EPERJAWATAN UITM : CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG UITM TERKINI (2022) DAN CARA MEMBUAT PEMBELIAN NO PIN BSN
Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di :-
* UiTM Shah Alam
* UiTM Cawangan Selangor
* Hospital Al- Sultan Abdullah UiTM, Kampus Puncak Alam
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2022 (Jumaat).
Pemohon hanya boleh memohon SATU (1) jawatan yang diiklankan SAHAJA.
Sika rujuk maklumat lanjut sebagaimana yang dinyatakan di dalam iklan seperti pautan di bawah:
Jawatan Yang Ditawarkan
Untuk makluman, pemohon perlu memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik anda dan syarat kelayakan jawatan yang dipohon.
Sila rujuk fail lampiran (perincian iklan) bagi mengenalpasti syarat – syarat akademik dan syarat – syarat tambahan Universiti (jika ada) bagi permohonan jawatan :
Cara Permohonan Jawatan UiTM Terkini
Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di :-
- UiTM Shah Alam
- UiTM Cawangan Selangor
- Hospital Al- Sultan Abdullah UiTM, Kampus Puncak Alam
i) Untuk Bukan Staf UiTM
- Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 12 hingga 30 September 2022 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja dengan bayaran RM10.00. Setiap pemohon hanya dibenarkan membeli satu (1) nombor pin sahaja.
- Setiap pemohon hanya dibenarkan memohon SATU (1) jawatan yang diiklankan sahaja.
- Pembelian nombor pin BSN boleh dibuat melalui :
- Kaunter cawangan BSN;
- Mesin ATM BSN; atau
- Perbankan internet BSN di https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
(*Rujuk cara pembelian no pin dalam penerangan seterusnya di bawah)
- Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.
- Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
- Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
- Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
- Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
- Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).
KAEDAH PEMBELIAN NO PIN UiTM @ BSN (ePerjawatan UiTM)
Kaedah 1 : Kaunter Cawangan BSN
- Ambil no giliran.
- Sila nyatakan Program ‘e-Perjawatan’ semasa pembelian nombor pin di Kaunter BSN.
- Sila nyatakan ‘No Kad Pengenalan Pemohon’.
- Semak maklumat slip BSN yang diterima.
Kaedah 2 : Online
- Log masuk ke MyBSN Portal.
- Pilih Pin Purchase.
- Pilih UiTM (e-Perjawatan).
- Pilih Program : e-Perjawatan (Permohonan e-Perjawatan UiTM)
- Masukkan no kad pengenalan pemohon.
- Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap.
Kaedah 3: ATM BSN
- Masukkan kad ATM BSN dan Kata Laluan.
- Pilih Beli Pin.
- Pilih UiTM (e-Perjawatan)
- Masukkan no kad pengenalan pemohon.
- Semak butiran kemasukan.
- Cetak slip.
Rujuk infografik cara pembelian no pin ePerjawatan UiTM :
ii) Untuk Staf UiTM Sahaja
- Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap dan kontrak di mana pelantikan dibuat oleh Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam hendaklah memohon melalui sistem aplikasi dalam talian (online) melalui Portal i-Staf → eProses & Sistem Sokongan → ePengambilan Staf.
Tarikh Tutup Permohonan Jawatan UiTM
Tarikh tutup permohonan : 30 September 2022 (Jumaat)
Baca juga: Apple Pay Malaysia: Cara Buat Bayaran Melalui iPhone & iWatch
Maklumat Lanjut
Sila ke https://www.uitm.edu.my/index.php/ms/kerjaya-dengan-uitm untuk maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan bolehlah merujuk kepada:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Emel: [email protected]
Akademik
Tel: +603-5544 3063/3417/3090/3006/
+603-5521 1314/1612
Pentadbiran
Tel: +603-5544 3005/3007/3076/3085/3091/3093
Permohonan dalam talian bagi jawatan akademik dan pentadbiran, sila layari https://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/