Apakah penyebab ketumbit mata dan adakah ia berbahaya kepada kesihatan diri?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah ketumbit mata yang sering kali membuatkan diri kita berasa tidak selesa jika mengalaminya.
Baca juga:
Apa itu ketumbit mata?
Ketumbit mata adalah merupakan ‘bisul kecil’ yang selalunya berlaku di kelopak mata. Ia boleh melibatkan sebelah mata atau kedua-duanya sekali.
Ia adalah sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan jangkitan kuman atau bakteria, khususnya pada akar bulu mata.
Penyakit ini dikatakan tidak mendatangkan bahaya dan tidak menjejaskan penglihatan tetapi boleh menyebabkan kesakitan dan benjolan kecil pada kelopak mata.
Ketumbit sebeb mengintai, mitos?
Masyarakat Melayu seringkali mengaitkan punca ketumbit berlaku khususnya di bahagian mata adalah disebabkan oleh tabiat suka mengintai orang mandi.
Selain itu, ada juga tanggapan yang keadaan itu boleh dijangkiti sekiranya berdekatan dengan mereka yang mengalami ketumbit.
Hakikatnya ia hanyalah sekadar mitos sahaja dan tidak benar sama sekali.
Ketumbit di mata adalah kerana jangkitan bakteria. Dan ia juga tidak boleh berjangkit kepada orang lain.
Punca mata boleh ketumbit
Punca sebenar ketumbit mata adalah kerana jangkitan bakteria Staphylococcus Aureus dan penakungan minyak kerana saluran kelenjar yang tersumbat.
Biasanya, ia melibatkan bahagian folikel iaitu akar rambut, atau kelenjar meibomian yang terletak di tepi mata.
Walaupun masalah ini tidak mendatangkan berbahaya, namun ia justeru menimbulkan rasa tidak selesa kepada individu yang dijangkiti.
Bahkan ada sesetengah individu yang dijangkiti ketumbit akan mudah berasa gatal sehingga boleh menjejaskan penampilan sedia ada.
Jenis-jenis ketumbit
Ketumbit terbahagai kepada dua jenis iaitu stye (jangkitan kuman pada pangkal bulu mata) dan chalazion (penyumbatan pada kelenjar kelopak mata yang menghasilkan minyak pada permukaan mata).
Ketumbit stye adalah disebabkan oleh jangkitan kuman (Staphylococcus Aureus) di akar bulu mata (folikel).
Biasanya, ketumbit jenis stye kerap dialami oleh:-
- Pesakit kencing manis
- Pesakit seborrhea, penyakit kulit yang menyebabkan kulit kasar dan bersisik
- Pesakit yang mengalami blepharitis kronik, jangkitan kelopak mata berjangka masa panjang
- Individu yang tidak menjaga kebersihan kelopak mata
Manakala, chalazion pula disebabkan oleh penakungan minyak akibat saluran kelenjar tersumbat.
Pada bahagian mata kita, terdapat kelenjar meibomian, yang berfungsi untuk menghasilkan sejenis cecair berminyak pada bola mata untuk mengelakkan lapisan air mata daripada menjadi kering.
Apabila kalenjar ini tersumbat, maka terjadilah ketumbit jenis chalazion.
Punca utama kalenjar ini tersumbat adalah lapisan lemak dalam kelenjar yang terlalu melekit dan susah untuk dikeluarkan. Ia sering dialami oleh golongan yang mempunyai masalah acne rosacea.
Beza bisul dan ketumbit
Bisul adalah keradangan pada akar bulu mata atau kelenjar sebasea (sebaceous) pada tepi kelopak mata. Gejalanya adalah bintik pada tepi kelopak mata dan bernanah serta sakit.
Ketumbit pula adalah keradangan pada kelenjar Meibomian, iaitu kelenjar yang menghasilkan permukaan bebola mata menjadi kering. Gejalanya adalah bengkak pada tengah kelopak mata.
Simptom ketumbit
Antara tanda dan gejala ketumbit yang sering berlaku adalah seperti yang berikut:
- Kelopak mata terasa sakit
- Timbul ‘bisul kecil’
- Mata rasa seperti berbiji
- Merah atau bengkak pada kelopak mata
- Kelopak mata gatal
Rawatan untuk ketumbit
Ketumbit tidak memerlukan rawatan yang spesifik kerana biasanya ia akan hilang dengan sendirinya.
Walau bagaimanapun, sesetengah individu mungkin mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya jangkitan tersebut merebak ke bahagian lain kelopak mata seterusnya menyebabkan preseptal cellulitis.
Untuk mengurangkan gejalanya, anda boleh cuba merawatnya di rumah dengan menuam kawasan mata yang terdapat ketumbit beberapa kali sehari.
Biasanya ia akan hilang dalam tempoh beberapa hari. Sekiranya tidak sembuh-sembuh juga, dapatkan rawatan antibiotik daripada farmasi atau hospital.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ketumbit mata dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Ketumbit Mata, Punca & Cara Rawat Yang Berkesan. My Sihat
- Stye (sty) – Symptoms & Causes. Mayo Clinic
- What Is the Difference Between a Stye and a Chalazion? Causes, Symptoms, Treatment. American Academy of Ophthalmology