Sejak daripada kecil, kita sudah dibiasakan dengan latihan mewarna.
Selain menulis, mewarnakan sesuatu gambar merupakan satu latihan penting bagi kanak-kanak untuk mengasah daya kreativiti mereka dengan cepat dan selamat.
Paling penting, kanak-kanak secara umumnya gemarkan aktiviti ini dimana mereka bebas mewarnakan sesebuah gambar mengikut warna pilihan mereka sendiri.
Muat turun template mewarna
Untuk memudahkan anak-anak melakukan latihan mewarna, kita boleh membeli Buku Mewarna yang biasanya dijual di mana-mana kedai buku di Malaysia.
Buku Mewarna ini biasanya akan memuatkan lukisan-lukisan mudah yang tidak diwarnakan bagi membolehkan kanak-kanak mewarnakannya mengikut kreativiti mereka.
Sebenarnya, untuk mendapatkan template bagi latihan mewarna ini, anda boleh mendapatkan secara percuma dari internet sahaja.
Anda hanya perlu memuat turun template tersebut dan print sahaja.
Contoh template latihan mewarna untuk kanak-kanak boleh dimuat turun melalui gambar di bawah:
Berikut merupakan sumber template-template mewarna menarik yang boleh anda muat turun dan cetak untuk latihan mewarna anak-anak anda:
Namun, sekiranya anda ingin memuat turun template mewarna yang lebih banyak seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, bangunan, karakter dan banyak lagi, sila kunjungi laman web berikut:
Artikel berkaitan: Semakan MyKid JPN – Status & Permohonan Online
Kelebihan guna template mewarna
Dengan memuat turun dan mencetak sendiri template mewarna ini, anda bebas untuk memilih dan menentukan sendiri jenis lukisan yang anda mahu anak-anak anda warnakan yang boleh disesuaikan dengan silibus pembelajaran mereka.
Misalnya, andaikata anda sedang mengajar anak-anak anda nama-nama haiwan, maka anda boleh mencetak template mewarna haiwan-haiwan yang sedang diperkenalkan kepada mereka.
Dengan memuat turun dan mencetak sendiri template mewarna anda, anda juga boleh mengelakkan pembaziran.
Kebiasaannya buku latihan mewarna yang dijual di pasaran agak tebal dan anak-anak anda tidak akan mewarnakan kesemuanya, jadi dengan mencetak sendiri anda hanya perlu mencetak jumlah helaian yang ingin diwarnakan sahaja.
Dengan mencetak sendiri template latihan mewarna, anda boleh memilih lukisan-lukisan yang sesuai buat anak anda.
Tips latihan mewarna
Bagi ibu bapa dan guru, berikut adalah beberapa tips latihan mewarna bagi anak-anak kecil:
- Sesuaikan lukisan dan umur kanak-kanak – Gunakan imej yang besar dan kurang “detail” bagi anak-anak yang lebih kecil.
- Biarkan anak-anak mewarnakan gambar mengikut warna pilihan mereka sendiri
- Sesuaikan gambar yang dipilihan dengan silibus pembelajaran anak-anak
- Mulakan dengan krayon kerana saiznya yang lebih besar, sesuai untuk anak-anak kecil melatih grip tangan mereka
- Beri pilihan kepada anak-anak untuk memilih sendiri lukisan yang ingin diwarnakan