Bagi penggemar muzik Melayu, pastinya nama kumpulan Elite tidak asing lagi buat anda. Kumpulan penyanyi wanita Malaysia ini merupakan antara kumpulan penyanyi wanita paling popular yang telah ditubuhkan pada tahun 1995 oleh KRU Records.
Kumpulan yang digelar sebagai “Spice Girls” Malaysia ini, bakal melakukan kemunculan semula pada bulan September 2025 ini. Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan konsert kemunculan semula mereka, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.
Biodata Ahli Kumpulan Elite
Untuk anda yang tidak mengenali kumpulan penyanyi wanita Malaysia ini, Elite telah ditubuhkan oleh KRU Records pada tahun 1995. Ia terdiri daripada lima ahli asal, dan berikut merupakan biodata mereka:
- Abby Abadi
- Nama: Arbaiyah Abdul Manan
- Usia: 47 Tahun
- Tarikh Lahir: 1 Disember 1977
- Pasangan: Muhammad Faizal Zakaria (Norman Hakim – Bekas Suami)
- Anak: 5 Orang (3 Anak Kandung, 2 Anak Angkat)
- Kerjaya: Pelakon dan Penyanyi
- Azza Zawari
- Nama: Noor Azzarima binti Zawari
- Usia: 47 Tahun
- Tarikh Lahir: 12 November 1977
- Pasangan: Azlan Zulaily
- Anak: 2 Orang
- Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Penyanyi dan Usahawan
- Linda Rafar
- Nama: Azlinda binti Abdul Rafar
- Usia: 46 Tahun
- Tarikh Lahir: 11 Februari 1978
- Pasangan: Syed Aiman
- Anak: 5 Orang
- Kerjaya: Pelakon dan Penyanyi
- Shasha Saidin
- Nama: Sasha binti Mohd Saidin
- Usia: 49 Tahun
- Tarikh Lahir: 20 Disember 1976
- Pasangan: Sirhan Wahab
- Anak: 1 Orang
- Kerjaya: Pelakon dan Penyanyi
- Watie Sadali
- Nama: Norwati binti Sadali
- Usia: 49 Tahun
- Tarikh Lahir: 21 April 1976
- Pasangan: Joey Daud
- Anak: 2
- Kerjaya: Pelakon dan Penyanyi
Selain, lima ahli asal, terdapat juga beberapa ahli baru yang menggantikan Abby Abadi dan Linda Rafar. Antaranya ialah Fiza Halim dan Hana Adnan yang telah menyertai kumpulan ini untuk album Idola (1999) dan Merbahaya (2000). Namun, barisan ahli asal kekal sebagai identiti utama Elite dalam ingatan peminat.
Sejarah Penubuhan Kumpulan Elite
Penubuhan kumpulan penyanyi wanita Malaysia ini telah ditubuhkan oleh KRU Records pada tahun 1995. Kumpulan ini merupakan artis rakaman sulung KRU Record dan telah diuruskan sepenuhnya oleh label ini.
Kumpulan Elite ini terdiri daripada lima orang ahli asal iaitu Abby Abadi, Azza Zawari, Linda Rafar, Sasha Saidin, dan Watie Sadali.Pada awalnya, kumpulan ini hampir dinamakan sebagai “Baby G”, namun terpaksa ditukar kerana wujudnya jenama jam tangan dengan nama yang sama.
Kerjaya kumpulan ini dalam industri muzik Malaysia bermula menerusi lagu “Diari Metropolitan” yang dilakukan dengan kolaborasi bersama KRU, dalam album KRU Ooh! La! La! (1996).
Penerimaan orang ramai, telah membawa kepada pelancaran album sulung kumpulan ini pada tahun yang sama. Album yang dinamakan Catwalk, telah melonjakkan nama kumpulan ini sebagai kumpulan penyanyi wanita paling popular dan berjaya di Malaysia.
Kejayaan ini diteruskan dengan pelancaran album kedua, Tamparan (1998), yang menampilkan single seperti “Trauma”, “Dua Hati” dan “Tamparan Wanita”. Namun, selepas album ini, Abby Abadi mengundurkan diri, diikuti beberapa ahli lain, menyebabkan perubahan barisan ahli kumpulan.
Namun begitu bagi peminat kumpulan ini, anda tidak perlu risau kerana pada tahun 2025 ini, pada bulan September yang akan datang, Elite akan melakukan kemunculan semula dengan adanya konsert Elite Live ’25.
Album
Berikut adalah senarai album yang pernah dihasilkan oleh kumpulan Elite sepanjang kerjaya mereka dalam industri muzik Malaysia, beserta tahun dan jenis album yang dikeluarkan:
Tajuk Album | Tahun Dikeluarkan | Jenis Album |
Catwalk | 1996 | Studio |
Tamparan | 1998 | Studio |
Idola | 1999 | Studio |
Merbahaya | 2000 | Kompilasi |
Profile (VCD) | 1998 | Video |
G.I.G | 1996 | Single |
Tamparan Wanita | 1996 | Single |
Baca juga: 4U2C : Biodata Ahli, Lagu Famous & Tarikh Konsert 2025
Lagu Popular
Elite merupakan antara kumpulan penyanyi wanita yang sangat popular pada era 1990-an itu. Berikut merupakan antara beberapa lagu yang popular yang telah dihasilkan kumpulan ini:
- Manisnya Senyumanmu
- Di Pintu Syurga
- G.I.G
- Tamparan Wanita
- Trauma
- Dua Hati.
- Sesuatu Di Dalam Dirimu
- Aku Siapa, Kau Siapa
Konsert Elite Live ‘25
Elite Live ’25 merupakan konsert berskala mega pertama kumpulan wanita ikonik Malaysia, Elite, sempena ulang tahun ke-30 penubuhan mereka dalam industri muzik tanah air. Konsert ini akan berlangsung pada 20 September 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), dan dianjurkan oleh Icon Entertainment.
Peminat boleh menjangkakan persembahan lagu-lagu popular seperti:
- Manisnya Senyumanmu
- Di Pintu Syurga
- Tamparan Wanita
- Trauma
- Sesuatu Di Dalam Dirimu
- G.I.G
Kesemua lagu ini akan dipersembahkan secara langsung, membangkitkan memori zaman remaja dan membawa penonton kembali ke era keemasan muzik 90-an.
Bagi anda yang berminat untuk mengikuti konsert ini, anda boleh melakukan pembelian tiket mulai 26 Jun 2025 (Khamis) di laman Tiket2U. Berikut kami kongsikan harga tiket dan dresscode sewaktu konsert berlansung nanti.