Sudahkah anda mengemaskini tarikh lahir anda di profil MySejahtera?
Pihak MySejahtera telah mengeluarkan notis makluman bertarikh 1 April 2022 untuk mengingatkan pengguna agar mengambil tindakan mengemaskini tarikh lahir anda di aplikasi berkenaan.
Menurut notis itu, kegagalan mengemaskini tarikh lahir ini boleh menyebabkan status vaksinasi akan ditukarkan kepada tidak lengkap vaksinasi atau tidak divaksinasi.
Pihak MySejahtera juga turut mengingatkan pengguna untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera dalam boleh menggunakan ciri-ciri terbaru pada aplikasi berkenaan.
Salah seorang pengguna media sosial menunjukkan bagaimana sijil vaksin anaknya bertukar kepada ‘Partially Vaccinated’ sedangkan sudah lengkap mendapat 2 dos vaksin.
Namun setelah mengemaskini tarikh lahir, barulah statusnya bertukar kepada ‘Fully Vaccinated’ semula.
Jadi, siapa yang belum kemaskini, boleh ikut langkah yang ditunjukkan di bawah ini.
Cara Kemaskini Tarikh Lahir Di MySejahtera
Anda boleh mengemaskini tarikh lahir anda pada aplikasi berkenaan dengan cara berikut:
- Pergi ke halaman “Profil”
- Tekan pada ikon menu di penjuru atas kanan
- Pilih “Butiran Peribadi Saya”
- Kemaskini tarikh lahir anda di ruangan yang disediakan
Ingat, status vaksinasi lengkap anda tidak akan terpapar di profil MySejahtera sekiranya anda tidak kemas kini maklumat ini.
Jangan lupa, sila kemas kini maklumat tarikh lahir anda dengan segera ya!
Baca juga:
- Cara Kemaskini MySejahtera Sekiranya Positif Atau Kontak Rapat
- PICKIDS: Daftar Vaksin COVID19 Kanak-kanak 5 – 11 Tahun Di MySejahtera
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, sila rujuk
- Facebook: MySejahtera
- Twitter : MySejahtera
ARTIKEL BERKAITAN