Kurikulum Baru Prasekolah 2026: Pembaharuan & Tumpuan Utama

kurikulum baru prasekolah 2026
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan kurikulum baru prasekolah 2026 bagi pemgukuhkan kurikulum di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.

Pembaharuan kurikulum ini selari dengan kitaran baharu kurikulum yang akan bermula pada 2027 namun bagi prasekolah, ia dimulakan lebih awal iaitu 2026.

Mengenai Kurikulum Baru Prasekolah 2026

Kurikulum baru ingi akan menyaksikan beberapa pembaharuan iaitu:

  • Pengukuhan penggunaan 50 peratus bahasa Melayu dan 50 peratus bahasa Inggeris.
  • Semua guru prasekolah akan dipastikan mempunyai tahap pendidikan tertinggi peringkat ijazah berbanding sekarang iaitu kebanyakannya memiliki diploma.
  • Penumpunan pendidikan karakter murid-murid.

Tumpuan KPM Peringkat Prasekolah

KPM menumpukan 3 perkara penting bagi pembaharuan di peringkat prasekolah iaitu:

  • Menangani isu keciciran pembelajaran
  • Intervensi malnutrisi
  • Intervensi keperluan pendidikan khas.

Sebagai contoh dalam isu keciciran pembelajaran, enrolmen prasekolah masih belum mencapai tahap 100 peratus iaitu hanya 91.7 peratus buat asa ini.

Oleh itu, KPM sedang bekerja keras bagi menggalakkan ibu bapa memberikan pendidikan awal kepada anak.

Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Sebelum ini, KPM melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di peringkat prasekolah semakan 2017 yang bertujuan memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.

Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya.

Tambahan pula, kurikulum tersebut digubal berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak- kanak.

kurikulum baru prasekolah 2026

Objektif Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Pelaksanaan kurikulum tersebut dilaksanakan adalah untuk:

  • Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
  • Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
  • Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
  • Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia.
  • Menyayangi dan menghargai alam sekitar.
  • Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri.
  • Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri.
  • Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
  • Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

Kerangka Kurikukulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berasaskan enam tunjang utama iaitu:

  • Komunikasi
  • Kerohanian
  • Sikap dan Nilai
  • Kemanusiaan
  • Keterampilan Diri
  • Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Sains dan Teknologi.

6 tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.

Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif.

kurikulum baru prasekolah 2026 baharu

Strategi Pengajaran & Pembelajaran

Terdapat beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan bagi murid prasekolah iaitu:

  1. Pembelajaran Berpusatkan Murid– Pembelajaran berpusatkan murid bermaksud penglibatan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti pembelajaran dan mereka diberi tanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri.
  2. Belajar Melalui Bermain– Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang bebas, selamat, mengembirakan dan bermakna.
  3. Pembelajaran Berasaskan Inkuiri – PdP berasaskan Inkuiri merupakan satu pendekatan di mana murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri melalui penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada. 
  4. Pendekatan bersepadu – Pendekatan bersepadu adalah pendekatan yang menggabung jalin dua atau lebih kemahiran yang perlu dikuasai murid dalam satu masa.
  5. Pendekatan Bertema – Pendekatan bertema adalah pengurusan kurikulum dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, latar belakang dan tahap perkembangan murid.
  6. Pembelajaran Berasaskan Projek – Pembelajaran berasaskan projek adalah proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dalam jangka masa yang tertentu. 
  7. Pembelajaran Masteri – Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan untuk memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu pembelajaran sebelum berpindah ke pembelajaran seterusnya. Dengan kata lain, pendekatan ini berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari.
  8. Pembelajaran Kontekstual – Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
  9. Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan – Teori ini mempunyai hubungkait yang rapat dengan bidang pendidikan kerana etiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan dan cara murid berfikir, bertindak dan belajar adalah berlainan berbanding dengan murid yang lain.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kurikulum prasekolah, sila layari laman web http://bpk.moe.gov.my.

Baca juga: ePrasekolah KPM: Semakan Permohonan Prasekolah 2025 / 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut