Login STR : Semakan Status Bantuan Tunai Rahmah 2025

login str 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Login STR : Semakan Status Bantuan Tunai Rahmah 2025

PROGRAM bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dan akan terus ditambah baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.

Selaras dengan itu, kata beliau, kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tentang langkah mudah Login STR 2025.

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

STR 2025 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dengan mengambil kira beban yang ditanggung rakyat saat ini.

login str bantuan tunai rahmah
mystr

Kategori Penerima STR 2025

Berikut adalah kategori penerima bantuan tunai Rahmah STR 2025 yang ditetapkan :

  • Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
  • Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
  • Warga Emas Bujang
  • Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)

Jumlah & Tarikh Bayaran STR Fasa 1, 2, 3 dan 4

Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2025 adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 : 22 Januari 2025
  • Fasa 2 : *akan dikemaskini
  • Fasa 3 : *akan dikemaskini
  • Fasa 4 : *akan dikemaskini

Login STR : Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR)

Semakan status pembayaran boleh dibuat dengan mengikuti langkah di bawah:

LOG MASUK MYSTR

bantuan tunai rahmah

Login STR

  1. Layari pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Isikan No Kad Pengenalan.
  3. Tekan butang Log Masuk.
  4. Butiran anda akan dipaparkan seperti di bawah.
  5. Klik MAKLUMAT BAYARAN untuk melihat jumlah bayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan.

Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

log masuk mystr bantuan tunai rahmah
bantuan tunai rahmah

Pendaftaran MySTR

  1. Klik MySTR dan pastikan No MyKad anda merupakan penerima STR 2025
  2. Masukkan Maklumat Keselamatan
  3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
  4. Pendaftaran berjaya

Info terkini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Cara Semakan Permohonan STR

Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui:

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
  2. Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  3. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

Semakan status permohonan STR 2025 melalui Portal Rasmi STR boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Lupa Kata Laluan STR

Jika anda terlupa kata laluan STR, sila ikuti langkah berikut untuk mendapatkan semula password anda:

  1. Layari pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik TERLUPA KATA LALUAN.
  3. Nombor MyKad anda akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang SEMAK.
  4. Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR.
  5. Klik butang SETERUSNYA.
  6. Kata laluan sementera akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
  7. Jika tiada emel, klik butang SETERUSNYA.
  8. Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
  9. Klik butang SETERUSNYA.
  10. Isi KATA LALUAN BAHARU dan Pengesahan Kata Laluan.
  11. Klik butang TUKAR KATA LALUAN.
  12. Tukar Kata Laluan Baharu dengan log masuk semula dan memilih menu TUKAR KATA LALUAN MYSTR.

Semakan Status STR Terkini & Pengkreditan Bayaran

Penerima akan mendapat bayaran mengikut kriteria kelayakan masing-masing.

Pembayaran dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat mulai manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia.

Rayuan Bagi Pemohon Tidak Lulus

Tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2025 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Anda boleh rujuk pada notis pengumuman yang terpapar di di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Kaedah Permohonan Rayuan STR 2025:

  • Secara Dalam Talian.
  • Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.

Permohonan Rayuan STR 2025 secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja.

Rayuan Tambahan tidak dibenarkan kepada Permohonan Lulus STR kategori Isi Rumah dengan amaun kelulusan asas sebanyak RM2,500.

Perkhidmatan kaunter STR LHDNM dibuka untuk Permohonan Rayuan STR 2025.

Muat Turun Borang Manual

Cara membuat kemaskini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk melalui artikel : Kemaskini Maklumat Pemohon STR 2025 atau Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Sila rujuk portal rasmi STR 2025 di pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my atau maklumat dari laman web rasmi Belanjawan 2024 https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ untuk keterangan lanjut.

Saluran Pertanyaan

  • Hotline
    • Hotline STR LHDNM : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565/ 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]
  • Laman web : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Alamat Kementerian Kewangan
    • Sekretariat STR, Pejabat Belanjawab Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 W.P. Putrajaya
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut