Khairat Darul Ehsan (KDE) ialah inisiatif kebajikan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 kepada warga emas berusia 50 tahun ke atas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang menetap serta merupakan pengundi berdaftar di Selangor.
Bantuan ini diberikan kepada waris berdaftar apabila berlaku kematian ahli KDE.
Sebelum ini, bantuan khairat kematian disalurkan menerusi beberapa program berasingan seperti Skim Mesra, Iltizam Selangor Sihat (ISS) dan INSAN.
Kini, sebagai langkah memperkukuh penyampaian manfaat kepada rakyat, Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif Khairat Darul Ehsan (KDE) yang menawarkan manfaat khairat kematian di bawah satu inisiatif yang sama.
Permohonan mestilah dibuat semasa pemohon masih hidup dan hanya dilakukan secara dalam talian.
KDE bertujuan meringankan beban waris serta memastikan kebajikan golongan berisiko terus terjaga menerusi sokongan kewangan yang cepat dan mudah diakses.
Jenis Bantuan Khairat Darul Ehsan
Khairat Darul Ehsan (KDE) menawarkan manfaat khairat kematian berjumlah RM1,000 kepada dua kategori utama seperti berikut:
- Warga Emas: Individu berusia 50 tahun ke atas.
- Orang Kurang Upaya (OKU): Pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tanpa had umur.
Manfaat ini diberikan kepada waris yang telah didaftarkan apabila berlaku kematian ahli yang berdaftar.
Syarat Kelayakan Khairat Darul Ehsan
Untuk mendaftar sebagai ahli Khairat Darul Ehsan (KDE), pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
Warga Emas (50 Tahun ke Atas)
- Warganegara Malaysia.
- Berusia 50 tahun ke atas.
- Pengundi berdaftar dan bermastautin di Negeri Selangor.
Warga Emas (50 Tahun ke Atas)
- Warganegara Malaysia.
- Berusia 50 tahun ke atas.
- Pengundi berdaftar dan bermastautin di Negeri Selangor.
Orang Kurang Upaya (OKU)
- Warganegara Malaysia.
- Pemegang kad OKU JKM.
- Tiada had umur.
- Bermastautin di Negeri Selangor.
- Bagi pemohon berusia 18 tahun ke atas, mestilah pengundi berdaftar di Selangor.
- Bagi pemohon di bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi berdaftar di Selangor.
Penting untuk diingat bahawa permohonan hendaklah dibuat semasa pemohon masih hidup; tiada permohonan akan diterima selepas kematian.
Artikel berkaitan: Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2025
Permohonan dan Semakan
Terdapat dua jenis pendaftaran yang akan dilaksanakan bagi inisiatif Khairat Darul Ehsan (KDE) ini.
Pertama, jika anda merupakan penerima sedia ada di bawah Skim Mesra, Iltizam Selangor Sihat (ISS) dan Insurans Am Selangor (INSAN):
- Anda perlu membuat pengesahan maklumat dan persetujuan untuk menjadi ahli Khairat Darul Ehsan di laman sesawang kde.yawas.com.my bermula 5 Mei 2025.
- Setelah itu, anda akan didaftarkan sebagai ahli KDE secara automatik.
Kedua, jika anda belum pernah mendaftar dengan mana-mana program di atas:
- Anda perlu membuat pendaftaran baru di laman sesawang kde.yawas.com.my bermula 1 Jun 2025.
- Permohonan anda akan disaring oleh YAWAS dan keputusan boleh disemak di laman sesawang yang sama.
Permohonan dan semakan bantuan Khairat Darul Ehsan (KDE) boleh dibuat di laman web Yawas di https://kde.yawas.com.my/
- Klik pada butang “Permohonan/Semakan”
- Masukkan nombor kad pengenalan
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan mengenai inisiatif Khairat Darul Ehsan (KDE), sila hubungi:
- Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
- Alamat: Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, 4, Jalan Platinum 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
- Telefon: +603-5481 8800
- Emel: [email protected]
- Laman web: kde.yawas.com.my
Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada Pusat Khidmat DUN berdekatan atau melalui talian hotline YAWAS jika terdapat masalah semasa proses pendaftaran.