Penyediaan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1

kerja lapangan geografi tingkatan 1
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi pelajar Tingkatan 1 yang mengambil subjek Geografi, salah satu pemarkahan yang bakal diambil oleh guru bagi subjek ini ialah Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1.

Oleh itu, adalah penting untuk murid mengetahui kaedah penyediaan kerja lapangan ini bagi memastikan mereka mendapat markah yang baik.

Maksud Kerja Lapangan

Kerja lapangan adalah merupakan satu kaedah dimana aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah seperti di taman botani, rimba rekreasi, stesen kaji cuaca, zoo dan tempat-tempat lain yang sesuai.

Kaedah ini menarik minat murid dan memberikan mereka peluang untuk mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin.

Kaedah ini juga memberikan pengalaman ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ kepada murid dan ianya adalah sesuai digunakan untuk mengajar topik-topik yang berkaitan dengan alam haiwan, tumbuhan dan persekitaran.

Menerusi kerja lapangan ini, ia akan meningkatkan minat pelajar dalam geografi kerana pelajar terpaksa mencari fakta-fakta untuk mereka sendiri.

Selain itu, kerja lapangan memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi peserta yang aktif dalam memperoleh pengetahuan.

Tips Menjalankan Kajian Lapangan

Untuk menjalankan kajian lapangan, beberapa tips mesti diikuti murid iaitu:

1- Memilih Tajuk Atau Isu Yang Sesuai

  • Kenal pasti isu atau masalah yang wujud
  • Pastikan tajuk yang dipilih sudah dipelajari
  • Pilih lokasi yang terlibat
  • Pastikan data dan maklumat bagi tajuk yang ingin dipilih mudah untuk diperolehi

2-   Penentuan Objektif

Objektif kajian mestilah mempunyai perkara-perkara berikut:

  • Mengenal pasti
  • Mengkaji
  • Mencadangkan
  • Menghuraikan
  • Menjelaskan

3-   Penentuan Kaedah Kajian

Tentukan kaedah kajian yang ingin dipilih sama ada:

  • Pemerhatian – melakukan pemerhatian dan mencatat isu yang hendak dikaji, ambil foto yang berkenaan dengan isu untuk dijadikan sebagai bahan bukti.
  • Temu Bual – memerlukan berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang secara lisan untuk mendapatkan data dan maklumat, borang temu perlu disediakan.
  • Soal Selidik – menyediakan borang soal selidik untuk diedarkan, maklumat dapat dikumpul apabila responden menjawab soalan yang ditujukan. 
  • Rujukan – memperolehi rujukan di pusat sumber, majalah, jurnal, keratan akhbar dan bahan multimedia yang lain.

4-   Cara Merekod, Mengumpul Dan Menganalisis Data 

Persembahkan data yang dianalisis dalam bentuk jadual, rajah dan peta pemikiran.

Selain itu, kumpul dan analisis semua maklumat yang diperoleh dan direkod daripada kaedah kajian yang dilakukan. 

 5- Merumus dan Menulis Laporan Kajian

Hasil kajian dan rumusan ditulis dalam bentuk laporan mengikut format yang ditetapkan setelah data dan maklumat dianalisis.  

    6.   Kriteria dan Proses kerja

    Buat perancangan proses kerja seperti:

    • Jadual kerja
    • Pengagihan kerja
    • Objektif kajian
    • Penentuan kaedah kajian
    • Pengumpulan maklumat
    • Laporan Akhir

    Kandungan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1

    Kandungan laporan kerja lapangan ini mestilah mempunyai perkara-perkara berikut:

    • Penghargaan
    • Pendahuluan
    • Objektif Kajian
    • Kawasan Kajian
      – Peta
      – Peta Kawasan Kajian
    • Kaedah Kajian
    • Dapatan Kajian
    • Bahan Grafik
    • Rumusan
    • Lampiran
    • Rujukan

    Contoh Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1

    Antara contoh kerja lapangan yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

    Baca juga: Buku Teks Geografi Tingkatan 1 KSSM

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut