Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)

nrecc
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Nama Rasmi dan Singkatan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)

Makluman Nama Rasmi dan Singkatan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)

Untuk makluman, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah digabungkan menjadi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

YB Menteri pada 13 Disember 2022 telah bersetuju agar “NRECC” digunakan sebagai akronim bagi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

nrecc Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)

PROFIL Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim – YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Timbalan Menteri – YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii

VISI
Peneraju pelestarian alam sekitar dan air yang mampan.

MISI
Memastikan pelestarian alam sekitar dan air yang mampan melalui penggubalan dasar, pematuhan perundangan, aktiviti mitigasi, adaptasi dan pendidikan, selaras dengan standard serta amalan antarabangsa.

PELANGGAN

  • Kementerian/ Jabatan/ Agensi;
  • Kerajaan Negeri;
  • Badan Bukan Kerajaan (NGO);
  • Pengguna secara pukal atau runcit perhidmatan bekalan air dan pembetungan (domestik/komersial/industri/ institut);
  • Pengguna berpotensi/ Pengguna akhir; dan
  • Sektor Swasta dan pemain industri.

AGENSI DI BAWAH KASA

1) ALAM SEKITAR

Pengurusan alam sekitar, aduan pencemaran, perundangan

i – Jabatan Alam Sekitar

Ramalan cuaca, senarai gempa bumi, pencerapan, iklim kemarau, meteorologi pertanian, ramalan bermusim

ii – Jabatan Meteorologi Malaysia

iii – Jabatan Biokeselamatan

iv – Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC)

v – Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)

2) AIR DAN PEMBETUNGAN

Pengurusan lembangan sungai dan zon pantai, pengurusan sumber air dan hidrologi, pengurusan banjir, saliran mesra alam

i – Jabatan Pengairan dan Saliran

Penyelidikan dan Perundingan Hidraulik dan Persekitaran Air

ii – Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Pelaksanaan Projek dan Khidmat Nasihat Teknikal Pembetungan

iii – Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)

iv – Bahagian Bekalan Air (BBA)

Kawal selia perkhidmatan air dan pembetungan, aduan pencemaran bekalan air

v – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

vi – Indah Water Konsortium (IWK)

vii – Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

Maklumat Lanjut

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Blok F11, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

+603 8091 700

Laman web rasmi : https://www.kasa.gov.my/

Facebook rasmi : Kementerian_Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim

Baca juga: Maksud Kerajaan Perpaduan – Jabatan Penerangan Malaysia

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut