Mengikut data SPR, seramai 21 juta rakyat Malaysia layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (GE15) kali ini.
Seramai 939 calon bertanding.
Pencalonan paling ramai pastinya dari blok Pakatan Harapan iaitu 205 kerusi diikuti Barisan Nasional (177 kerusi), Perikatan Nasional (148 kerusi) dan PEJUANG (115 kerusi).
Berikut adalah keputusan PRU-15 terkini — data dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan pengumuman rasmi SPR.
p/s: Sila refresh untuk keputusan terkini.
Keputusan PRU-15 Terkini
Berikut keputusan rasmi PRU15 dari sumber SPR (dikemaskini dari semasa ke semasa).
PARTI | KERUSI BERTANDING | MENANG (RASMI) |
PH | 220 | 72 |
BN | 178 | 27 |
PN | 171 | 59 |
PEJUANG | 125 | |
BEBAS | 108 | |
WARISAN | 52 | 2 |
GPS | 31 | 22 |
PRM | 16 | |
GRS | 13 | 6 |
PSB | 10 | |
KDM | 7 | |
PBM | 5 | |
PBDS | 3 | |
PBRS | 1 | |
PPRS | 1 | |
PBK | 1 | |
PUR | 1 | |
PSM | 1 | |
SEDAR | 1 |
Untuk maklumat penuh pecahan setiap parlimen anda boleh layari portal rasmi SPR.
GE15 Live Results
Keputusan tidak rasmi setakat jam 8 malam tadi, PH mendahului dengan 48 kerusi.
Manakala BN dengan 14 kerusi dan PN 16 kerusi.
Untuk keputusan rasmi / tidak rasmi secara real time, anda boleh ikuti portal myundi.com.my
Tentang Pilihan Raya Umum Ke-15
Pilihan Raya Umum atau PRU 2022 telah ditetapkan pada 19 November untuk memilih anggota dewan rakyat di Parlimen Malaysia ke-15.
PRU diadakan 5 tahun sekali bagi memberi peluang kepada rakyat memilih pemimpin berdasarkan sistem pengundian yang ditetapkan SPR.