Kesan Kenaikan Harga Barang: Impak Kepada Rakyat

kesan kenaikan harga barang
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Topik kesan kenaikan harga barang merupakan antara topik hangat yang sering dibincangkan sejak kebelakangan ini.

Walaupun sudah beberapa kali parti politik yang memegang tampuk kepimpinan negara berubah, nama nampaknya isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup in belum menampakkan sebarang perubahan yang ketara.

Pengurangan kuasa membeli

Secara teorinya, semakin meningkat kos sara hidup semakin kurang kuasa beli pengguna.

Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar dan keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu yang akan memberi kesan kepada kuasa beli mereka dan juga kualiti hidup secara keseluruhan.

Kenaikan kos sara hidup terjadi setiap tahun walaupun terdapat banyak rungutan dan rintihan daripada rakyat tentang kenaikan harga barangan pengguna.

Artikel berkaitan: MySubsidi Diesel 2024 : Cara Mohon SKDS & Fleet Card

Psikologi

Antara kesan implikasi buruk yang utama dikenal pasti akibat daripada kenaikan harga barang dan kos sara hidup adalah dari sudut psikologi.

Psikologi seseorang akan terjejas akibat daripada ketidakmampuan untuk menjelaskan bebanan hutang. Seseorang individu akan berasa te

rtekan berhadapan situasi ini yang akan mengundang simptom tekanan seperti sukar untuk tidur, hilang selera makan, sakit kepala, bimbang, mudah marah dan sebagainya.

Sosial

kenaikan harga barangan

Peningkatan harga barangan dan kenaikan kos sara hidup juga turut mempengaruhi dan mmberri kesan terhadap aspek sosial.

Apabila pendapatan isi rumah tidak dapat menampung perbelanjaan maka individu tersebut terpaksa mencari pekerjaan sambilan atau tambahan bagi menampung keperluan perbelanjaan yang tidak mencukupi.

Ini akan menyebabkan individu tersebut terpaksa melakukan dua kerja iaitu meneruskan kerja tambahan selepas kerja hakiki tamat.

Disebabkan kesibukan masa bekerja, masa berkualiti bersama anak-anak berkurangan terutama bagi mereka yang telah pun berumah tangga dan akhirnya akan memberi kesan kepada institusi kekeluargaan.

Sekiranya berterusan, natijahnya menyebabkan masalah sosial berlaku seperti penceraian, pergaduhan, penderaan dan juga gejala sosial dalam kalangan remaja di Malaysia pada hari in.

Keselamatan

Faktor keselamatan juga terjejas dengan peningkatan harga barangan dan kenaikan kos sara hidup yang melampaui kemampuan pendapatan per kapita rakyat pada masa kini.

Aktiviti jenayah berat seperti kecurian, rompakan dan juga penculikan banyak berlaku akhir-akhir ini dan menunjukkan peningkatan saban tahun menurut Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch).

Faktor utama yang menyebabkan jenayah berat ini terus berleluasa disebabkan oleh kesempitan wang untuk berbelanja dan untuk mendapatkan kemewahan segera selari dengan peningkatan harga barangan, perkhidmatan serta keperluan asas yang begitu drastik.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut