Bagi pelajar di Universiti Malaya (UM), Kalendar Akademik UM 2024/2025 adalah rujukan rasmi yang perlu anda rujuk bagi memudahkan anda mengetahui tarikh kuliah pengajian, cuti semester dan sebagainya untuk memudahkan anda merancang kehidupan anda di universiti.
Kalendar Akademik UM juga memudahkan para pelajar merancang percutian, membeli tiket perjalanan pergi dan balik dan sebagainya.
Senarai bidang pengajian
Sebagai universiti tertua di Malaysia, Universiti Malaya menawarkan ratusan program di pelbagai peringkat seperti Asasi, Ijazah Sarjana Muda, Program Lepasan Ijazah dan sebagainya.
Untuk senarai penuh program pengajian yang ditawarkan yang sudah mendapat pengiktirafan Daftar Kelayakan Malaysia (MQA), sila layari pautan https://www2.mqa.gov.my/mqr/iptaKPListAA.cfm?IDAkrIPTS=251
Kalendar Akademik UM sesi 2024/2025
Program Sarjana Muda (Undergraduate Programme)
Berikut merupakan Kalendar Akademik UM bagi peringkat Program Sarjana Muda untuk sesi 2024/2025
Program Lepasan Ijazah (Postgraduate Programme)
Berikut merupakan Kalendar Akademik UM bagi peringkat Program Sarjana Muda (Sarjana dan Kedoktoran) untuk sesi 2024/2025
Program Asasi Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Sosial dan Asasi Pengajian Islam & Sains
Berikut merupakan Kalendar Akademik UM bagi peringkat Program Asasi Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Sosial dan Asasi Pengajian Islam & Sains untuk sesi 2024/2025:
Latarbelakang Universiti Malaya
Universiti Malaya ialah sebuah universiti penyelidikan awam yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.
Ia merupakan institusi pengajian tinggi Malaysia yang tertua di negara ini merupakan satu-satunya universiti di Tanah Melayu yang baru merdeka.
Tarikh 8 Oktober 1949, ialah titik tolak dimana Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929), bergabung menjadi Universiti Malaya.
Setelah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, dan pengisytiharaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, bermula pembangunan pesat Universiti Malaya pada tahun 1959.
Universiti telah dibahagikan kepada dua kampus berotonomi, satu terletak di Kuala Lumpur, manakala yang lagi satu terletak di Singapura. Pada tahun 1961, Kerajaan Persektuan Tanah Melayu dan otonomi Singapura telah meluluskan suatu undang-undang untuk menjadi Universiti Malaya sebagai universiti kebangsaan.
Kini, UM mempunyai lebih daripada 2,300 ahli fakulti[4] dan dibahagikan kepada tiga belas fakulti, dua akademi, lima institut dan enam pusat akademik.