SEMAKAN & PENGUMUMAN PENGELUARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) TAHUN 2024
INFO TERKINI : MAKLUMAN PENGELUARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 1 SVM SESI 1 TAHUN 2024 OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
Tarikh Keputusan
- 19 September 2024 (Khamis)
- Mulai jam 10.00 pagi
- Tarikh akhir semakan dalam talian : 6.00 petang 25 September 2024 (Rabu)
Cara Semakan Keputusan
- Kaunter Pejabat KV mulai jam 10 pagi
- Dalam talian
Calon boleh memperoleh keputusan peperiksaan SVM Semester 4 Sesi 1/2024 daripada kolej masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.
Berikut dikongsikan kenyataan media KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia berhubung butiran lanjut semakan keputusan SVM semester terkini.
Cara Semakan Keputusan SVM 2024 & Pautan Online
Semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) boleh disemak secara manual dan atas talian (online).
Slip keputusan peperiksaan bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) juga boleh diperoleh dari kolej vokasional / sekolah masing-masing.
Calon juga boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian di pautan
https://myresultsvm.moe.gov.my mulai Khamis, 19 September 2024, bermula jam 10.00 pagi.
Laman ini membenarkan anda untuk membuat semakan keputusan secara dalam talian dengan mudah.
Sila buat pilihan peperiksaan semester pelajar untuk mula membuat semakan keputusan.
Bagi sebarang pertanyaan, sila rujuk talian berikut : 013-362 5452 atau 013-390 7879
Rujuk Facebook rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk info terkini.
Calon boleh mendapatkan keputusan secara atas talian melalui pautan berikut : myresultsvm.moe.gov.my
Info Kelayakan SPA Menggunakan Keputusan SVM
SYARAT KELAYAKAN MINIMUM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)/SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM
Terdapat banyak pertanyaan daripada calon mengenai “tidak melepasi tapisan” walaupun hanya memohon jawatan yang memerlukan kelayakan SPM atau SVM sahaja.
SPA kenal pasti terdapat sebahagian besar calon yang memohon tidak jelas berkenaan syarat kelayakan minimum yang dinyatakan dalam iklan pengambilan SPA walaupun jawatan itu hanya mensyaratkan kelayakan di peringkat SPM/SVM.
Apakah maksud kelayakan minimum bagi SPM/SVM ini bagi membolehkan anda dilantik ke perkhidmatan awam?
Rujuk poster hebahan ini sebagai panduan dan rujukan.
Semoga dapat membantu!
MQA mengguna pakai penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) seperti berikut:
- Kepujian Bahasa Melayu 1104;
- PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
- PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; dan
- Kompeten semua modul vokasional.
Bagi SVM Kohort 2013-2016, penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM juga perlu mengambil kira lulus mata pelajaran Sejarah SPM.
Sehubungan itu, SVM bukanlah suatu kelayakan yang setara dengan Sijil (Tahap 3 MQF).
Apakah PASM?
Pentaksiran Alternatif dalam PASM boleh ditakrifkan sebagai mana-mana kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain pentaksiran tradisional yang mana menggunakan ujian pensil-kertas
APLIKASI PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAH
https://mypasm.moe.gov.my/mypasm/login
Baca juga: