Senarai Kelonggaran SOP Covid-19 Berkuatkuasa 1 Mei 2022 – KKM

kelonggaran sop
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Menteri Kesihatan telah mengumumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dengan mengambil pendekatan selamat dan cermat.

Berkuatkuasa 1 Mei 2022, berikut adalah prosedur yang telah dikemaskini berkaitan pengurusan Covid-19 di Malaysia.

Kelonggaran SOP Covid-19 Mulai 1 Mei 2022

KKM telah menyemak semula beberapa SOP berkaitan Covid-19 seperti berikut:

1. Protokol Uji & Lepas Bagi Kes Positif Covid-19

Individu boleh dilepaskan daripada pengasingan sekiranya telah disahkan negatif melalui RTK kendiri pada hari ke-4 yang diselia oleh pengamal perubatan (Jika positif, masih perlu melengkapkan 7 hari kuarantin).

Pelepasan automatik akan diberikan selepas 7 hari jika tidak menjalani kuarantin.

kelonggaran sop pelitup muka terkini

2. Kemasukan Ke Premis Tanpa Mengira Status Vaksinasi

Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi.

Individu yang TIDAK dibenarkan adalah yang positif Covid-19 dan yang sedang menjalani kuarantin (HSO).

3. Pemakaian Pelitup Muka Di Kawasan Terbuka TIDAK DIWAJIBKAN

Pemakaian pelitup muka adalah WAJIB di kawasan tertutup, manakala DIGALAKKAN di kawasan terbuka – TIDAK WAJIB.

Walaubagaimanapun, di luar bangunan pemakaian adalah amat digalakkan di kawasan sesak dan berisiko tinggi.

Pemakaian pelitup muka adalah MASIH DIWAJIBKAN di dalam bangunan, termasuk:

  1. Di dalam bagunan, pejabatan, pusat membeli-belah, lif
  2. Dalam pengangkutan awam seperti bas, kereta api, dan kenderaan e-hailing
  3. Dalam bilik darjah

4. Penjarakan Fizikal

Penjarakan fizikal tidak diperlukan, namun amat digalakkan bagi keadaan yang sesak dan berisiko tinggi.

5. Imbasan Kod QR MySejahtera TIDAK DIWAJIBKAN

Imbasan kod Daftar masuk MySejahtera tidak lagi diperlukan untuk memasuki premis mulai 1 Mei 2022. Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi.

Walau bagaimanapun, kes positif COVID-19 dan mereka yang berada di bawah HSO masih tidak dibenarkan memasuki premis.

Namun aplikasi MySejahtera masih penting bagi tujuan pelaporan ujian COVID-19 dan HSO digital.

MySejahtera juga akan ditambahbaik dengan fungsi terbaru untuk mengawal penularan penyakit berjangkit.

6. Prosedur Untuk Pengembara

Ujian COVID-19 pra-berlepas dan semasa ketibaan tidak lagi diperlukan untuk pelancong yang lengkap divaksinasi untuk memasuki Malaysia mulai 1 Mei 2022.

kelonggaran sop kkm

7. Senarai Negatif

Senarai aktiviti yang dilarang oleh Majlis Keselamatan Negara sebelum ini telah dibenarkan.

Semua sektor ekonomi boleh beroperasi mulai 15 Mei 2022.

Kelonggaran SOP Hari Raya Aidilfitri

  • Rumah terbuka atau majlis hari raya dalam bangunan dibenarkan dengan syarat memakai pelitup muka
  • Penjarakan fizikal antara individu tidak diperlukan
  • Status COVID-19 dilaporkan secara mingguan, tiada lagi laporan harian
  • Ziarah tanah perkuburan dibenarkan dengan digalakkan memakai pelitup muka
  • MySejahtera dikekalkan untuk pelaporan COVID-19, pemantauan mereka diisolasi di rumah
kelonggaran sop

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info lanjut tentang kelonggaran SOP yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, sila rujuk Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Baca juga: Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 : Tarikh & Senarai Laluan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut