KWAPM: Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

kwapm
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid Sekolah Rendah dan Menengah adalah bantuan secara ‘one off’ yang diberi kepada murid-murid yang layak pada setiap tahun.

Namun demikian, adakah anda tahu bahawa terdapat satu kategori bantuan di bawah Bantuan KWAPM yang boleh dimohon sepanjang tahun?

Berikut adalah maklumat terkini tentang bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin atau KWAPM.

Apakah Bantuan KWAPM?

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) faktor kemiskinan adalah punca keciciran dalam pelajaran dikalangan murid sekolah.

Bagi mengurangkan masalah ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah mulai Darjah Satu (1).

Antara objektif utama Bantuan KWAPM ini adalah untuk memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan dari semua golongan bangsa dan agama dengan harapan dapat mengelakkan sama sekali keciciran malahan dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara holistik.

Pelaksanaan Tabung KWAPM ini dibincangkan secara terperinci oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Surat Pekelling Kewangan yang dikeluarkan sebaga Bilangan 2 Tahun 2017.

Kadar Bantuan KWAPM

Jenis Data/Status KemiskinanBantuan Am Persekolahan (BAP)
i. Data Sedia Ada (DSA-Permohonan Sekolah)RM100 setahun – Sekolah Rendah

ii. eKASIH (Miskin dan Miskin Tegar)RM150 setahun – Sekolah Menengah
iii. Data Murid Orang Asli sama ada berstatus Miskin dan Miskin Tegar
Nota :
* Bantuan Am Persekolahan meliputi pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid.

Syarat Kelayakan

Berikut dilampirkan kelayakan terkini bantuan KWAPM bagi tahun 2022

  • Kelayakan RMT, KWAPM, BPS 2022
  • Isi Rumah: RM1169
  • Per Kapita: RM310

NOTA:

Pelajar yang berkelayakan mendapat bantuan perlu memenuhi syarat dan kriteria seperti berikut

  1. Pelajar yang bersekolah di Sekolah Rendah atau Menengah Kerajaan dan memperoleh Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1)
  2. Pelajar mestilah Warganegara Malaysia.
  3. Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan mendapat pengesahan status sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.
  4. Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti jadual di bawah.
  5. Pelajar yang TIDAK menerima sebarang bantuan berbentuk kewangan sebagai persediaan ke sekolah daripada mana-mana pihak.

Cara Membuat Permohonan

Untuk memohon, anda boleh mengisi borang berikut:

  • Borang Permohonan Bantuan Persekolahan PB-1
  • Borang Pengesahan Pendapatan PB-2
  • Permohonan Biasiswa Persekutuan Kecil PB-3

Kepada waris-waris pelajar, borang ini boleh diisi dengan lengkap dan semua dokumen salinan perlu dicop dan kemudian diserahkan kepada pihak sekolah.

NOTA: Borang di atas ini untuk pihak sekolah pilih yang mana layak untuk terima Bantuan Awal Persekolahan, KWAPM atau biasiswa.

Semua murid Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar di dalam sistem eKASIH dan murid Orang Asli yang berdaftar di dalam Sistem eDamak dan yang telah disahkan sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan.

Sistem eDamak akan diselia oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) manakala Sistem eKASIH pula akan diselia oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bagi Ketua Isi Rumah (KIR) yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, maka mereka boleh membuat permohonan melalui laman web eKasih.

Bagi murid Orang Asli Penan yang berdaftar, pihak sekolah perlu mengemukakan Borang Rumusan Permohonan (BRP) dan dikemukakan kepada KPM pada 1 Februari tahun semasa (bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1) dan pada 1 Oktober tahun sebelum (bagi murid Tahun 2 hingga 6).

Borang Permohonan KWAPM juga boleh dilakukan oleh Guru kelas mengemaskini maklumat di dalam Modul Pengurusan Murid – Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

Semak senarai murid di dalam menu Permohonan Sekolah dan bentang senarai nama murid tersebut di dalam mesyuarat JK Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS) JBPS akan memilih dan memperakukan murid yang layak untuk bantuan KWAPM di dalam Mesyuarat JBPS berdasarkan SPK Bil. 2/2017.

Proses permohonan boleh dirujuk di Carta Aliran

Permohonan KWAPM Kecemasan

KWAPM Kes Kecemasan adalah bantuan yang boleh dipohon sepanjang tahun berdasarkan kes bencana dan syarat kelayakan pemohon.

Kes kecemasan ini termasuklah:

Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang bersekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang Pendapatan Isi Rumah di bawah PGK Nasional 2016 semasa kes berlaku layak membuat permohonan.

  1. Ketua Isi Rumah Meninggal Dunia
  2. Bencana Alam
  3. Kediaman Terbakar
  4. Ketua Isi Rumah Hilang Upaya Untuk bekerja
  5. Cicir Akibat Kemiskinan

Kadar bantuan adalah RM300 bagi sekolah menengah manakala RM200 bagi sekolah rendah.

Setiap permohonan adalah secara one-off, manakala tempoh permohonan perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan daripada berlakunya kes bencana.

Sumbangan Ke Tabung KWAPM

Sekirnya anda berminat membantu pelajar miskin boleh memberi sumbangan ke Tabung KWAPM melalu

  • Permohonan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin KWAPM 2020 Mengkredit terus sumbangan ke atas nama “SUMBANGAN TABUNG KWAPM “

atau seperti berikut:-

  • Permohonan “Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin KWAPM 2020” No. Akaun: 5640 1611 7704 (Maybank)

Setiap penyumbang dalah dipohon untuk memfakskan butiran diri dan transaksi (slip pembayaran) kepada:-

Unit KWAPM – Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, KPM bagi cetakan resit rasmi (Hubungi: 03-88847611/7509).

Setiap sumbangan akan diberikan resit rasmi pengecualian cukai
Permohonan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin KWAPM 2020.

Bagi kakitangan Awam boleh membuat sumbangan melalui Skim Sumbangan Potongan Gaji Bulanan Secara Sukarela Kakitangan Awam dengan mengisi borang potongan gaji bulanan (seperti di bawah) dan dikemukakan kepada Unit Kewangan di Kementerian / Jabatan / Agensi masing-masing. 

Malahan boleh juga menghantar cek berpalang/wang pos/kiriman wang atas nama Ketua Akauntan Kementerian Pendidikan Malaysia dan dialamatkan kepada:

Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Kewangan
Aras 6-7, Blok e12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerjaan Persekutuan
62640, Putrajaya
(Tel: 03-8000 8000) 

Untuk maklumat berkaitan KWAPM boleh hubungi:

Unit Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Kewangan, Aras 6-7, Blok e12,
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, Putrajaya.
Telefon / Faks: +603-88847002/7091/7088/7020/7647/7303
Emel: [email protected]

Disamping itu, pelajar dan Ketua Isu Rumah juga boleh merujuk Surat  Pekeliling Kewangan (SPK) Bil .1 Tahun 2019: Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin untu makluman lanjut.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut