktifan Sementara)
1. Pilih Kod Pengaktifan Sementara > Klik butang Hantar.
2. Sahkan Nombor Telefon:
- Klik Ya, jika maklumat betul, atau
- Klik Klik Disini, jika maklumat salah
3. Masukkan Kod Pengaktifan Sementara yang dihantar;
- Cipta kata laluan baru
- Klik butang Hantar
- Pengguna seterusnya boleh Log Masuk menggunakan kata laluan
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda menghadapi masalah dalam melakukan tindakan set semula kata laluan e-Filing, anda boleh menghubungi;
- Hasil Care di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) atau 603-8911 1100 (Luar Negara),
- HASiL Live Chat, atau;
- Kunjungi kaunter perkhidmatan HASiL yang berhampiran anda.