Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) kembali semula pada 2023 ini setelah ditangguhkan selama 4 tahun.
Acara LIMA 2023 (Langkawi International Maritime and Aerospace) atau Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 merupakan pameran maritim dan aeroangkasa terkemuka di rantau Asia Pasifik.
Majlis Pelancaran LIMA 2023 telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dan Pengerusi Alpine Integrated Solution, Tan Sri Mohd Khairul Adib pada bulan Januari yang lalu.
Pada penganjuran LIMA pada 2019 yang lalu, 105 aset aeroangkasa dan 104 maritim telah dipamerkan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang sambutan bagi tahun 2023 yang dianjurkan mulai 23 Mei hingga 27 Mei ini.
Pengenalan
LIMA ’23 yang akan bermula 23 Mei 2023 ini dianggap sebagai terbesar dalam sejarah penganjurannya menurut Menteri Pertahanan, Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.
LIMA ‘23 telah berjaya menarik 525 pempamer mewakili 140 syarikat dari seluruh dunia di mana ianya amat dinantikan ramai pihak memandangkan kali terakhir LIMA diadakan adalah pada tahun 2019.
Beliau juga berkata LIMA ’23 ini bakal menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani bagi sektor pertahanan dan komersial.
Edisi kali ini melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan Malaysia (Sektor Pertahanan) dan Ministry of Transport Malaysia (Sektor Komersil).
Bagi peminat aeroangkasa & maritim, ketahui beberapa fakta ringkas mengenai LIMA’23 melalui infografik BERNAMA di bawah:
Terdahulu, Menteri Pertahanan tiba di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) bagi meninjau persiapan gerai pameran segmen aeroangkasa, sebelum meninjau persiapan segmen maritim di RWL.
Turut serta, Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM serta pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.
Saksikan Secara Langsung Majlis Gracing Ceremony dan Opening Gambit melibatkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada –
- 23 Mei 2023 (Selasa)
- 9.15 pagi – 10 pagi
- Selamat Pagi Malaysia (SPM)
- TV1, RTM : Live Streaming
Tema LIMA 2023
Untuk edisi kali ini, LIMA membawakan tema Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia (The Nexus of Asia’s Maritime and Aerospace Trade).
Penyertaan
LIMA’23 dijangka akan disertai lebih 600 syarikat daripada industri pertahanan tempatan dan antarabangsa sekaligus bakal menarik kehadiran lebih kurang 50,000 delegasi ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Sebanyak 110 buah kapal terbang dan 110 kapal maritim yang terdiri daripada aset ketenteraan dan komersial dijangka bakal ditayangkan sepanjang Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023.
Senarai penuh organisasi atau syarikat yang akan menyertai pameran pada kali ini belum diumumkan oleh pihak penganjur tetapi berikut merupakan antara nama-nama besar yang akan mengambil bahagian:
- BHIC
- Deftech
- Gading Group
- Global Turbine Asia
- NADI
- Radimax
- Sapura
- Airbus (UK)
- MBDA (Perancis)
- Kongsberg (Norway)
- Pasukan Tentera Laut (Perancis)
- Korea Aerospace Industries (KAI)
- Pasukan Pertahanan Australia
- Aselsan
- Roketsan
- Havelsan (Turki).
Dari segi jemputan pula, Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 akan menerima lebih 400 orang kenamaan termasuk Menteri Pertahanan, Menteri Pengangkutan, Pegawai Kerajaan dan ketua perkhidmatan tentera dari 59 buah negara.
Tarikh / Jadual Persembahan LIMA 2023
Tarikh : 23 hingga 27 Mei 2023
Untuk mendapatkan jadual pameran dan demonstrasi penuh sepanjang acara ini, sila rujuk https://www.limamalaysia.com.my sekarang!
Pembelian Tiket
Untuk mendaftar dan membeli tiket sebagai pengunjung, sila layari pautan rasmi https://lima2023-register.com.my/.
Beli sekarang dengan mengimbas kod QR seperti yang tertera.
Untuk mendapatkan jadual pameran dan aturcara, sila rujuk https://www.limamalaysia.com.my sekarang!
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA) di https://www.limamalaysia.com.my/
Selain itu, boleh ikuti laman Facebook Rasmi LIMA 2023 di https://www.facebook.com/2023LIMA
Baca juga: