SHAH ALAM, 24 FEB: Kadar jangkitan harian Covid-19 melonjak 4,020 kes semalam, kepada 31,199 iaitu tertinggi sejak ia mula dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.
Daripada jumlah itu, 31,080 adalah kes tempatan dan baki 119 adalah kes import.
Sebelum ini, kes jangkitan COVID-19 tertinggi dicatatkan pada 19 Februari lalu, iaitu 28,825 kes.
Bagaimanapun, kes kategori kategori 3, 4, dan 5 kekal rendah iaitu 194 kes atau 0.62 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) pula sebanyak 31,005 kes atau 99.38 peratus.
Sebanyak 45 kes atau 23.20 peratus daripada kategori 3, 4, 5 yang direkodkan membabitkan individu tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi, manakala 108 atau 55.67 peratus sudah menerima dua dos vaksin tetapi masih belum menerima dos penggalak, 43 kes atau 21.13 peratus sudah menerima dos penggalak.
Kes Covid-19 Tertinggi Sejak Januari 2020
Pecahan kes mengikut kategori adalah seperti berikut:
- Kategori 1 : 10, 171 kes (32.60 peratus)
- Kategori 2 : 20,834 kes (66.78 peratus)
- Kategori 3 : 102 kes (0.32 peratus)
- Kategori 4 : 46 kes (0.15 peratus)
- Kategori 5 : 46 kes (0.15 peratus)
“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga di luar negara menerusi maklumat yang diperoleh daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Setakat semalam, seramai 7,725 pesakit atau 2.8 peratus dirawat di hospital, 265,339 kes atau 95.5 peratus menjalani tempoh kuarantin di rumah manakala 4,460 atau 1.6 peratus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19.
Angka kematian turut meningkat sebanyak 12 kes kepada 55 termasuk 23 kematian di luar hospital menjadikan keseluruhan jumlah terkumpul kematian kepada 32,488 kes.
Jumlah kes terkumpul setakat semalam adalah 3,305,157.
Rujuk kenyataan media penuh di bawah:
Baca juga: Simptom Omicron & Garis Masa Jangkitan Covid-19 Yang Anda Perlu Tahu
Sidang Media Menteri Kesihatan 24 Februari 2022
Saksikan Sidang Media Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin pada jam 5.00 petang ini secara langsung di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).