Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Pelaksanaan KSSR adalah usaha untuk mentranformasikan pendidikan sekolah dengan menyatupadukan pelbagai disiplin ilmu bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.

KSSR merupakan akronim bagi urikulum Standard Sekolah Rendah, sebuah standard silibus pembelajaran bagi sekolah-sekolah rendah di Malaysia

Ianya digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

KSSR ini berpegang kepada Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang secara dasarnya membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

Komposisi Kurikulum

Komposisi Kurikulum Standard Sekolah Rendah terdiri daripada:

  1. Modul Teras Asas
  2. Modul Teras Tema
  3. Modul Elektif

Modul Teras Asas terdiri daripada subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (SJKC dan SJKT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik.

Modul Teras Tema pula terdiri daripada subjek Dunia Sains dan Teknologi, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik.

Modul Elektif pula terdiri daripada bahasa pilihan seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Rendah, Bahasa Tamil Sekolah Rendah, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Kurikulum Standard Sekolah Rendah menegaskan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai kesan yang optimum.

Antara pendekatan P&P yang digunakan adalah seperti berikut :

  1. Hands-on learning
  2. Pembelajaran melalui permainan
  3. Inkuiri penemuan
  4. Pembelajaran berasaskan projek
  5. Pembelajaran luar bilik darjah
  6. Pembelajaran secara kontekstual
  7. Pembelajaran secara konstuktivisme
  8. Pembelajaran secara masteri

Strategi pembelajaran dan pengajaran yang digunakan dalam KSSR lebih berpusat kepada murid.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia, pendekatan yang digunakan memberikan peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada murid. 

Artikel berkaitan: Pelaporan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah), Format & Templat Terkini

Perbezaan KSSR dan KBSR

CIRI-CIRIKBSRKSSR
Fokus PembelajaranMementingkan umurMementingkan tahap

Reka bentuk kurikulumMenekankan 3 aspek :
· Komunikasi
· Perkembangan diri individu
· Manusia dan alam sekeliling
Berasaskan enam tunjang
· Komunikasi
· Kemanusiaan
· Perkembangan fizikal dan estetika
· Keterampilan diri
· Kerohanian, sikap dan nilai
· Literasi sains dan teknologi
Organisasi KurikulumTahap 1 :
· Mata pelajaran teras, wajib dan tambahan.
Tahap 2 :
· Mata pelajaran teras, wajib dan tambahan.
Tahap 1 :
· Modul Teras Asas
· Modul Teras  Tema
· Modul Elektif
Tahap 2 :
· Modul Teras Asas
· Modul Elektif
FokusFokus 3M ( Membaca, mengira dan menulis )Fokus 4M (Membaca, mengira, menulis dan menaakul)

Bahan KurikulumSukatan pelajaran

Dokumen Standard Kurikulum

Kaedah pentaksiranPenilaian yang ketara kepada pentaksiran sumatifPentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
· Dijalankan secara berterusan
· Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran
· Bersifat autentik dan holistik.

Rujukan: http://pekanbatukurau.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan/34-perbezaankbsrdankssr

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!