Ayam Kampung : Khasiat & Perbezaan Dengan Ayam Biasa

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ayam merupakan salah satu sumber protein yang cukup popular dalam diet harian. Walau bagaimanapun, mungkin ada yang belum pernah mencuba sendiri ayam kampung.

Maklumlah, ia tidaklah mudah untuk didapati di pasaran seperti ayam bandar yang diternak di kilang.

Beza Ayam Kampung dan Ayam Bandar

Bagi yang tidak berpeluang untuk melihat ayam kampung, ayam ini sebenarnya diternak dalam jumlah yang kecil.

Berbanding ayam bandar yang biasanya berbulu putih, ayam kampung pula mempunyai bulu pelepah yang berwarna kecoklatan.

Ada juga yang mempunyai campuran bulu berwarna hitam dan kemerahan.

ayam kampung
Sumber : Facebook Ayam Kampung Asli Terusan

Jika ayam bandar diternak dalam skala yang besar di kilang, ayam kampung pula dipelihara secara organik dan kadar pengeluarannya juga lebih rendah berbanding ayam komersial lain.

Berikut merupakan beberapa lagi perbezaan bagi ayam komersial dan ayam yang diternak secara organik.

Ayam BandarAyam Kampung
Sumber makanan utama adalah dedakSumber makanan utama adalah bahan organik termasuk cacing.
Mempunyai warna bulu yang sama iaitu putih bagi ayam jantan dan betinaMempunyai warna bulu yang berbeza warna.
Ayam akan bertelur secara merata-rata secara diam-diam.Selalu membuat bising selepas bertelur.
Akan menyelimutkan diri dengan kepak dan bulu pada waktu Subuh.Akan berkokok dengan riuh apabila masuk waktu Subuh.

Pada masa yang sama, ayam ini juga sering diternak untuk penghasilan telur kampung.

Ayam kampung betina yang diternak untuk telurnya boleh menghasilkan kira-kira 55 hingga 100 biji telur setiap tahun. Purata bagi sebiji telur pula adalah sekitar 39 gram.

Kelebihan Ayam Kampung

Meskipun lebih sukar dicari, namun sesetengah orang masih memilih ayam organik dalam diet harian mereka kerana ia dikatakan mempunyai beberapa kelebihan berbanding ayam bandar.

Sebenarnya, kebaikan yang ditawarkan oleh ayam kampung terletak kepada daging serta telur yang dihasilkan.

Secara umumnya, daging ayam organik lebih sihat dan kurang berlemak berbanding ayam yang diternak secara komersial.

Ia juga bebas daripada suntikan hormon dan bahan kimia.

Namun, mungkin lebih ramai gemari daging yang ayam diternak secara komersial kerana daging ayam kampung teksturnya lebih liat tetapi ia dikatakan mempunyai rasa yang lebih manis.

Sumber : Facebook Nuralis Agro Farm.

Sementara itu, telur ayam kampung juga mempunyai ramai penggemarnya. Ia boleh dikenalpasti daripada saiznya yang lebih kecil serta warna kulitnya yang lebih cerah.

Telur ayam biasa mempunyai kuning telur yang berwarna pudar, kulit telurnya juga lebih nipis.

Manakala bahagian kuning telur kampung pula mempunyai warna kuning yang lebih terang

Berbanding telur ayam biasa yang dijual di kedai runcit dan pasar raya, telur kampung mempunyai khasiat omega-3 yang lebih tinggi.

Seperti yang kita tahu, omega-3 dapat mencegah seseorang daripada penyakit jantung, mengawal paras kolesterol serta tekanan darah tinggi.

telur ayam kampung
Sumber : Shopee

 Selain itu, ia juga kaya dengan kebaikan vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh seperti vitamin A, E dan beta karotin.

Dalam sebuah kajian kecil, telur kampung juga dilihat mempunyai potensi untuk meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.

Kandungan kolesterol serta lemak tepu dalam telur kampung juga lebih rendah berbanding telur biasa.

Walau bagaimanapun, kualiti telur kampung boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor penting seperti kaedah penternakan, faktor kebebasan bergerak dan cara pengeraman telur.

Kesimpulannya, ayam yang diternak secara organik boleh menjadi pilihan yang lebih baik untuk diamalkan dalam diet harian.

Namun, disebabkan ia sukar untuk didapati di pasaran, tidak salah untuk anda terus mengambil ayam yang diternak secara komersial.

Pastikan ia disediakan dengan cara yang sihat dan selanginya dengan sumber protein dan hidangan sihat lain bagi mencapai pemakanan seimbang buat seisi keluarga.  

Sumber : SinarPlus, Free Malaysia Today, Nuralis Agro Farm, payedayam.com

Baca Juga : Telur Puyuh : Perbezaan Nutrisi Dengan Telur Ayam & Manfaatnya

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut