Kata Ganda Berentak: Jenis, Contoh Ayat, Latihan & Nota

kata ganda berentak
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Salah satu jenis kata ganda yang wujud di dalam tatabahasa Bahasa Melayu adalah Kata Ganda Berentak.

Menariknya, kata ganda ini mempunyai rentak bunyi tertentu dan pengulangan kata pertama.

Mengenai Kata Ganda Berentak

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.

Dalam erti kata yang lain, kata ganda ini ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya.

Dalam penggandaan berentak (berirama), seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi-bunyi

Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf e.

Jenis Kata Ganda Berentak

Terdapat 3 jenis kata ganda ini iaitu:

  • Penggandaan berentak pengulangan vokal
  • Penggandaan berentak pengulangan konsonan
  • Penggandaan berentak bebas

Contoh Ayat

i- Penggandaan berentak pengulangan vokal

Penggandaan ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.

Contoh PerkataanContoh Ayat
Kata Namakuih muih, lauk pauk,
sayur-mayur
– Ayah suka membeli kuih-muih di pasar tani.
– Banyak lauk-pauk dijual di restoran itu.
Kata Kerjacerai-berai, gotong-royong– Program gotong-royong akan diadakan pada minggu hadapan.
Kata Adjektifhiruk-piruk– Pasar itu terkenal dengan hiruk-pikuknya.

ii- Penggandaan berentak pengulangan konsonan

Penggandaan yang mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu.

Contoh PerkataanContoh Ayat
Kata Namabatu-batan, gunung-ganang,
suku-sakat
– Banyak gunung-ganang terdapat di Indonesia.
Kata Kerjadolak-dalik, huyung-hayang, mundar-mandir– Jika kita berdolak-dalik, orang tidak akan menghormati kita.
– Husin mundar-mandir di perkarangan sekolah sejak pagi tadi.
Kata Adjektifhuru-hara, kontang-
kanting, kucar-kacir
– Jagalah negara kita daripada ancaman huru-hara.
– Kumpulan itu sedang menghadapi situasi kucar-kacir.

iii- Penggandaan berentak bebas

Contoh PerkataanContoh Ayat
Kata Namaanak-pinak, saudara-
mara
– Saudara-mara saya akan pulang ke kampung minggu hadapan.
Kata Kerjaulang alik– Kassim berulang-alik daripada Kuala Lumpur ke Senai hujung bulan lalu.
Kata Adjektiflintang-pukang, remeh-temeh, simpang-siur– Amir lari lintang-pukang apabila dikejar anjing.

Koleksi Latihan

Koleksi latihan kata ganda ini boleh dilihat menerusi file di bawah:

Nota Ringkas

Nota ringkas berkenaan kata ganda ini adalah seperti di bawah:

Baca juga: Kata Ganda Separa: Jenis, Contoh Ayat, Latihan & Nota

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut