Kurikulum Persekolahan 2027 KPM

kurikulum persekolahan 2027
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Selari dengan keperluan semasa, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan “Kurikulum Persekolahan 2027”, satu usaha untuk merevolusi dan menambahbaik sistem pendidikan di Malaysia.

Kurikulum persekolahan 2027 akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu bermula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada 2027, manakala bagi murid prasekolah, ia akan diperkenalkan pada 2026.

Rekabentuk kurikulum baru ini akan menggabungkan kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berorientasikan kompetensi yang menggalakkan pembelajaran aktif murid, menyediakan pengalaman pembelajaran dan penilaian yang lebih autentik serta bermakna.

Kurikulum persekolahan 2027
7 TERAS BAKAL DIPERKENALKAN DALAM KERANGKA KURIKULUM 2027
Kementerian Pendidikan (KPM) melalui menterinya, Fadhlina Sidek, telah membentangkan Tahap Persekolahan dan Fokus Kurikulum 2027 bagi murid Prasekolah, Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3, Menengah Rendah dan Menengah Atas. Huraiannya adalah seperti poster di atas.

Keperluan Untuk Perubahan

Berikut merupakan 4 sebab utama mengapa pengenalan Kurikulum 2027 dirasakan perlu dan tepat pada masanya:

  1. Sesi Libat Urus, Resolusi Persidangan Tinjauan dan Kajian Kurikulum
    • Kurikulum fleksibel, relevan dan kontekstual untuk mencapai budaya pendidikan sepanjang hayat.
    • Membentuk generasi yang memiliki growth mindset dan warga berdaya tahan.
  2. Dasar Negara, Teori Perkembangan & Aspirasi Murid
    • Pembangunan kurikulum berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kanak-kanak Negara, Dasar Perpaduan Negara, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar Pendidikan Digital.
    • Fokus pembelajaran perlu selari dengan kematangan usia dan perkembangan pemikiran kanak-kanak.
    • 6 Aspirasi Murid dalam PPPM 2013-2025 disesuaikan dengan keperluan masa akan datang.
  3. Trend Global, Pentaksiran Antarabangsa & SDG
    • Elemen kompetensi dalam kurikulum pendidikan.
    • Mengatasi kemiskinan pembelajaran: TIMSS, PISA
    • Kesedaran dan tanggungjawab terhadap ekonomi, sosial dan persekitaran.
  4. Malaysia Madani & Teras Utama KPM
    • Konsep Malaysia Madani dan Karamah Insaniah dalam
    • pembentukan karakter generasi akan datang

Baca lagi: Malaysia Madani : Logo, 6 Rukun, Maksud, Konsep & Lagu

Tarikh Pelaksanaan

Kerangka kurikulum baru ini akan digunakan bermula di peringkat prasekolah mulai 2026, dan Tahun 1 serta Tingkatan 1 mulai 2027.

Matlamat Kurikulum 2027

Kurikulum Persekolahan 2027 diperkenalkan bagi mencapai matlamat-matlamat yang berikut:

  • Mengamalkan kehidupan yang seimbang dalam segala aspek kehidupan.
  • Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menghargai perpaduan dan keharmonian serta menghormati kepelbagaian.
  • Menjadi warganegara yang beradab dan bertanggungjawab.
  • Berdaya saing pada peringkat global.

Kerangka Kurikulum 2027

Kurikulum 2027

Pendekatan Kurikulum 2027

Kurikulum Persekolahan 2027 akan memberikan pendekatan terhadap 3 aspek utama seperti berikut:

  1. Pendidikan Karakter
  2. Penekanan kepada Literasi dan Numerasi
  3. Kelas Pembelajaran bersepadu

Pendidikan Karakter

  • Membentuk individu yang dapat menyumbang kepada pembentukan warganegara Malaysia yang sejahtera.
  • Berfokuskan kepada pembelajaran sosioemosi agar murid bersedia dan berfikiran positif dalam pembelajaran.
  • Bermula dari Prasekolah sehingga ke peringkat Menengah Atas.
  • Slot masa yang khusus dalam jadual waktu.
Kurikulum persekolahan 2027

Penekanan kepada Literasi dan Numerasi

  • Memastikan murid seawal persekolahan menguasai kemahiran asasmembaca, menulisdan mengira (3M).
  • Intervensi awal akan diberikan bagi membantu murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran literasi dan numerasi.
  • Meningkatkan kesediaan mengikuti pembelajaran pada tahap seterusnya.
Kurikulum persekolahan 2027

Kelas Pembelajaran Bersepadu

  • Bermula di sekolah rendah dan dimasukkan dalam jadual waktu.
  • Pendekatan PdPyang menggabungkan kandungan dan kemahiran dari pelbagai disiplin ilmu ke arah pengalaman pembelajaran bermakna.
  • Pembelajaran murid menjadi lebih holistik,relevan dan berhubung kait dengan dunia sebenar.

> Dapatkan buku Kurikulum Masa Depan

Kurikulum Persekolahan 2027 yang dibentuk berteraskan kurikulum berasaskan standard dan berorientasikan kompetensi ini bermatlamat melahirkan murid yang berpengetahuan dan kompeten serta mencapai keseimbangan yang optimum dalam memberikan pendidikan berkualiti.

Bicara Profesional Kurikulum Persekolahan 2027

BICARA PROFESIONAL Oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut