Lagu Negeri Johor: Lirik, Audio, Video & Sejarah

lagu bangsa johor
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Lagu Negeri Johor (atau lebih tepat dipanggil Lagu Bangsa Johor) ialah lagu rasmi negeri Johor Darul Takzim.

Lagu ini biasanya dinyanyikan di acara-acara rasmi kerajaan negeri Johor.

Malah, para pelajar di sekolah rendah juga sudah didedahkan dengan lagu ini dimana mereka akan menyanyikan lagu ini disamping lagu Negaraku ketika waktu perhimpunan pagi.

Lirik Lagu Negeri Johor

LIRIK LAGU NEGERI_JOHOR

Allah peliharakan Sultan
Anugerahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Lagu Negeri Johor

Sumber: Portal kerajaan Negeri Johor

Artikel menarik: Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ): Syarat dan Cara Memohon

Sejarah

Lagu ini digubah pada 1897 oleh Mackertich Galistan seorang konduktor muzik berbangsa Armenia dipadankan daripada lagu rakyat Dondang Sayang yang masyhur pad ketika itu,

Lirik lagu ini pula dikarang dikarang oleh Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman dan telah mendapat perkenan oleh Sultan Ibrahim.

Menariknya, lagi ini asalnya tidak mempunyai lirik sehinggalah tahun 1914.

Hubert Allen Courtney seorang kakitangan daripada Hong Kong Bank di Johor Bahr asalnya telah mengarangkan liriknya dalam Bahasa Inggeris dan telah diterjemahkan oleh Kapten. Hj Mohamed Said ke dalam Bahasa Melayu.

Edisi pertama lagu bangsa Johor ini dicetak di London pada tahun 1916 dan kali terakhir dikemaskini pada tahun 1959.

Artikel menarik: JohorPay: Kemudahan Bayaran Online Rakyat Johor

Video & Audio Lagu Negeri Johor

Sila mainkan audio lagu ini melalui pautan di bawah:

Sekiranya anda belum pernah mendengar lagu ini, anda juga boleh menonton video di bawah untuk mengetahui bagaimana irama lagu ini dinyanyikan pada majlis-majlis rasmi.

Konsep Bangsa Johor

Perkataan “Bangsa Johor” bukanlah saja-saja direka oleh rakyat Johor tapi ia berdasarkan sejarah dan undang-undang yang digubal dari sebelum merdeka lagi.

Konsep Bangsa Johor sebenarnya konsep yang sangat penting dalam negeri tu.

“Gelaran bangsa Johor bukan satu perkara baharu kerana pada lebih 100 tahun yang lalu, ninda saya Almahum Sultan Ibrahim Abu Bakar sudah menggunakan gelaran itu apabila lagu negeri Johor diberi nama lagu Bangsa Johor,”

– Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor

Konsep Bangsa Johor ni bukanlah bertujuan untuk membentuk masyarakat negeri Johor bersikap nasionalis dan terlalu kenegerian, tapi ia lebih untuk melambangkan identiti negeri tu sendiri. 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut