Cara Laporkan Kesalahan Trafik Melalui Aplikasi MyJPJ

saman jpj myjpj
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Aplikasi MyJPJ merupakan platform yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia untuk memudahkan pengguna untuk laporkan kesalahan trafik secara dalam talian.

Dengan menggunakan aplikasi ini, pengguna dapat menghantar laporan kesalahan trafik dengan mudah dan pantas tanpa perlu mengunjungi pejabat JPJ.

Berikut adalah panduan lengkap tentang cara menggunakan aplikasi MyJPJ untuk melaporkan kesalahan trafik.

Muat Turun dan Pendaftaran Aplikasi MyJPJ

Untuk menggunakan aplikasi MyJPJ dan laporkan kesalahan trafik secara dalam talian, langkah pertama adalah memuat turun aplikasi tersebut ke dalam peranti mudah alih anda.

Aplikasi MyJPJ boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:

Carian boleh dilakukan dengan kata kunci “MyJPJ”. Selepas menemui aplikasi tersebut, klik “Pasang” atau “Get” untuk memulakan proses muat turun dan pemasangan.

Artikl berkaitan: MyJPJ : Login, Semakan Lesen, Roadtax & Saman JPJ

Cara laporkan kesalahan trafik

laporkan kesalahan trafik

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk laporkan kesalahan trafik melalui aplikasi MyJPJ:

  1. Buka aplikasi MyJPJ – Pastikan anda telah log masuk ke dalam aplikasi.
  2. Pilih menu “Aduan Kesalahan Trafik” – Cari dan klik pada pilihan ini di dalam aplikasi.
  3. Tekan pautan e-Aduan @ JPJ – Klik pada pautan e-Aduan @ JPJ.
  4. Pilih “Jenis Kesalahan Lalu Lintas” – Pilih jenis kesalahan lalu lintas yang ingin dilaporkan.
  5. Masukkan “Maklumat Kesalahan Lalu Lintas” – Isikan maklumat kesalahan lalu lintas, termasuk tarikh, masa, lokasi, serta butiran kesalahan.
  6. Muat naik bukti sokongan – Untuk memperkukuh laporan, pengguna boleh memuat naik gambar atau video sebagai bukti kesalahan yang dilakukan oleh pemandu lain.
  7. Tekan “Hantar” – Setelah semua maklumat diisi dengan lengkap, tekan butang “Hantar” untuk menyerahkan laporan kepada pihak JPJ.
  8. Tekan “Ya” – Sahkan laporan dengan menekan butang “Ya”.
  9. Pengesahan laporan – Skrin akan memaparkan mesej “Aduan Telah Berjaya Dihantar” untuk mengesahkan penghantaran laporan.

Jenis Kesalahan Trafik Yang Boleh Dilaporkan

Berikut merupakan antara kesalahan yang boleh dilaporkan melalui aplikasi MyJPJ:

  • Kesalahan berkaitan nombor plat kenderaan
  • Tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar
  • Memandu secara berbahaya atau melulu
  • Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
  • Melanggar lampu isyarat merah
  • Memotong di garisan berkembar

Selepas laporkan kesalahan trafik, JPJ akan menyemak bukti yang diberikan dan mengambil tindakan sewajarnya jika laporan adalah sahih.

Pengguna boleh menyemak status laporan mereka melalui aplikasi MyJPJ. Sekiranya perlu, pihak JPJ mungkin akan menghubungi pemberi maklumat untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai aplikasi MyJPJ, pengguna boleh menghubungi 03-27242522.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut