Keretapi Sarong 2024: Tarikh, Tema dan Acara Menarik
Acara Keretapi Sarong telah menjadi tradisi tahunan sejak pertama kali ia diadakan pada tahun 2012 yang lalu. Pada tahun 2024 ini, Keretapi Sarong telah masuk tahun ke-lapan dan sekali lagi bakal memeriahkan Hari Malaysia yang ke-61.
Acara ini menunjukkan kreativiti rakyat Malaysia dalam memartabatkan budaya tradisional dan sekaligus mempamerkan semangat perpaduan yang jitu.
Ribuan peserta daripada pelbagai latar belakang akan berhimpun mengenakan pakaian tradisional dan sarung serta menggunakan pengangkutan awam untuk menyertai acara ini.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Keretapi Sarong 2024.
BACA JUGA: Buat Passport Malaysia – Senarai Dokumen Diperlukan
Pengenalan & Sejarah Keretapi Sarong
Program Keretapi Sarong merupakan program “flash mob” di mana orang ramai berkumpul dan bersama-sama meraikan Hari Malaysia.
Kemudian, para peserta akan menggunakan rangkaian perkhidmatan kereta api awam seperti Prasarana, MRT, KTM, ERL serta MAB dan melalui satu set laluan terpilih sambil mengenakan pakaian sarung.
Pemilihan sarung sebagai tema kempen kerana budaya pemakaian kain sarung merupakan warisan budaya yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Acara Keretapi Sarong mula diperkenalkan oleh komuniti LOCCO Malaysia pada tahun 2012.
Selain memperkenalkan semula sarung, acara ini juga bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam sambil mempromosikan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.
Keretapi Sarong 2024
Keretapi Sarong 2024 (KS24) akan diadakan pada 14 September 2024. Acara ini, dianjurkan oleh LOCCO, adalah edisi kelapan dan diadakan untuk meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ke-67.
Peserta akan memakai sarung berwarna-warni dan berkumpul di stesen terpilih untuk menuju ke lokasi rahsia.
Tema tahun ini menekankan kebanggaan rakyat terhadap budaya, pencapaian dan perpaduan Malaysia. Acara ini juga terbuka kepada peserta antarabangsa untuk merasai kekayaan budaya Malaysia.
BACA JUGA: Pekeliling Sistem Saraan Malaysia (SSM) & Perbandingan SSPA
Tema Keretapi Sarong 2024: “Bangga Malaysia”
Tahun ini, Keretapi Sarong 2024 (KS24) membawa tema “Bangga Malaysia”.
Tema ini menekankan rasa cinta rakyat terhadap budaya dan jenama tempatan. Tema ini bukan sahaja menyerlahkan pakaian tradisional seperti sarung, tetapi juga mempamerkan kreativiti dan keunikan jenama Malaysia di pentas antarabangsa.
Pengarah Program Keretapi Sarong 2024, Shamsul Bahrin Zainuzzaman, menekankan bahawa tema ini bertujuan untuk menunjukkan rasa bangga terhadap produk dan budaya tempatan yang membentuk identiti Malaysia. Sekaligus,, dengan harapan ia dapat terus memacu ekonomi kreatif negara.
Acara Menarik Keretapi Sarong 2024
Tahun ini, acara Keretapi Sarong 2024 mendapat penyertaan dari dalam dan luar negara. Pengumuman lokasi rahsia, yang menjadi tradisi Keretapi Sarong, menambah keterujaan dalam kalangan peserta.
Selain daripada perjalanan menaiki kereta api sambil memakai sarung, pelbagai aktiviti sampingan turut dianjurkan termasuk persembahan muzik tradisional, flash mob, serta pertandingan pakaian terbaik.
Pada tahun ini, Noraniza Idris, seorang penyanyi terkenal Malaysia, akan membuat penampilan khas, bagi menambah lagi kemeriahan acara ini.
Acara ini juga turut mendapat sokongan daripada lebih 40 Rakan Strategik dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, yang sentiasa terlibat dalam penganjuran acara kebudayaan.
Peserta dari negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapura, dan Brunei juga turut serta bagi merasai kemeriahan acara ini.
BACA JUGA: Beras Tempatan: Harga Terkini, Jenama, & Khasiat Beras
Lokasi Rahsia KS24
Lokasi rahsia untuk acara Keretapi Sarong tahun ini ialah Lanai @ MATIC yang berada di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Pengumuman lokasi rahsia yang dibuat saat-saat akhir itu bertujuan mengekalkan momentum keterujaan sambutan tahunan Hari Malaysia tahun ini.
Panduan Menyertai Keretapi Sarong 2024
Untuk menyertai Keretapi Sarong 2024, pendaftaran biasanya terbuka kepada umum melalui laman web rasmi LOCCO atau media sosial rasmi mereka.
Peserta hanya perlu memakai sarung dan datang ke stesen-stesen yang telah ditetapkan seperti KL Sentral, Subang Jaya, dan Gombak, di mana aktiviti flash mob dan persembahan kebudayaan diadakan.
Berikut adalah beberapa tips bagi mereka yang pertama kali ingin menyertai acara ini:
- Pakai pakaian yang melambangkan budaya Malaysia, dan sebaiknya ada menggunakan sarung. Anda boleh menggayakannya mengikut kreativiti atau mengekalkan elemen penting pakaian tersebut.
- Elakkan kesesakan dengan datang awal ke stesen-stesen utama yang ditetapkan.
- Pastikan anda membawa air minuman dan makanan ringan secukupnya untuk keselesaan sepanjang acara.
- Bagi memudahkan pergerakan anda, sesuai dengan tema acara ini yang mempromosikan penggunaan pengangkutan awam, gunalah pengangkutan awam untuk ke lokasi berkumpul yang ditetapkan.
- Pakai deodorant! Pastikan anda memakai deodorant untuk mengelakkan bau yang tidak diingini. Sekiranya anda seorang yang kuat berpeluh, gunakan deodorant anti peluh atau seumpamanya.
Mengapa Perlu Turut Serta?
Terdapat pelbagai sebab mengapa Keretapi Sarong 2024 patut disertai oleh semua rakyat Malaysia:
- Memelihara Budaya Tradisional: Acara ini menggalakkan pemakaian sarong, pakaian tradisional yang semakin dilupakan.
- Penyatuan Rakyat Malaysia: Ia adalah platform untuk menyatukan rakyat dari pelbagai kaum dan latar belakang.
- Peluang Bersosial: Peserta dapat berinteraksi dengan orang baru, berkongsi pengalaman dan membina hubungan yang lebih luas.
- Memupuk Rasa Bangga terhadap Malaysia: Dengan tema “Bangga Malaysia”, acara ini mempromosikan kecintaan terhadap produk dan budaya tempatan.
- Sokongan terhadap Pengangkutan Awam: Keretapi Sarong mempromosikan penggunaan pengangkutan awam yang lebih lestari.
FAQ Mengenai Keretapi Sarong 2024
1. Apakah syarat utama untuk menyertai Keretapi Sarong?
Anda hanya perlu memakai sarung dan menggunakan pengangkutan awam yang telah ditetapkan.
2. Adakah acara ini terbuka kepada semua?
Ya, acara ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia serta peserta antarabangsa.
3. Di manakah lokasi flash mob tahun ini (2024)?
Flash mob akan diadakan di pelbagai lokasi termasuk KL Sentral, Subang Jaya, Putrajaya Sentral, dan beberapa lokasi lain yang akan diumumkan.
Jom Sertai Keretapi Sarong 2024!
Keretapi Sarong 2024 adalah lebih daripada sekadar acara berpakaian tradisional. Ia adalah simbol kebanggaan, perpaduan, dan kebudayaan Malaysia yang berkembang dari tahun ke tahun.
Acara ini menawarkan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersatu, berkongsi kegembiraan, dan merayakan keunikan budaya Malaysia dalam suasana yang penuh warna-warni.
Ikuti saluran rasmi acara serta media sosial seperti Instagram, X, dan Telegram Keretapi Sarong untuk maklumat terkini dan cara penyertaan.
Jangan lupa gunakan hashtag #BanggaMalaysia, #KeretapiSarong2024, dan #ProudMalaysia untuk menyebarkan semangat ini ke seluruh dunia. Mari sertai dan raikan bersama-sama Keretapi Sarong 2024!
Sumber: