Mungkin ramai yang pernah melihat gambar di atas namun tidak ramai tahu gambar di atas adalah logo rasmi KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).
Logo yang memaparkan tangan menyentuh hati ini semestinya menggambarkan tanggungjawab dan peranan KKM buat rakyat Malaysia.
Pada logo ini, turut dapat dilihat dengan jelas adalah motto KKM iaitu “Kami Sedia Membantu”.
Namun, tahukah anda apakah maksud di sebalik logo dan motto KKM ini?
Logo Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menekankan moto “Kami
Sedia Membantu” ini jelas menggambarkan kesediaan dan keikhlasan semua
anggota KKM dalam bekerja sebagai satu pasukan untuk memberi perkhidmatan
secara profesional kepada rakyat.
Logo ini akan diguna pakai dalam semua urusan surat menyurat rasmi, portal
KKM, lnstitusi, Jabatan Kesihatan Negeri, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah,
Pergigian, Farmasi dan lain-lain untuk keseragaman dan menampilkan imej
korporat KKM secara keseluruhannya.
Maksud logo
- Latar Belakang Putih – Melambangkan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia semasa menjalankan tugas.
- Hati Berwarna Merah – Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
- Tangan – Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.
- Sentuhan Di Hati – Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankann tugas.
Artikel berkaitan: Aplikasi MyUbat KKM: Pengambilan Ubat Melalui Temu Janji
Maksud motto
“Kami Sedia Membantu” merupakan motto KKM yang dan merupakan refleksi hala tuju KKM dan motto ini dapat dilihat jelas pada semua logo KKM.
Berikut merupakan maksud motto KKM ini:
- Kami – Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.
- Sedia – Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.
- Membantu – lkhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.
Fungsi KKM
- Meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia melalui formula-formula polisi yang efisien dan cekap serta memantau perkhidmatan yang disediakan oleh pelbagai agensi kesihatan.[2]
- Berperanan membantu individu untuk mencapai satu taraf kesihatan yang baik supaya membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif
- Menyediakan perkhidmatan dari segi pencegahan, rawatan dan pemulihan yang effektif dengan memberi tumpuan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
- Mengembangkan sektor penyelidikan dan pembangunan kesihatan.