Kata akronim merupakan salah satu pembelajaran yang penting di dalam tatabahasa Bahasa Melayu yang diajar di sekolah.
Kata ini lazimnya dikaitkan dengan penggabungan perkataan yang membawa kepada suku kata yang baharu.
Maksud Akronim
Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.
Ia juga merupakan singkatan dalam bahasa Melayu yang terbentuk dengan cara menggabungkan huruf atau suku kata untuk membentuk perkataan baharu.
Dengan menjadi suku kata yang baharu, ia mempunyai makna serta dapat berdiri sendiri hasil daripada proses penggabungan singkatan beberapa perkataan.
Contoh Akronim
Antara contoh akronim adalah seperti contoh di bawah:
- Berdikari – Berdiri di atas Kaki Sendiri
- Pawagam – Panggung Wayang Gambar
- Proton – Perushaan Otomobil Negara
- Kugiran – Kumpulan Gitar Rancak
- Uniputra -Universiti Putra Malaysia.
Menariknya, banyak pengguna bahasa Melayu yang tidak menyedari bahawa kata di bawah ini sebenarnya merupakan akronim seperti perkataan cikgu, awas atau bah.
Pertama, kata ‘cikgu’ ialah akronim kerana kata ini berasal daripada ungkapan ‘Encik guru?’ Hasil daripada gabungan suku kata cik+gu, maka terhasillah gelaran atau panggilan cikgu’.
Selain itu, kata ‘awas’ yang bermaksud berhati-hati’ juga merupakan akronim yang berasal daripada ungkapan ‘Anda Waspada Anda Selamat.’
Satu lagi contoh ialah ‘bah’ yang berarti ‘banjir’ yang mana kata ini sebenarnya berasal dari ungkapan ‘Bencana Hujan’.
Jenis Kata Akronim & Contoh Ayat
Terdapat 4 jenis berkenaan kata ini iaitu:
- Cantuman huruf awal perkataan.
- Cantuman huruf dan suku kata perkataan.
- Cantuman suku kata awal perkataan.
- Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.
i- Cantuman huruf awal perkataan
Kata Akronim | Contoh Ayat |
ADUN: Ahli Dewan Undangan Negeri | ADUN itu telah berkhidmat di kawasan ini selama 2 penggal. |
ABIM: Angkatan Belia Islam Malaysia | ABIM merupakan salah sebuah badan bukan kerajaan di Malaysia. |
APMM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia | APMM ialah agensi yang menguatkuasakan undang-undang di perairan Malaysia. |
ii- Cantuman huruf dan suku kata perkataan
Kata Akronim | Contoh Ayat |
PERHILITAN: Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara | Apabila memasuki hutan, pastikan anda memathui peraturan yang dimaklumkan oleh Jabatan Perhilitan. |
MARA: Majlis Amanah Rakyat | Biasiswa saya merupakan tajaan daripada MARA |
iii – Cantuman suku kata awal perkataan
Kata Akronim | Contoh Ayat |
BERNAMA: Berita Nasional Malaysia | Berita hangat itu dilaporkan oleh pihak BERNAMA. |
CERPEN: Cerita Pendek | Cerpen itu dikarang oleh kakak saya. |
iv- Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya
Kata Akronim | Contoh Ayat |
JENTOLAK: Jentera Tolak | Jentolak itu digunakan untuk membersihkan kawasan kebunnya. |
JENAMA: Jenis Nama | Jenama baju yang dibelinya itu adalah daripada Amerika Syarikat. |
Latihan Kata Akronim
Untuk menajamkan lagi kefahaman mengenai kata ini, sila buat latihan di bawah:
Baca juga: Kata Majmuk: Jenis, Contoh Ayat, Contoh Latihan, Nota Ringkas