Luas Segitiga: Formula & Contoh Pengiraan

luas segitiga
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Untuk mengira luas segitiga, terdapat formula yang perlu diikuti bagi mendapatkan jawapan berkenaan perkara tersebut.

Oleh itu, murid yang mempelajari mata pelajaran matematik perlu mengetahui formula pengiraan ini bagi membolehkan pengiraan dibuat dengan betul.

Maksud Luas

Luas bermaksud ukuran besarnya sesuatu permukaan atau kawasan dan ianya mestilah tertutup.

Untuk mengukur luas, ianya mestilah menggunakan alat pengukur dan dinyatakan dengan unit yang sesuai.

Rajah terbuka tidak mempunyai luas kerana tidak mempunyai kawasan dalam.

Namun, rajah tertutup mempunyai mempunyai kawasan dalam dan ianya mempunyai luas.

Contohnya adalag segitiga di bawah:

Unit Ukuran

Unit ukuran bagi luas ialah unit persegi (unit²), sentimeter persegi (cm²), dan meter persegi (m²).

Bentuk Segitiga

Segitiga mempunyai tapak dan tinggi seperti contoh di bawah:

Terdapat 7 bentuk segitiga iaitu:

i) Berdasarkan Sudut

  • Tirus: Semua sudut kurang daripada 90
  • Cakah: Satu sudut lebih daripada 90
  • Sama kaki bersudut tegak: Segitiga sama kaki dengan satu sudut 90
  • Bersudut tegak tak sama kaki: Segtiga tak sama kaki dengan satu sudut 90

ii) Berdasarkan Sisi

  • Sama sisi: Semua sisi dan semua sudut adalah sama
  • Sama kaki: Dua sisi dan dua sudut adalah sama
  • Tak sama kaki: Semua sisi dan semua sudut adalah berbeza

Formula Pengiraan

Formula pengiraan bagi luas ini adalah:

½ ✕ Panjang ✕ Tinggi = Luas Segitiga; atau

Luas Segitiga = Tapak x Tinggi / 2

Contoh Pengiraan

Contoh pengiraan luas untuk bentuk ini adalah seperti berikut:

Luas: ½ × 5× 8 = 20 cm²

Luas: ½ × 14 × 7 = 49 cm²

Luas: ½ × 10× 6 = = 30 cm²

Luas: ½ × 10 × 9 = = 45 cm²

Info Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai luas ini, sila tonton melalui video https://www.youtube.com/watch?v=9GDbDrwkTGA

Baca juga: Maksud STEM: Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut