Kata penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu kata adjektif atau frasa adjektif dalam ayat. Ia berfungsi untuk menegaskan atau memperkuatkan sifat atau keadaan yang dinyatakan oleh kata adjektif tersebut.
Kata ini boleh hadir sama ada sebelum (hadapan) atau selepas (belakang) kata adjektif, dan ada juga yang boleh diletakkan di kedua-dua tempat (bebas).
Fungsi Kata Penguat
Kata ini sangat diperlukan dalam penggunaan bahasa Melayu, kerana ia membantu dalam:
- Menyampaikan perasaan atau penilaian yang lebih jelas dan kuat dalam komunikasi.
- Menguatkan maksud kata adjektif atau frasa adjektif.
- Menegaskan sifat, keadaan, atau kualiti sesuatu perkara dalam ayat.
Jenis-jenis Kata Penguat
Terdapat tiga jenis kata ini dalam tatabahasa Bahasa Melayu:
Jenis Kata Penguat | Maksud | Contoh Kata | Kedudukan dalam ayat |
Hadapan | Hadir di hadapan kata atau frasa adjektif | agak, paling, terlalu, cukup, kurang, makin | Sebelum kata adjektif |
Belakang | Hadir di belakang kata atau frasa adjektif | sekali, benar, betul, nian | Selepas kata adjektif |
Bebas | Boleh hadir sama ada di hadapan atau di belakang kata atau frasa adjektif | sangat, amat, sungguh | Hadapan atau belakang kata adjektif |
Contoh Ayat
Berikut merupakan contoh-contoh ayat yang menggunakan kata jenis ini:
- Kata Penguat Hadapan
- Harga baju yang ingin dibeli Laila, terlalu mahal.
- Rumah itu merupakan rumah paling besar di Lembah Klang.
- Buku yang agak tebal itu di baca oleh Amir.
- Kata Penguat Belakang
- Buah mata kucing yang di makan Abi, manis sekali.
- Lambat benar kamu datang ke sekolah.
- Baju yang di pakai oleh Amirah cantik betul.
- Kata Penguat Bebas
- Pakaian Ali amat kemas / Pakaian Ali kemas amat.
- Rumah di atas bukit itu sungguh cantik / Rumah di atas bukit itu cantik sungguh.
- Kereta itu sangat besar / Kereta itu besar sangat.
Contoh Latihan
Berikut merupakan contoh latihan yang boleh anda berikan kepada pelajar anda bagi menguatkan lagi pemahaman mereka berkenaan kata ini:
Sumber: TcherCollection – TC
Nota Ringkas
Berikut merupakan nota ringkas yang menerangkan jenis kata ini, yang boleh anda muat turun dan baca di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja: