Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 – Jadual Acara & Tiket

Ayuh semua orang Melaka kita ke Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023 pada 29 September hingga 1 Oktober ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam.

Pelbagai jenis aircraft, helicopter dan drones akan dipamerkan di KUAM 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang karnival ini.

Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 (KUAM)

Pengunjung singgah ke Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 (KUAM2023) berpeluang merasai pengalaman menaiki helikopter dan melihat lebih dekat pelbagai jenis pesawat yang dipamerkan.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pengunjung akan dibawa terbang selama 10 minit, pada ketinggian 5,000 kaki.

Karnival Udara Antarabangsa Melaka kuam 2023

Lokasi Tempat, Tarikh & Masa

  • Tarikh : 29 September 2023 (Jumaat) hingga 1 Oktober 2023 (Ahad)
  • Masa: 10 pagi-5 petang
  • Tempat : Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka

Jadual & Acara Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM 2023)

Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri menyenaraikan 10 acara menarik dan menakjubkan yang boleh disertai oleh pengunjung yang bertandang memeriahkan karnival ini.

Antaranya:

  1. Pertunjukan payung terjun dan aerobatik pesawat oleh pasukan payung terjun profesional dan juruterbang aerobatik
  2. Pameran pelbagai jenis pesawat membabitkan agensi beruniform seperti ATM, PDRM dan badan Maritim serta pesawat dari akademi penerbangan, kelab penerbangan dan pesawat persendirian
  3. Pameran kerjaya TDM, TLDM, TUDM, PDRM, Bomba dan PBT
  4. Taklimat Kerjaya oleh TUDM
  5. Pameran akademi penerbangan yang menawarkan kursus dan latihan
  6. Pengalaman menjadi pengawal trafik udara dengan menggunakan simulator Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)
  7. Temuduga TLDM secara walk-in (bawa sijil SPM)
  8. Pertandingan fotografi, Pertandingan TikTok dan Pertandingan Mewarna
  9. Perkhidmatan joyride dengan helikopter untuk orang awam
  10. Jualan makanan tempatan dan antarabangsa serta cenderamata penerbangan turut disediakan di gerai jualan di lokasi penganjuran KUAM 2023.

Rujuk jadual acara di bawah:

jadual acara karnival udara antarabangsa melaka 2023
Karnival Udara Antarabangsa Melaka kuam 2023

Panorama Melaka juga ada menyediakan Bas Perantara “Shuttle Bus” sepanjang 3 hari program KUAM 2023 tersebut.

Harga Tiket

Harga tiket masuk adalah sebanyak RM5 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak.

Tips Pengunjung

Sedikit tips untuk anda yang bercadang nak datang ke Festival Udara Antarabanga Melaka yang sedang berlangsung hari ini sehingga hari Ahad nanti!

  1. Pakai Sunglasses (Mudah nak tengok arah udara dalam keadaan panas – SILAU)
  2. Bawa payung (Cuaca panas gila weii)
  3. Bekas air atau botol air TAK BOLEH bawa masuk dalam kawasan pameran udara (Kawasan Lapangan)
  4. Bawa cash sebab tiket dijual tunai sahaja.
  5. Bersedia untuk beratur panjang ya. (PEMBELI TIKEY SAHAJA BERATUR) Yang lain tunggu tepi.
  6. Kalau boleh datang naik motor lagi baik (PARKING KERETA SANGAT LIMITED)

Sekian sahaja.. kalau ada lagi korang tambahlah ya.

Sumber: Facebook Melaka Daily

Sumber gambar : Tourism Melaka

Jangan lupa dapatkan pelbagai barangan berjenama seperti Air Fryer, Telefon Bimbit Vivo, Kuali Tefal, Barangan Penjagaan Kulit Skintific dan banyak lagi serendah RM25 di KnockOut Deals @ Shopee PayDay Sale!

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM), sila rujuk saluran berikut:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!