Kos Bersalin Hospital Kerajaan (Anggaran Harga Kelas dan Prosedur)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Para ibu hamil di Malaysia sering kali memilih untuk bersalin di hospital kerajaan. Antara faktor utama yang menjadi pendorong adalah kosnya yang jauh lebih rendah berbanding dengan hospital swasta.

Meskipun harganya berpatutan, namun kualiti serta keselamatan ketika menyambut kelahiran bayi sentiasa menjadi keutamaan bagi hospital kerajaan.

Bukan sahaja menyediakan perkhidmatan perubatan daripada pakar dan jururawat terlatih, malah hospital kerajaan turut menawarkan kemudahan yang lengkap.

Namun, para ibu khususnya yang pertama kali ingin melahirkan anak mungkin kurang pasti tentang kos bersalin hospital kerajaan.

Bagi membantu para ibu, berikut kami kongsikan beberapa maklumat mengenai anggaran kos bersalin hospital kerajaan mengikut prosedur dan kelas.

Kos Bersalin Hospital Kerajaan

Anggaran Kos Bersalin Hospital Kerajaan

Kos Rawatan Bersalin (Bagi Warganegara Malaysia)

KelasPembedahan / CaesareanBersalin ForcepBersalin KembarBersalin Biasa
Kelas 1RM 1,200.00RM 600.00RM 600.00RM 450.00
Kelas 2RM 400.00RM 200.00RM 200.00RM 150.00
Kelas 3RM 100.00RM 50.00RM 50.00RM 10.00

Harga Bilik Prosedur (Untuk Kelas Satu Sahaja)

Bilik ProsedurHarga
Bilik Bersalin (setiap kemasukan)RM 120.00
Dewan Bedah (setiap kemasukan)RM 120.00

Bukan Warganegara

Bersalin BiasaPembedahan CaesareanBersalin Forcep/Breech/VacuumBersalin KembarBilik Bersalin
RM 2,593.00RM 3,021.00RM 2,593.00RM 2,593.00RM 300.00

Kos Wad Bersalin Hospital Kerajaan

Kos Bersalin Hospital Kerajaan

Selain caj rawatan bersalin, bakal ibu juga perlu ambil maklum akan kos wad bersalin di hospital kerajaan.

Harga wad bersalin terbahagi kepada 4 iaitu :

Caj sehari bagi seorangTidak Berhawa DinginBerhawa dingin
Bilik dengan satu katil (Kelas Satu)RM90RM120
Bilik dengan dua katil (Kelas Satu)RM60RM90
Bilik dengan tiga katil atau lebih (Kelas Satu)RM45RM60
Kelas DuaRM25RM40
Kelas TigaRM3RM3

Para ibu juga perlu ambil maklum bahawa harga yang dikongsikan adalah harga semasa dan boleh berubah bergantung kepada hospital dan keperluan khusus bagi setiap kes.

Harga-harga yang dikongsikan ini juga tidak termasuk prosedur lain seperti X-ray dan ujian makmal.

Semoga perkongsian anggaran kos melahirkan anak di hospital kerajaan ini dapati membantu bakal ibu untuk merancang persiapan dan perbelanjaan bagi menyambut kelahiran bayi tak lama lagi.

Untuk maklumat serta keterangan lanjut, anda juga boleh dapatkan informasi daripada hospital kerajaan berdekatan.

Sumber : Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut