Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2024 – Jadual Acara & Tiket

Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2024
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ayuh semua orang Melaka kita ke Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2024 (KUAM 2024) pada 31 Oktober 2024 hingga 3 November 2024 di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka.

Pelbagai jenis aircraft, helicopter, drones, dan aset milik Tentera Darat Malaysia (TDM) yang belum pernah ditunjukkan akan dipamerkan di KUAM 2024 nanti.

Dikesempatan ini, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut mengenai Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2024 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2024

Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2024 (KUAM)

Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2024 (KUAM) pada kali ini akan mempersembahkan 2 zon aksi menarik iaitu pengalaman udara dan darat yang menakjubkan.

Dikatakan lebih 40 pelbagai jenis aset udara akan dipamerkan sepanjang berlangsungnya karnival tersebut.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, KUAM 2024 melibatkan penyertaan hampir 400 agensi, jabatan dan kelab penerbangan.

KUAM 2024 juga mengaggarkan sehingga lebih 100,000 orang pengunjung akan hadir untuk memeriahkan karnival ini.

Selain pesawat udara antara yang dijangka akan mencuri tumpuan pada KUAM 2024 adalah aset milik Tentera Darat Malaysia (TDM) yang belum pernah dipamerkan sebelum ini seperti kenderaan berperisai dan motosikal klasik yang digunakan ketika perang dunia pertama dan kedua.

Lokasi Tempat, Tarikh & Masa

  • Tarikh : 31 Oktober 2024 (Khamis) hingga 3 November 2024 (Ahad)
  • Masa: 10 pagi – 5 petang
  • Tempat : Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka

Jadual & Acara Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM 2024)

Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri menyenaraikan pelbaga menarik dan menakjubkan yang boleh disertai oleh pengunjung yang bertandang memeriahkan karnival ini. Antara aktiviti menarik adalah seperti berikut:

  1. Saksikan pameran pesawat kecil dan helikopter dari dekat – bawa keluarga terokai dunia penerbangan!
  2. Nikmati pertunjukan kawalan udara yang memukau di penghujung landasan.
  3. Di Luar Lapangan Terbang (Percuma!):
    • Pameran eksklusif kenderaan tentera – lihat kereta kebal, kereta perisai, APV, dan ‘mine sweeper’!
    • Flight simulator – rasai sendiri pengalaman menjadi juruterbang!
    • Drone soccer game, abseiling dan pelbagai aktiviti menarik lain menanti anda.
  4. Booth PMKM (Penggemar Motor, Kenderaan & Militaria):
    • Lihat motosikal perang dari era Perang Dunia Pertama & Kedua!
    • Photo booth istimewa – ambil gambar anda dan cetak terus ke atas T-shirt sebagai kenangan.
    • Barang askar eksklusif untuk dijual – dapatkan koleksi menarik di sini.
  5. Jualan makanan tempatan dan antarabangsa serta cenderamata penerbangan turut disediakan di gerai jualan di lokasi penganjuran KUAM 2024.

Harga Tiket

Harga tiket masuk adalah sebanyak RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Tips Untuk Pengunjung

Sedikit tips untuk anda yang bercadang untuk datang ke Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2024 yang akanberlangsung pada 31 Oktober 2024 nanti:

  1. Pakai Sunglasses (Mudah anda untuk tengok arah udara dalam keadaan panas – SILAU)
  2. Bawa payung untuk elak cuaca panas dan hujan.
  3. Bekas air atau botol air TAK BOLEH bawa masuk dalam kawasan pameran udara (Kawasan Lapangan)
  4. Bawa cash sebab tiket dijual tunai sahaja.
  5. Bersedia untuk beratur panjang ya. (PEMBELI TIKEY SAHAJA BERATUR) yang lain tunggu tepi.
  6. Kalau boleh datang naik motor lagi baik (PARKING KERETA SANGAT LIMITED)

Jangan lepaskan peluang untuk menghabiskan hujung minggu anda di Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2024 – ada sesuatu untuk semua peringkat umur! Bawa keluarga, rakan, dan penggemar penerbangan untuk merasai pengalaman luar biasa ini.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2024 (KUAM), sila rujuk saluran berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut