Kimia Tingkatan 4: Buku Teks, Nota & Latihan

kimia tingkatan 4
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Untuk pelajar Kimia Tingkatan 4, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi subjek ini boleh dibuat menerusi buku teks, nota, dan latihan yang disediakan.

Oleh itu, guru dan murid yang ingin menguasai subjek ini boleh mendapatkan buku teks, nota, dan latihan subjek ini.

Mengenai Buku Teks Kimia Tingkatan 4

Buku Teks Kimia Tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini merupakan buku yang diterbitkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk menjayakan pelaksanaan KSSM dan memenuhi keperluan DSKP, buku ini ditulis berasaskan tiga domain, iaitu:

  • Pengetahuan
  • Kemahiran
  • Nilai melalui kaedah inkuiri

Terdapat empat tema yang dibincangkan, iaitu kepentingan kimia, asas kimia, interaksi antara jirim dan kimia industri.

Buku ini dilengkapkan dengan pelbagai ciri istimewa yang memberi penekanan terhadap penerapan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan pemikiran komputasional (PK) supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan pada abad ke-21 dan menjadi individu yang fikrah sains.

Isi Kandungan Buku Teks Kimia Tingkatan 4

Isi kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:

Bab 1 Pengenalan kepada Kimia

  • Penggunaan, Pengurusan dan Pengendalian Radas serta Bahan Kimia
  • Perkembangan Bidang Kimia dan Kepentingan dalam Kehidupan
  • Penyiasatan Saintifik dalam Kimia

Bab 2 Jirim dan Struktur Atom

  • Konsep Asas Jirim
  • Perkembangan Model Atom
  • Struktur Atom
  • Isotop dan Penggunaannya

Bab 3 Konsep Mol, Formula dan Persamaan Kimia

  • Jisim Atom Relatif dan Jisim Molekul Relatif
  • Konsep Mol
  • Formula Kimia
  • Persamaan Kimia

Bab 4 Jadual Berkala Unsur

  • Unsur Peralihan
  • Perkembangan Jadual Berkala Unsur
  • Susunan Unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden
  • Unsur dalam Kumpulan 18
  • Unsur dalam Kumpulan 1
  • Unsur dalam Kumpulan 17
  • Unsur dalam Kala 3

Bab 5 Ikatan Kimia

  • Sebatian Ion dan Sebatian Kovalen
  • Asas Pembentukan Sebatian
  • Ikatan Ion
  • Ikatan Kovalen
  • Ikatan Hidrogen
  • Ikatan Datif
  • Ikatan Logam

Bab 6 Asid, Bes dan Garam

  • Analisis Kualitatif
  • Peranan Air dalam Menunjukkan Keasidan dan Kealkalian
  • Nilai pH
  • Kekuatan Asid dan Alkali
  • Sifat-sifat Kimia Asid dan Alkali
  • Kepekatan Larutan Akueus
  • Larutan Piawai
  • Peneutralan
  • Garam, Hablur dan Kegunaan dalam Kehidupan Harian
  • Penyediaan Garam
  • Tindakan Haba ke atas Garam

Bab 7 Kadar Tindak Balas

  • Teori Perlanggaran
  • Penentuan Kadar Tindak Balas
  • Faktor yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas
  • Aplikasi Faktor yang Mempengaruhi Kadar
  • Tindak Balas dalam Kehidupan

Bab 8 Bahan Buatan dalam Industri

  • Bahan Komposit dan Kepentingannya
  • Aloi dan Kepentingannya
  • Komposisi Kaca dan Kegunaannya
  • Komposisi Seramik dan Kegunaannya

Muat Turun Buku Teks Kimia Tingkatan 4

Buku teks ini boleh dimuat turun menerusi file di bawah:

Latihan Kimia Tingkatan 4

Latihan bagi subjek ini boleh dirujuk menerusi contoh latihan di bawah:

Nota Kimia Tingkatan 4

Nota bagi subjek ini boleh dirujuk menerusi file di bawah:

Baca juga: Buku Teks PSV Tahun 5 KSSR

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut